
Untuk makluman para pembaca yang budiman,
Public Gold telah menubuhkan satu jabatan khusus untuk menguruskan Emas GIT (Gold In Transit) dan dihantar dengan kurier berinsuran.
Apabila anda keluarkan (GIT Withdrawal) emas dari akaun GAP dan minta dihantar kepada anda, kakitangan Public Gold akan menguruskan pembungkusan dan penghantaran parcel kepada anda.
Tempoh penghantaran bergantung pada ‘volume‘ tempahan. Contohnya, jongkong emas 1 gram design Masjidil Haram mendapat permintaan yang terlalu tinggi dan perlu dihantar sebanyak beribu unit sebulan.
Jadi, tempoh penghantaran produk berpermintaan tinggi akan mengambil masa yang lebih lama. Namun, ianya pasti sampai ke tangan anda – So, jangan risau. Cuma kena sabar sahaja. 🙂
Selamat tak? Ya selamat sebab ia berinsurans 100%
Dengan perkembangan ini, anda tidak perlu membuang masa, tenaga, duit minyak dan kos-kos yang tidak perlu semata-mata untuk ambil emas di Pejabat Cawangan Public Gold.
Kos yang dikenakan untuk khidmat penghantaran ini sangatlah minima iaitu RM10 sahaja.
Berikut ialah caj pos untuk item emas melalui GIT Withdrawal tidak termasuk GOLD PREMIUM. (Gold Premium adalah kos membawa Emas dari Ibu Pejabat Public Gold di Pulau Pinang ke cawangan-cawangannya di seluruh Malaysia):
Jenis Emas | Berat Emas | Kos Penghantaran | Premium Emas |
Jongkong 1 gram | 1 gram | RM10 |
RM10-RM20
|
Jongkong 5 gram | 5 gram | RM10 |
RM10 (WM) RM15 (EM) |
Jongkong 10 gram | 10 gram | RM10 |
RM15 (WM) RM30 (EM) |
Jongkong 20 gram | 20 gram | RM10 |
RM20 (WM) RM40 (EM) |
1/2 Dinar | 2.125 gram | RM10 |
RM10 (WM) RM15 (EM) |
1 Dinar | 4.25 gram | RM10 |
RM10 (WM) RM15 (EM) |
5 Dinar | 21.25 gram | RM10 |
RM20 (WM) RM40 (EM) |
 (Jadual dikemaskini pada 4 April 2021 – segala perubahan di masa hadapan adalah tertakluk kepada PG)
Contohnya, anda ingin keluarkan 1 gram emas dari akaun GAP anda, maka caj premium dikenakan sebanyak RM15 ke RM20 mengikut design emas dan RM10 untuk caj penghantaran. Jadi, jumlah perlu dibayar adalah RM30. Boleh buat pembayaran terus kepada Public Gold secara online semasa membuat GIT Withdrawal. Berikut merupakan contoh paparan kos premium dan caj penghantaran:
Jadi, untuk pemegang akaun GAP. Ini berita yang sangat baik untuk anda.
Whatsapp atau Facebook Emas Zaman:
Sekian & Semoga Bermanfaat.
Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring!