+6013-329 4134 emaszaman@gmail.com

PENGENALAN

PG Mall adalah sebuah platform membeli-belah online milik Public Gold yang menyediakan pelbagai barangan keperluan harian seperti barangan kesihatan & kecantikan, fesyen lelaki & wanita, barangan keperluan bayi & kanak, keperluan rumah, produk automotif, makanan, gajet IT & elektronik dan sebagainya.

 

KONSEP ‘CONSUMERCHANT’

Consumerchant adalah cap dagangan milik PG Mall yang menggabungkan 2 perkataan iaitu ‘Consumer’ (pembeli) dan ‘Merchant’ (peniaga). Ianya adalah sebuah model perniagaan ekonomi ‘perkongsian keuntungan’ (profit sharing) yang memanfaatkan pengguna/pembeli, dari pelbagai lapisan usia untuk menjadi usahawan dan membina sebuah Empayar Perniagaan yang kekal dengan PG Mall.

PG Mall menghargai pengguna / pembeli sebagai rakan perniagaan jangka-panjang dengan menawarkan pulangan tunai (cashback) yang berterusan bagi setiap pembelian dan sokongan berterusan dari mereka, melalui program ‘Forever Cash Back’ (pulangan tunai kekal). Melalui program ini, pengguna/pembeli juga akan diberi manfaat sekiranya mereka ‘mengajak’ pembeli baru untuk membeli-belah di PG Mall. Untuk makluman, program ini merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.

 

SHOP, SHARE & EARN (BELI, KONGSI & RAIH)

Dengan PG Mall, pembeli bukan hanya dapat membeli pelbagai produk dan barangan dengan harga-harga dan promosi menarik, tetapi pembeli juga berpeluang meraih keuntungan bagi setiap pembelian dan berkongsi pengalaman membeli mereka dengan keluarga dan sahabat handai. Cashback akan diraih bagi setiap transaksi yang dibuat melalui pembelian peribadi atau pembelian oleh ‘referrals’ (overriding – pembeli yang diperkenalkan oleh anda). Semakin banyak perbelanjaan yang dibuat oleh referral anda di PG Mall, semakin banyak cashback akan dijana oleh anda sebagai ‘introducer’, selain dari cashback yang dijana oleh pembelian sendiri.

 

Setiap pembeli berdaftar di PG Mall adalah layak menyertai kempen Shop, Share and Earn. Melalui kempen ini, pembeli (introducer) yang berkongsi ‘link referral’ mereka kepada rakan-rakan, keluarga mahupun orang yang tidak dikenali, akan menjana cashback sebanyak 0.5% dari jumlah pembelian referrals bagi setiap transaksi. Mekanisma yang sama juga digunapakai terhadap referrals yang kemudiannya berkongsi link referral mereka kepada pembeli baharu yang lain. Tidak kira seramai mana pembeli baharu yang berdaftar, introducer akan menjana cashback sebanyak 0.5% dari setiap jumlah pembelian oleh referral tier-1, tier-2 dan tier-3 (seperti diagram di atas).

CASHBACK SELAMANYA (Forever Cashback)

Setiap pembeli akan mendapat cashback dari 0.5% hingga 3.5% bagi setiap pembelian yang dibuat di PG Mall yang merangkumi sehingga 3-tier referrals. Peratusan pemberian cashback bergantung pada ranking pembeli iaitu Super Shopper, Premium Shopper dan Elite Shopper. Untuk mendapat manfaat dari peratusan tertinggi cashback dan menaikkan ranking shopper, pembeli perlu meningkatkan pembelian peribadi atau pembelian dari referrals.

Setiap RM100 dan sen pertama cashback setiap pembeli, ianya akan dimasukkan ke dalam C-Wallet di PG Mall dan boleh digunakan untuk membeli semua barangan yang dijual di PG Mall. (Pembeli berdaftar akan dapat akses ke C-Wallet di PG Mall). Manakala baki cashback akan dikreditkan ke dalam akaun bank peribadi pembeli pada 25 haribulan setiap bulan. Pemberian cashback akan berterusan selamanya selagi anda dan referrals anda membuat pembelian di PG Mall. Maka ianya dikenali sebagai ‘Forever Cashback’.

Contoh: Anda mendapat cashback sebanyak RM150.80 pada bulan ini. Maka, RM100.80 akan dimasukkan ke dalam C-Wallet dan baki RM50 akan dikreditkan ke dalam bank akaun anda. Jika dapat kurang dari RM100, contoh RM90, ianya akan dimasukkan ke dalam C-Wallet.

 

TAHAP KELAYAKAN PEMBELI DAN INSENTIF CASHBACK

a. Regular Shopper: Pembeli akan menjadi Regular Shopper (Shopper) setelah membuat pendaftaran di PG Mall dan akan mendapat 0.5% cashback dari pembelian peribadi, overriding 0.5% dari referral tier-1, 0.5% dari referral tier-2 dan 0.5% dari referral tier-3. Maksima 2% cashback.

b. Super Shopper: Regular Shopper akan layak menjadi Super Shopper setelah memperkenalkan PG Mall kepada 50 pembeli baharu ke atas, dengan jumlah keseluruhan pembelian kumpulan RM50,000.00 ke atas. Apabila menjadi Super Shopper, pembeli akan mendapat 1% cashback dari pembelian peribadi, overriding 0.5% dari referral tier-1, 0.5% dari referral tier-2 dan 0.5% dari referral tier-3. Maksima 2.5% cashback. Selain itu, jika anda menjadi seorang Normal Dealer Public Gold, secara automatik anda akan menjadi Super Shopper di PG Mall.

c. Premium Shopper: Super Shopper akan layak menjadi Premium Shopper setelah memperkenalkan PG Mall kepada 200 pembeli baharu ke atas, dengan jumlah keseluruhan pembelian kumpulan RM200,000.00 ke atas. Apabila menjadi Premium Shopper, pembeli akan mendapat 1.5% cashback dari pembelian peribadi, overriding 0.5% dari referral tier 1, 0.5% dari referral tier 2 dan 0.5% dari referral tier 3. Maksima 3% cashback. Selain itu, jika anda menjadi seorang Priority Dealer Public Gold, secara automatik anda akan menjadi Premium Shopper di PG Mall.

d. Elite Shopper: Premium Shopper akan layak menjadi Elite Shopper setelah memperkenalkan PG Mall kepada 300 pembeli baharu ke atas, dengan jumlah keseluruhan pembelian kumpulan RM500,000.00 ke atas. Apabila menjadi Elite Shopper, pembeli akan mendapat 2.0 % cashback dari pembelian peribadi, overriding 0.5% dari referral tier-1, 0.5% dari referral tier-2 dan 0.5% dari referral tier-3. Maksima 3.5% cashback. Selain itu, jika anda naik pangkat menjadi Master Dealer Public Gold, secara automatik anda akan menjadi Elite Shopper di PG Mall.

Contoh kelayakan cashback setiap tahap Shopper adalah seperti jadual berikut:


Penafian:
PG Mall berhak mengubah mana-mana atau semua syarat tahap kelayakan dan peratusan insentif tunai tanpa makluman terlebih awal.

 

BINA EMPAYAR PERNIAGAAN DROP-SHIP ANDA DENGAN PG MALL

Dengan konsep consumerchant seperti di atas, anda boleh memulakan perniagaan dengan platform PG Mall melalui konsep drop-ship. Sebagai drop-shipper, tugas anda hanya perlu mempromosikan link referral anda untuk menarik lebih ramai consumer berdaftar dan membeli di PG Mall. Cara promosi bergantung kepada kreativiti anda sendiri. Contohnya, pelbagai cara promosi melalui medium online termasuk media sosial yang boleh digunakan secara percuma untuk tujuan promosi. Anda tidak perlu risau mengenai kesediaan stok dan logistik. Merchant (Penjual) di PG Mall yang mempunyai banyak Stock Keeping Unit (SKU) akan bertanggungjawab dalam menguruskan tempahan termasuk urusan penghantaran dengan rakan logistik dan memastikan barang yang dibeli oleh akan dihantar ke alamat consumer pada waktu yang ditetapkan.

Bagaimana? Menarik bukan?. Jika anda ingin menjadi consumer/pembeli berdaftar secara PERCUMA merangkap usahawan dropship PG MALL, sila klik DI SINI. ATAU Scan QR-Code di bawah untuk mendaftar:

Sebagai consumer/pembeli berdaftar, anda akan mempunyai link referral sendiri untuk anda promosikan kepada semua. Contoh link referral adalah seperti berikut:

https://pgmall.my/register?referralPgCode=emaszaman@gmail.com

 

Setelah berdaftar sebagai consumer/pembeli, anda boleh mendapatkan link referral anda di dengan login ke PG Mall dan klik butang ‘share’ seperti gambar di bawah:

Nota tambahan: Pada pandangan saya, PG Mall adalah sebuah platform beli belah online yang masih baharu dan mempunyai potensi yang sangat besar. Dengan tawaran insentif-insentif yang menarik, mungkin akan menjadi pesaing kepada platform-platform popular Malaysia seperti Shopee dan Lazada di masa hadapan. InshaAllah, perjalanan yang beribu batu harus dimulakan dengan langkah pertama. Anda boleh jana pendapatan pasif dengan PG Mall melalui konsep Consumerchant yang disediakan.

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing