
Idea Memanfaatkan Simpanan Emas
Ramai antara kita yang mungkin pernah atau sedang menghadapi perkara – perkara berikut:
(i) Sukar nak kekalkan simpanan – kerja dah lama, tapi simpanan 1 bulan gaji pun tidak ada!
(ii) Tidak ada simpanan untuk kegunaan ketika kecemasan!
(iii) Duit yang disimpan selalu terguna pada perkara-perkara yang tidak penting!
(iv) Duit ada tapi tak tahu macam mana nak simpan atau labur dalam bentuk apa!
(v) Ada hasrat nak simpan emas tapi tak tahu macam mana nak bermula!
Jika anda tergolong dalam salah satu atau semua perkara di atas, ayuh bersama-sama saya untuk kita ubah kebiasaan seperti di atas dengan:
> Mula berbelanja dengan cara yang berhemah
> Mula membina tabung dengan modal yang rendah
> Mula membina dana untuk diguna semasa kecemasan
> Mula mengenalpasti tujuan simpanan
> Mula melihat simpanan/pelaburan membuahkan hasil.
Teruskan membaca…
Bila kita sebut saja emas, akan terbayang dalam fikiran kita akan barang kemas dan perhiasan seperti gelang-gelang emas, rantai-rantai leher, cincin emas dan lain-lain.
Sebahagian dari kita pula mungkin membayangkan jongkong emas yang berketul-ketul macam dalam rompakan filem-filem barat atau mungkin dalam filem-filem berlatar belakangkan purba dan misi mencari harta karun.
Kebanyakan dari kita kebiasaannya tahu bahawa emas ni sesuatu yang berharga.. Ishh harga emas asyik naikkk saja ya… selalu terjadi ketika dan masa di mana harga emas dikatakan ‘murah’, dan pada masa tu, kedai-kedai emas akan penuh dikunjungi oleh peminat-peminat barang kemas untuk beli emas baharu, trade-in emas lama dengan yang baharu, atau ada juga singgah-singgah tengok-tengok harga dahulu cuci-cuci mata.
Walaupun ketika harga emas murah, pernahkah kita cuba bandingkan harga emas ketika murah tu dengan harga emas dengan tahun–tahun sebelumnya? Amat jarang sekali kita dapati harga emas di masa tengah murah pada ketika ini adalah lebih murah berbanding harga tahun lepas. Jika ada pun, mungkin murah sedikit dari tahun lepas sahaja, tidak untuk 2 tahun lepas dan sebelumnya.
Ini bermakna, harga emas sentiasa naik untuk jangka panjang. Jika anda teliti graf-graf emas, akan terdapat naik turun harga emas dalam jangka masa singkat. Contohnya dari hari ke hari, minggu ke minggu atau bulan ke bulan.
Ini kerana emas adalah komoditi. Ianya didagangkan/diniagakan. Ada Bekalan (supply) dan ada permintaan (demand). Ia juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti naik turun harga minyak, kadar pengangguran, inflasi terutamanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat.
Ditambah pula dengan keadaan sekarang di mana dunia sedang dilanda pandemic covid19. Permintaan terhadap emas kian meningkat kerana rata-rata tahu sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini contohnya kegawatan ekonomi serius, kejatuhan kerajaan atau sebagainya, emaslah yang akan terus kekal dan boleh menyelamatkan kita menggantikan wang-wang kertas yang tiada nilai lagi ketika itu. Boleh baca di artikel saya mengenai kelebihan memiliki emas di sini.
Cuba anda luangkan masa tengok-tengok graf kenaikan harga emas untuk 10 tahun atau 20 tahun yang lepas. Bandingkan harga hari ini dengan harga 10 ke 20 tahun lepas. Harga emas naik dengan begitu luar biasa. Anda boleh lihat pelbagai graf emas dan logam-logam berharga lain di laman web KITCO.
Baiklah, pada kali ini, saya akan cuba berkongsi pendapat dan idea untuk anda mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kegunaan emas. Ya!, saya yakin dan percaya anda sudah tahu emas adalah logam yang bernilai. Saya hanya cuba untuk rungkaikan, jika ianya bernilai, apa kegunaannya?
Jom kita teruskan membaca. Tahukah anda antara cadangan/idea mengenai tujuan anda simpan emas hari ni adalah bagi perkara-perkara berikut:
Jimatkan Kos Menunaikan Haji / Umrah
Kos haji pada tahun 2021 adalah RM22,900. Bagi Jemaah haji kali pertama, layak mendapat subsidi kerajaan sebanyak RM12,920. Bermakna kos haji untuk Jemaah kali pertama adalah RM9,980. Sumber: Tabung Haji
Ok, Katakan hari ini anda berumur 30 tahun atau 40 tahun. Anda bercita-cita untuk tunaikan haji pada 10 tahun yang akan datang.
Cuba lihat gambar yang menunjukkan kos haji dan subsidi kerajaan dari tahun 2009 hingga 2019 (11 tahun). Didapati kos haji tidak bertambah, iaitu sekitar RM9000++ kerana disokong oleh subsidi kerajaan.
Jadi, kita andaikan di sini kos haji pada 10 tahun akan datang, setelah ditolak subsidi kerajaan adalah sekitar lebih kurang RM10,000. Bagaimana emas dapat membantu anda kurangkan kos RM10,000 tu?
Ok, berdasarkan sejarah kenaikan harga emas, kita andaikan pula harga emas akan naik secara tahunan sekitar 10% ke 20% (atau lebih), jadi, hari ini anda perlu dapatkan emas yang boleh dicairkan dan ditolak spread, dan bernilai lebih kurang RM10,000 pada 10 tahun akan datang.
Jika diambil kenaikan minimum harga emas iaitu 10% setahun. Jika 10 tahun, kenaikannya adalah 10 x 10% = 100%.
Jadi untuk menjadikan nilai emas anda miliki hari ini bernilai RM10,000 pada 10 tahun akan datang setelah ditolak spread, anda perlu memiliki emas bernilai lebih kurang RM5,000 pada hari ini.
Jika di Public Gold, anda boleh memiliki 1 keping jongkong emas 999.9 24 karat dengan harga RM5,121 (harga semasa)
Contoh Pengiraan Ringkas:
RM5,121 x 10% (kenaikan harga setahun) x 10 tahun = RM512.10 x 10 tahun = RM5,121 RM5,121 (modal beli emas hari ini) + RM5,121 (Kenaikan harga emas 100%) = RM10,242 Ditolak pula dengan spread emas 20 gram iaitu 9% (spread emas 20 gram Public Gold) RM10,242 x 9% = RM921.78 RM10,242 – RM921.78 = RM9320.22 ~ RM9,320 (Harga emas anda pada 10 tahun akan datang). |
Dalam tempoh 10 tahun itu juga, jika anda hanya simpan 20 gram emas, ianya masih lagi tidak diwajibkan zakat emas kerana nisab zakat emas adalah 85 gram. Baca di sini untuk maklumat mengenai zakat emas.
Jadi, dengan bermodalkan RM5,121 hari ini, 10 tahun kemudian, berdasarkan kenaikan 10% setahun, nilainya akan menjadi RM9,320. – sudah lebih kurang dengan kos haji.
Kalau perlu tambah, mungkin perlu tambah sedikit. Itu kalau harga emas naik 10% setahun. Kalau naik 15%? Kalau 20%? Mungkin disamping dapat bayar kos haji, anda akan ada lebihan wang saku untuk membeli alatan persediaan menunaikan haji.
Kesimpulannya, untuk mendapatkan nilai RM9,000 ke RM10,000 pada 10 tahun akan datang, anda Cuma perlu labur lebih kurang RM5,000 sahaja pada hari ini. Jadi, di sini, anda hanya keluarkan modal RM5,000 hari ini untuk tunaikan haji pada 10 tahun akan datang. Jimat ke Jimat?
Jimatkan Kos Untuk Sambung Belajar Anak
Tidak dinafikan Kerajaan Malaysia sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya termasuk menyediakan kemudahan dan fasiliti pendidikan yang terbaik. Banyak kemudahan dari segi pinjaman dan biasiswa disediakan oleh Kerajaan melalui Kementerian dan Agensi-Agensinya.
Contohnya, kemudahan pinjaman pengajian oleh MARA, Program Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Akaun pendidikan SSPN-i dan bermacam-macam lagi.
Di sini saya cuma ingin kongsikan satu idea, di samping kemudahan yang sedia ada hari ini, pilihan untuk menyimpan emas dan menikmati kenaikan harga emas di masa hadapan inshaAllah akan menjadikan kos sambung belajar akan lebih jimat berbanding dengan menabung di dalam bentuk wang kertas.
Andaikan anak anda sedang belajar di sekolah rendah. Kemudian, akan terus ke sekolah menengah dan sambung di peringkat lebih tinggi di kolej atau IPTA/IPTS. Katakan semua ini berlaku dalam tempoh 10 ke 15 tahun akan datang.
Jika anda dah mula menabung untuk masa depan anak anda hari ini, itu adalah suatu perkara yang sangat bagus. Cuma, jika anda menabung dalam bentuk emas, inshaAllah, anda bakal mendapat penjimatan dan keuntungan untuk menyara kos pengajian anak-anak anda di masa hadapan.
Contohnya anda simpan emas harga RM10,000 pada hari ini, dengan andaian harga emas akan naik 10% setahun, dalam tempoh 15 tahun akan datang, ia akan bernilai RM25,000
Kini menabung dalam bentuk emas lebih mudah sejak adanya Program Tabung Emas Public Gold di mana anda boleh mula menabung emas bermodalkan hanya RM100. Nak tahu lebih lanjut mengenai tabung emas, KLIK SINI.
Modal Kos Kenduri & Maskahwin
Di zaman dahulu, kalau sebut kenduri kahwin ni, kebiasaannya dianjurkan dengan kerjasama dan gotong royong orang-orang kampung dengan menyediakan khemah makan, kerjasama masak memasak, penyediaan pelamin dan sebagainya.
Setelah kita mengharungi arus pemodenan, majlis-majlis kahwin juga berevolusi selari dengan kemajuan. Contohnya, sekarang kebanyakkan majlis kahwin akan melibatkan penyewaan khemah, upah katering, upah mak andam dan pelamin, sewa baju pengantin dan tidak dilupa kos hantaran dan mas kahwin. Ini akan menelan belanja yang besar. Sekurang-kurangnya RM10,000 ke RM20,000.
Jangan terkejut kalau kita terpaksa menerima hakikat hari ini ramai yang kahwin dah lama, tapi hutang majlis kahwin masih belum habis dibayar. Eh kalau saya nk ulas pasal kahwin ni, memang tak habis.
Mungkin golongan remaja atau muda-mudi masih belum terfikir mengenai perkahwinan. Tetapi inshaAllah, jodoh di tangan Allah, semua akan bertemu jodoh apabila tiba masanya kelak. Oleh itu, menabung dari usia muda adalah satu usaha yang baik.
Mula menabung emas hari ini untuk kegunaan Majlis kahwin, Kos Hantaran atau Mas kahwin. Ini paling menarik, cuba cipta sedikit kelainan dengan menggunakan dinar-dinar emas sebagai hantaran atau mas kahwin.
Warna kuning keemasan bukan sahaja menarik hati si pengantin, malah akan menyebabkan tetamu kagum dengan keindahan gubahan hantaran perkahwinan menggunakan emas tulen.
Modal Bayar Muka Beli Rumah
Sama juga dengan perkara-perkara lain, menabung untuk membayar duit muka membeli rumah di masa hadapan boleh juga melalui tabungan emas. Anda perlu setkan target anda.
Berapa harga rumah yang ingin dimiliki di masa hadapan. Jika anggaran pada masa itu rumah idaman anda berharga RM300,000, anda sudah boleh mula buat perkiraan berapa banyak duit yang perlu ada untuk mendapatkan RM30,000 iaitu 10% dari harga rumah.
Simpan sikit-sikit hingga capai target simpanan anda. Ini boleh dijimatkan sekiranya anda memiliki emas kerana pada 10 tahun akan datang, inshaAllah nilainya akan lebih tinggi.
Modal Pusingan Perniagaan
Kisah benar berlaku kepada salah seorang pelanggan Emas Zaman. Kerja sebagai pemandu di sebuah Jabatan Kerajaan. Sebelah malam pula berniaga kuew tiaw kerang dan nasi gorang sambal belacan di Kuala Lumpur. Isteri bekerja sebagai jururawat.
Dengan mengikuti perkembangan emas dan kelebihan emas, Bob (bukan nama sebenar) akhirnya menyatakan hasratnya kepada saya untuk menjadi seorang Dealer Emas Public Gold. Saya telah bantu Bob menjadi Dealer pada masa itu dan memberi beberapa tips bagaimana beliau dapat maksimakan keuntungan dari emas–emas yang dia ada.
Bob dapat emas 50 gram, kemudian dia pajakkan emas tersebut dan mendapat wang tunai. Kemudian, dari wang tunai tersebut, bob telah membeli beberapa unit meja dan kerusi tambahan serta menambah kelengkapan perniagaannya demi keselesaan pelanggan.
Setiap bulan, sebahagian dari hasil perniagaan, Bob gunakan untuk bayar pinjaman di pajak gadai. Hingga akhirnya Bob berjaya tebus kembali emas 50 gram tadi. Emas itu kemudiannya diolah oleh Bob menjadi loket dan dihadiahkan kepada isterinya.
Anda nampak tak di sini? Bob ada sedikit modal dari perniagaan > beli emas dan jadi dealer > pajak emas dapat duit tunai > besarkan perniagaan dan dapat hasil > bayar pinjaman emas di pajak gadai > dapat emas balik > perniagaan makin besar : Alhamdulillah.
Emas Dapat dan perniagaan Bob Makin Besar – Cuma perlu diingat, perlu tahap disiplin yang tinggi untuk komited bayar pinjaman hingga berjaya tebus balik emas.
Bob tidak perlu bersusah payah membuat pinjaman tambahan untuk membesarkan perniagaannya. Di sini kita boleh jadikan contoh bagaimana emas dapat membantu kita untuk ‘rolling’ modal perniagaan.
Dana Kecemasan & Kegawatan
Ibarat orang kata ‘malang tidak berbau’, kita perlu sentiasa bersedia untuk hadapi sebarang kesulitan, kecemasan atau keadaan terdesak. Pakar-pakar kewangan selalu berpendapat bahawa kita perlu ada sekurang-kurangnya 3 ke 4 bulan gaji sebagai simpanan untuk menghadapi situasi-situasi di luar jangkaan. Baik dari segi belanja kesihatan, belanja sara hidup atau apa sahaja dalam kategori kecemasan atau terdesak.
Kita tak tahu dan takkan pernah tahu bila kita akan berada di dalam keadaan kecemasan atau terdesak. Jika menabung wang selalu saja ‘bocor’, cuba ubah tabungan kepada bentuk emas. InshaAllah anda akan lebih konsisten menabung dan lebih sayang untuk menggunakan tabungan itu kepada perkara-perkara yang tidak penting.
Pernah seorang rakan Emas Zaman yang ada simpan emas 10 gram, tiba-tiba semasa pertengahan bulan, duit gaji belum masuk, tayar kereta pulak pecah. Nasib baik masa tu dia ada emas 10 gram yang boleh dipajak dan dapatkan tunai untuk tampung beli tayar kereta baru. Kemudian, dapat gaji dia tebus la sikit-sikit emas tu dari pusat pajak gadai.
Kita jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang-orang yang gajinya beribu malah berpuluh ribuan sebulan. Bagi mereka, pecah tayar kereta bukanlah satu kecemasan. Nak tukar tayar baru setiap hari pun boleh. Tapi kecemasan mereka mungkin perkara yang lebih besar. Contoh perlu modal segera untuk buat projek juta-juta.
Siapa tahu kalau mereka pun ada simpanan emas berkilo-kilo, tidak mustahil emas juga akan dijadikan bahan sandaran untuk mereka dapatkan modal kecemasan dalam perniagaan.
Simpanan Hari Tua / Persaraan
Bagi yang kerja makan gaji dan ada status pencen dan ada caruman simpanan hari tua, kerisauan belanja di hari tua mungkin agak rendah, berbanding mereka yang bekerja berniaga sendiri kecil-kecilan dan bergantung harap kepada hasil perniagaan untuk sara hidup.
Hasil perniagaan walaupun sedikit atau banyak, cubalah alihkan sedikit, mungkin 10% untuk tabung hari tua dalam bentuk emas. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, kita boleh mula menabung emas dengan modal hanya RM100 sebulan.
Hasil simpanan ini mungkin berguna di hari-hari tua untuk perkara-perkara seperti dana kesihatan, dana untuk reward diri dengan melancong atau apa jua target anda di hari tua. Mungkin nak beli tanah nak usahakan kebun, mungkin juga nak buka kedai runcit – niaga santai–santai. Terpulang pada imaginasi dan kreativiti anda. Yang penting, target perlu ada.
Menyucikan Harta Melalui Zakat Emas (dan Perak)
Secara asasnya, jika cukup haul (tempoh setahun) dan nisab (85 gram), penyimpan emas wajib membayar zakat sebanyak 2.5% dari nilai emas semasa. Anda boleh baca artikel saya mengenai zakat emas DI SINI.
Sebagai umat Islam, jangan takut untuk miliki emas sebab perlu bayar zakat. Malah kita patut bersyukur kerana dengan membayar zakat emas, inshaAllah di samping pahala, ianya sedikit sebanyak membantu dan menjaga kebajikan ekonomi umat Islam.
Lain-Lain Target Atau Cita-Cita Di Masa Hadapan
Dengan menyimpan emas hari ini, anda akan jimatkan kos untuk mencapai target anda di masa hadapan. Letakkan target dan tanamkan azam. Sekarang, nak miliki emas bukan lagi perlu ada duit beribu-ribuan, kerana semua orang dah mampu (inshaAllah) untuk mula simpan emas dengan Program Tabung Emas.
Apa saja yang anda ingin capai di masa hadapan yang ada melibatkan kos kewangan, inshaAllah dengan cara simpan emas pada hari ini, ia akan banyak menjimatkan anda.
Apa kata penyimpan Emas dengan Emas Zaman?
“Nasib baik ada emas 10 gram yang beli dari tuan dulu. Boleh saya pajak kejap sebab nak guna beli tayar kereta pecah hari tu. Dah la tgh sesak ujung2 bulan. X sia2 simpan emas ni. Klo x susah, xkan nampak benefit dia”
– En.Suhaimi, Terengganu
“Akak xsangka betulah. Awal2 hari tu mula buka akaun gap tu pastu tambah rm100. Pastu rm100 lg. Pastu try 1 gram. Skrg lepas 4 bulan tgk2 dah ada 17 gram dalam gap. Kalau harapkan simpan duit, mmg xpernah lekat la dalam akaun”
– Puan Rogayah, Gombak
“So far alhamdulillah saya takpernah hadapi situasi ‘terdesak’ lg tuan. Cuma bagi saya, simpan emas ni lebih mendisiplinkan saya la. Yela, bila duit guna wat beli emas, automatik sikap boros nak joli2 tu dah takde dah”
– Encik Firdaus, Pulau Pinang
“bagi saya la kan, kalau kita target apa kita nak beli dalam 10 tahun lagi, contoh nak gi melancong bila bersara, inshaAllah peningkatan harga emas dari apa yg kita simpan hari ni dapat kurangkan kos kita di masa depan”
– Encik Ikram, Kelantan
Potensi Simpanan Emas
Simpanan dalam bentuk emas adalah alternatif kepada simpanan dalam bentuk wang tunai – Sikap boros dapat dikurangkan!
Cuba lihat graf-graf sejarah kenaikan harga emas sejak 20 tahun yang lepas dari laman web KITCO: – harga emas telah naik hampir 500%!
Emas ada ‘aura’ yang tersendiri – Bila dah mula simpan walau 1 gram, perasaan nak simpan lagi 1 gram, dan 1 gram dan ber gram-gram akan menyerap dalam sanubari penyimpan!
Emas Logam ‘Mulia’ kurniaan Allah kepada hambanya. Nilainya bersifat ‘berkembang’ dari semasa ke semasa – lalu Islam mewajibkan zakat emas ke atas pemiliknya (tertakluk syarat) – Zakat menyucikan harta!
Tahukah anda yang emas hari ini bukan lagi hanya mampu dibeli oleh golongan kaya sahaja! – Tepuk poket tanya kemampuan kita! – Ya! dengan modal serendah RM100 sahaja anda dah boleh mula bina tabung emas sendiri untuk pelbagai target penggunaan di masa hadapan!
Semua orang sudah tahu bahawa ‘Sekarang Semua Orang Boleh Terbang!’ – Dan sekarang semua orang perlu tahu bahawa ‘SEMUA ORANG BOLEH MILIKI EMAS!’
Sekian.
Penafian: 1 – Perkara-perkara di atas hanyalah cadangan atau idea untuk menggambarkan bagaimana emas dapat dimanfaatkan 2. Kenaikkan harga emas di masa hadapan adalah sekadar anggaran berdasarkan sejarah-sejarah kenaikkan harga emas sebelum ini 3. Maklumat dari pautan luar adalah tepat semasa artikel ini ditulis. Sekiranya terdapat perubahan, ianya tertakluk kepada pemilik pautan terbabit dan di luar kawalan Emas Zaman |
Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman
Sekian & Semoga Bermanfaat.
Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring!