+6013-329 4134 emaszaman@gmail.com
Public Gold (PG) Apps

Public Gold (PG) Apps

Assalam.. Post ringkas je ni.. just nak inform yang Public Gold ni ada apps… bukan ape, kalau ade apps ni, semua transaksi jual beli anda boleh buat bila2 masa di mana sahaja hanya dengan guna handphone anda… Janji handphone ada internet la… kalau takde internet, kena cari kawasan yang ada hotspot free… hehe…

Boleh download di Google Play (android) dan Apple Store (iPhone).. Atau boleh scan QR code pada gambar ni untuk download…

Dekat apps ni anda boleh tengok harga emas dan perak semasa, boleh jual/beli GAP dan SAP serta emas dan perak , layari produk2 lain keluaran PG dan sebagainya

Okay… kalau nak tanya apa2, sila wasap Emas Zaman https://emaszaman.wasap.my

Duit Raya & Emas

Duit Raya & Emas

Pengenalan

Assalamualaikum w.r.t dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca EZ yang dikasihi. Diharapkan anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera.

Hari ini tanggal 2 Syawal 1442 Hijrah/14 Mei 2021, EZ ingin ambil kesempatan untuk ucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir & Batin” kepada semua. Didoakan agar semua amalan kita semasa bulan Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya diberkati dan diterima oleh Allah SWT! InshaAllah…

Diharapkan anda juga sabar menghadapi detik-detik mencabar dalam meraikan hari raya yang telah masuk tahun ke 2 dirayakan dengan pendekatan norma baharu berikutan PKP3.0 kerana pandemik covid19 yang masih mengganas.

Mensyukuri Anugerah Syawal

Biar perit pedih sekalipun, EZ berpendapat kita masih lagi wajib bersyukur kerana masih diberi peluang merayakan Aidilfitri walaupun dengan amalan norma baharu. Kita masih lagi dapat bersama pasangan dan anak-anak kita, masih lagi dapat makan juadah raya, masih lagi dapat memakai pakaian baharu sempena raya, masih lagi dapat beribadah, masih lagi berhubungan dengan sanak saudara dan tidak kurang juga bagi anak-anak, masih boleh bermain bunga api dan masih lagi menerima duit raya. Apa yang berbeza tahun ini adalah, pertemuan dan berkumpul secara fizikal adalah dilarang bertujuan mengurangkan risiko jangkitan covid19. Alhamdulillah.

Panjang pula EZ berceloteh ya. Artikel kali ini bukan untuk mengulas pasal covid19, tetapi EZ ingin berkongsi pengalaman EZ sendiri dalam memanfaatkan duit raya anak-anak menjadi kepingan-kepingan emas yang sememangnya bernilai sebenar.

Duit Raya

Anak-anak saya dan semua kanak-kanak di seluruh Negara, rata-ratanya masih belum faham situasi yang sedang kita semua alami ketika ini. Bagi mereka, hari raya adalah hari bergembira, pakai pakaian baharu, makan biskut raya serta ziarah rumah-rumah jiran untuk mengutip duit raya.

Tidak dapat dinafikan kebanyakkan jiran-jiran pun mengambil langkah berhati-hati dengan tidak menerima tetamu sempena raya. Jadi, kutipan duit raya kanak-kanak mungkin sedikit berkurangan berbanding hari-hari raya sebelum ini.

Walau bagaimanapun, telah muncul fenomena atau pendekatan baharu, di mana duit-duit raya dikirim melalui pos atau diberi melalui pindahan wang perbankan online. Dengar macam kurang menarik tetapi kita tiada pilihan. Demi menjaga kegembiraan anak-anak, pendekatan ini juga tidak kurangnya diterima agak meluas di seluruh negara. Ibu Bapa, Adik Beradik, Ipar Duai dan Pakcik Makcik yang berada di kejauhan, mengambil inisiatif menghantar duit-duit raya kepada anak-anak buah dan cucu-cucu melalui online.

Duit Raya Jadi Emas

Di sini EZ hanya ingin sarankan agar anda ubah cara simpan duit raya anak-anak kepada simpanan emas. Duit raya anak-anak adalah satu peluang baik untuk mula menabung emas kerana jumlah yang diperoleh oleh anak-anak adalah diluar kawalan anda. Ianya adalah ‘duit free’ yang anak-anak dapat bersempena budaya hari raya.

Lagi pula duit itu bukanlah duit kita, bukan hasil titik peluh kita. Jadi, apa salahnya gunakan duit-duit tersebut kepada perkara yang bermanfaat. Salah satunya adalah dengan cara menabung, tetapi menabung dalam bentuk emas

Sudah tentu ramai yang simpan duit raya anak-anak di dalam tabung masing-masing untuk kegunaan mereka di masa hadapan.

Tidak dinafikan juga duit-duit tersebut akan dibelanjakan kesemuanya mungkin untuk membeli pakaian baharu, kasut baharu dan sebagainya. Itu tidak mengapa, menyimpan emas bukannya wajib, utamakan perkara yang lebih penting dan keperluan terlebih dahulu.

Apa yang EZ nak sarankan adalah, duit-duit raya anak-anak yang tidak akan digunakan (dalam masa terdekat) itu, alih kepada pembelian emas. Contoh emas-emas 1 gram yang boleh dipertimbang untuk dimiliki adalah seperti di bawah. Ada juga keluaran khas sempena hari raya. Contoh di bawah terselit sekali emas 1 gram edisi khas hari raya aidilfitri 2021.

Bukannya menabung duit itu tidak elok, tetapi menyimpan emas lebih baik kerana di masa hadapan, emas akan memberi pulangan yang lebih baik kerana ia kalis inflasi berbanding wang kertas yang nilainya akan merosot saban tahun. Baca kelebihan emas DI SINI dan info mengenai manfaat emas DI SINI.

Modal RM100 dah boleh simpan Emas

Untuk pengetahuan semua, atau mungkin ramai yang dah tahu, sekarang ini melalui Program Pengumpulan Emas (GAP) Public Gold, anda boleh mulakan Tabung Emas (24 karat) kepada anak-anak anda dengan membuka Akaun GAP Junior.

Jika nak tahu mengenai GAP, sila tekan DI SINI. Jika dah tahu, faham dan minat nak buka Akaun GAP Junior untuk anak-anak anda, sila tekan butang pendaftaran di bawah:

Pada ketika artikel ini ditulis, harga emas 1 gram GAP adalah RM264, manakala dengan pembelian RM100, anda akan mendapat emas seberat 0.3788. Jika anda beli emas GAP, berat emas akan terpapar di dalam Akaun GAP Junior anak anda secara online. Andaikan anak anda dapat duit raya berjumlah RM1,000 tahun ini. Jika diguna semua RM1,000 untuk beli emas dalam Akaun GAP Junior, anak anda akan memiliki emas seberat 3.7879 gram. Lihat contoh di bawah:

Kelebihan Jadikan Duit Raya Sebagai Emas GAP

    • Tidak perlu pegang emas (Public Gold simpankan PERCUMA)
    • Pembelian 24 Jam melalui online
    • Harga emas dijangka naik setiap tahun (simpan minima 2 atau 3 tahun untuk nampak hasil)
    • Simpanan masa depan anak-anak (Mungkin bermanfaat bila anak ingin sambung belajar ke IPTA/S kelak)
    • Pupuk minat menabung Emas kepada anak-anak

Lihat contoh paparan Akaun Emas GAP Junior Online. Anda boleh nampak bahagian nama anak anda, PG Code (PG 00xxxxxx) iaitu nombor akaun dan baki emas dalam berat (gram). Selain itu, untuk makluman, boleh juga menabung perak melalui ‘Silver Accumulation Program (SAP) menggunakan akaun yang sama.

Artikel ini adalah sekadar saranan atau cadangan kepada anda untuk menggunakan duit raya anak-anak kepada perkara yang bermanfaat. Ianya bukanlah bertujuan mengajar, EZ cuma kongsikan pengalaman gembira EZ sendiri merealisasikan pemilikan emas kepada anak-anak seawal usia di sekolah rendah. Zaman EZ kecil dulu, mana ada peluang memiliki emas semudah hari ini. InshaAllah, semoga anda semua dapat memanfaatkan duit raya anak-anak dengan cara terbaik.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila tinggalkan mesej di ruangan komen di bawah atau hubungi saya di talian emas +013-3294134. Boleh juga klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing

Manfaat & Kelebihan Sebagai Dealer Public Gold

Manfaat & Kelebihan Sebagai Dealer Public Gold

Assalamualaikum w.r.t & Salam Sejahtera

Menjadi Dealer PG bermaksud anda telah melangkah maju setapak daripada menjadi seorang Penyimpan Emas kepada Penyimpan & Peniaga Emas dan berpeluang menjana pendapatan sampingan atau mungkin pendapatan tetap. Di dalam dunia perniagaan emas PG, Seorang Dealer juga dikenali sebagai Public Gold Business Owner (PGBO).

Sebenarnya, dengan menjadi seorang Dealer PG, secara teknikalnya anda tidak perlu pun ‘menjual emas’, tetapi anda hanya perlu mengajar orang ramai tentang ILMU EMAS dan menyebarkan maklumat-maklumat yang betul tentang cara membeli emas.

Apabila masyarakat sudah pandai dan sedar mengenai emas serta berminat membeli emas, anda ajar pula mereka cara membeli emas dengan betul dengan PG. Di sini PG yang jual emas, bukan anda.

Walau bagaimanapun, atas usaha anda sebagai Dealer PG dalam menyebarkan ILMU EMAS kepada masyarakat dan menggalakkan mereka membeli emas PG, anda akan diberikan pelbagai ganjaran yang menarik oleh PG.

Sebagai pelanggan PG, mereka akan mendapat manfaat dari segi kelebihan emas PG itu sendiri. Contohnya, harga yang kompetitif, jaminan ketulenan oleh assayer bebas, susut nilai rendah, kualiti tinggi, jaminan belian balik (walau bengkok/calar/kemek) asal berat tidak kurang, urusniaga online 24 jam, cawangan yang banyak di seluruh Malaysia dan sebagainya.

Manakala bagi seorang Dealer PG, selain mendapat kelebihan sebagai pelanggan, Dealer PG juga akan mendapat ganjaran berbentuk Insentif tunai yang diberikan oleh PG.

Antara kelebihan/manfaat menjadi seorang Dealer PG adalah anda akan mendapat:

1. Insentif Belian Peribadi

Setiap kali seorang Dealer membeli emas atau perak dari PG untuk diri sendiri, dia akan mendapat Insentif sebanyak 1% (Normal Dealer-ND) atau 1.5% (Priority Dealer-PD) dari jumlah belian bermula dari belian kedua dan seterusnya (belian pertama sebelum ini dalam jumlah tertentu adalah untuk melayakkan seseorang menjadi Dealer dan tidak menerima apa-apa Insentif). Jika seseorang dealer membuat belian emas/perak PG pada bulan ini dengan nilai tertentu, Insentif (1%-1.5%) akan dikreditkan oleh PG ke dalam akaun bank dealer pada 20hb bulan berikutnya.

2. Insentif Belian Oleh Pelanggan

Apabila bergelar seorang Dealer PG, anda boleh pilih sama ada untuk menjadi Dealer Pasif atau Dealer Aktif.

Dealer Pasif adalah seseorang yang membeli emas/perak PG dengan jumlah yang melayakkan dia menjadi Dealer, tetapi tidak berminat untuk berniaga emas. Dia hanya menerima insentif dari belian peribadi sahaja seperti di no. 1 di atas.

Dealer Aktif pula, selain mendapat kelebihan insentif dari pembelian sendiri, dia akan mendapat insentif dari setiap belian pelanggan baharu yang diperkenalkan kepada PG. Insentif ini akan berterusan selamanya selagi mana pelanggan tersebut membeli emas dari PG.

3. Insentif dari Belian Dealer di dalam rangkaian

Sebagai seorang Dealer PG, anda berpeluang membina empayar perniagaan sendiri dengan kelayakan anda untuk melantik dealer-dealer baharu bernaung di dalam empayar anda. Anda akan mendapat insentif penuh (1%-1.5% ikut pangkat dealer anda) dari pembelian pertama oleh seseorang yang diperkenalkan oleh anda untuk mendapatkan status dealer. Kemudian, pembelian kedua oleh dealer anda, anda masih lagi mendapat insentif berdasarkan pengiraan tertentu, manakala dealer anda dapat insentif penuh mengikut pangkat dealernya. Dan ianya juga berterusan selama-lamanya selagi dealer anda masih aktif.

4. Insentif Jualan Balik Peribadi

Sebagai Dealer PG yang memiliki emas, sudah pasti akan ada masanya di suatu hari di masa hadapan, anda ingin menjual balik emas yang dimiliki setelah disimpan lama dan harga terkini telah mendatangkan untung. Tujuan jualan mungkin untuk tujuan-tujuan yang bermanfaat ada saya huraikan di dalam artikel mengenai Idea Memanfaatkan Simpanan Emas.

Dealer PG akan mendapat insentif sebanyak 0.3% dari nilai jualan emas (ikut harga PG Buy semasa) kepada pihak PG dan akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda.

5. Insentif Jualan Balik oleh Pelanggan

Sama juga kisahnya sekiranya pelanggan anda membuat jualan balik emas-emas milik mereka kepada pihak PG, anda akan menerima insentif sebanyak 0.3% dari nilai jualan emas pelanggan anda kepada pihak PG dan akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda.

6. Jadi Tokey Emas Tanpa Jual Emas

Untuk jadi Dealer PG, anda perlu membuat belian tertentu dan akan mendapat emas/perak di tangan anda. Sekiranya anda berjaya jual semua emas tersebut kepada sesiapa sahaja hingga tiada langsung emas di tangan anda, status Dealer anda masih kekal.

Apabila ada pelanggan baharu minat nak tahu ILMU EMAS, anda ajar sahaja dengan tenang. Apabila prospek minat nak beli emas, anda ajar cara beli emas dengan PG. Apabila prospek dah jadi pelanggan PG dan beli emas dari PG, anda akan dapat insentif. Di sini anda adalah ‘Introducer’ kepada pelanggan tersebut. Pelanggan tersebut adalah ‘hak’ anda selamanya.

Inilah maksud jadi Tokey emas tanpa jual emas. Anda hanya ajar ilmu emas kepada pelanggan. Yang miliki emas di sini adalah PG. Yang jual emas pun adalah PG. Anda hanya ‘lead’ pelanggan beli emas dengan PG.

7. Berniaga Emas tanpa Ada Kedai Emas

Dealer PG hanya keluarkan modal untuk jadi dealer emas sahaja. Tidak perlu fikir nak cari modal untuk sewa premis atau kedai untuk jalankan perniagaan emas. Anda adalah Dealer PG yang bertugas sebagai penyebar maklumat mengenai pelaburan emas dan pembelian emas dengan cara yang terbaik dan betul. Tugas nak sediakan kedai, sediakan pejabat, sediakan cawangan, sediakan stok emas, sediakan alatan promosi, sediakan sistem dan sebagainya adalah tanggungjawab muktamad pihak PG.

8. Perniagaan 24 Jam

Dalam arus pemodenan dan kemajuan industri komputer dan internet, PG tidak ketinggalan dalam memastikan perniagaan emasnya bergerak selari dengan kehendak pasaran. Sebahagian besar urusniaga PG dijalankan secara atas talian (online). Pelanggan boleh beli emas, jual emas, pajak emas, simpan emas melalui online dengan PG. Dan ianya telah disahkan Patuh Shariah kerana ianya disandarkan 100% oleh emas fizikal. Apabila kita sebut perniagaan online, sudah tentu ianya boleh dikatakan hampir bergerak tanpa henti.

Urusniaga jual beli emas dengan PG boleh dilakukan di mana sahaja setiap masa dengan syarat ada sambungan internet. Hari cuti pun boleh beli emas dengan PG. Tidak pernah tutup kedai online walau pejabat PG beroperasi hanya pada waktu pejabat.

Anda di Timur tanah air, tiada masalah bagi seorang pelanggan untuk membeli emas PG melalui anda walau meraka berada di Barat, Utara, Selatan atau di mana-mana jua mereka berada. Anda cuma perlu ajar pelanggan guna sistem online PG untuk berurusniaga.

9. Ilmu Emas Percuma

Anda akan diberikan orientasi percuma, seminar emas percuma, info-info percuma mengenai emas oleh PG. Kebiasaannya, program-program ini dianjurkan di pejabat-pejabat cawangan PG seluruh Malaysia dengan menampilkan mentor-mentor emas yang berpengalaman sebagai penceramah. Dengan maklumat yang diperoleh dari program-program tersebut, anda dengan bebas boleh mengolah segalanya mengikut kreativiti dan kebijaksanaan anda dan sampaikan kepada masyarakat.

Anda juga digalakkan bekerjasama dan mengenali dealer-dealer PG lain walaupun mereka di dalam rangkaian yang berbeza. Apabila sesuatu perkara dibuat secara ramai-ramai, sudah tentu percambahan idea dan strategi memajukan perniagaan juga akan datang dari pemikiran yang pelbagai.

Selain itu, anda boleh sertai group-group khas media sosial untuk mendapatkan ilmu emas dari mentor-mentor emas PG secara percuma. Contohnya FB Page yang dibuat khas untuk penyertaan dealer-dealer PG sahaja. Di situ anda akan mendapat banyak ilmu mengenai selok-belok, teknik-teknik penyelesaian masalah, teknik close pelanggan, kemaskini maklumat terbaharu, peluang menambahbaik sistem sedia ada, webinar emas dan sebagainya. Paling penting, ianya adalah percuma!.

10. Perniagaan Emas PG Boleh Diwarisi

Sebagai Dealer PG, anda boleh menamakan seseorang (nominee) sebagai orang untuk diamanahkan bagi mewarisi empayar perniagaan anda sekiranya anda tiada kelak (Allah Maha Mengetahui). InshaAllah, hasil usaha anda tidak akan sia-sia dan tidak akan jatuh ke tangan orang lain. Ianya akan diwarisi oleh keluarga terdekat atau orang yang anda percayai.

11. Akses Jana Pendapatan di PG Mall

PG Mall adalah sebuah platform beli-belah online milik Public Gold yang menjual barangan keperluan harian seperti makanan & minuman, pakaian, alat solek, ubat-ubatan, barangan penjagaan bayi, fashion & aksesori, barangan automotif, barang kemas & perhiasan dan sebagainya.

Sebagai seorang Dealer PG, anda secara automatik akan mendapat akses ke PG Mall dan semua pelanggan dan dealer lain dalam rangkaian anda akan menjadi rakan empayar perniagaan anda di dalam pusat perniagaan (business center) di PG Mall.

Di PG Mall, anda juga berpeluang menjana pendapatan pasif dengan hanya mempromosikan PG Mall dan mengajak orang ramai untuk membeli-belah di PG Mall. Untuk maklumat lanjut, baca juga Mengenai PG Mall dan Peluang Jana Pendapatan Pasif Tanpa Modal di PG Mall.

Selepas anda baca artikel ini, anda boleh baca artikel saya mengenai Cara Mudah Menjadi Seorang Dealer PG dan Insentif-Insentif Sebagai Dealer PG.

Nota Tambahan: Terdapat satu lagi pangkat Dealer di dalam PG iaitu Master Dealer (MD) yang tidak saya ulas dalam penulisan ini. PG tidak menawarkan apa-apa pakej belian emas dalam jumlah tertentu untuk melayakkan seseorang terus menjadi MD. Untuk mendapat pangkat MD, seseorang itu wajib menjadi ND atau PD terlebih dahulu. Perlu belajar dahulu, cari pengalaman, buat jualan dalam jumlah tertentu dan perkenalkan pelanggan baharu dalam jumlah tertentu, baru layak dipertimbangkan untuk menjadi seorang MD. Saya beranggapan bahawa MD adalah seseorang yang sudah berpengalaman dalam perniagaan PG dan sudah tahu mengenai kelebihan-kelebihan menjadi dealer, selok belok perniagaan, penggunaan sistem, dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan PG. Oleh itu, saya kongsikan artikel ini khas untuk masyarakat di luar sana tahu mengenai kelebihan-kelebihan dan peluang jana pendapatan tambahan dengan menjadi seorang Dealer PG … Wallahua’lam.Emas Zaman

Jika perlukan maklumat lanjut, sila tinggalkan mesej di ruangan komen di bawah atau hubungi saya di talian emas +010-554 9916. Boleh juga klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing

Insentif Dealer Public Gold

Insentif Dealer Public Gold

Pengenalan

 

Selain menjalankan perniagaan emas/perak fizikal dan akaun simpanan emas/perak yang patuh shariah, Public Gold (PG) juga membuka peluang kepada anda semua untuk jana pendapatan tambahan dengan menjadi Pengedar (Dealer) Emas Public Gold.

Dealer PG juga dikenali sebagai Public Gold Business Owner (PGBO) yang mana bermaksud, sebagai Dealer PG, anda adalah rakan niaga kepada PG yang turut sama berusaha memajukan perniagaan emas, memupuk semangat cintakan emas di kalangan masyarakat, menyebarkan ilmu-ilmu mengenai pelaburan emas yang betul dan peluang menambah pendapatan sampingan (atau mungkin tetap) bersama-sama.

Sebagai seorang Dealer PG, anda layak untuk merekrut Dealer dan Pelanggan baharu di dalam rangkaian anda. Anda akan mendapat insentif dari setiap pembelian peribadi, pembelian dari pelanggan anda dan overriding dari dealer anda di dalam rangkaian anda.

Sebagai ganjaran dan penghargaan kepada dealer-dealernya, PG akan memberi insentif bulanan berdasarkan hasil jualan seorang dealer, bonus menarik dari semasa ke semasa dan peluang melancong ke luar Negara setiap tahun yang dikenali sebagai Sales Incentive Program (SIP) & Seminar Leadership.

Pangkat Dealer PG

 

Dealer PG terbahagi kepada 3 pangkat, iaitu:

i) Normal Dealer (ND): Insentif 1.0%
ii) Priority Dealer (PD): Insentif 1.5%
iii) Master Dealer (MD): Insentif 2.0%

Baca DI SINI untuk mengetahui Cara Mudah Menjadi Seorang Dealer PG.

Jenis-jenis Insentif

Insentif adalah ganjaran kewangan dan reward yang diberikan oleh PG kepada dealer-dealernya berdasarkan belian peribadi dealer atau pelanggan di dalam rangkaian dealer tersebut. Di dalam sistem insentif PGBO, ianya dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut:

1. Referral Incentive

‘Referral Incentive’ adalah insentif yang diperoleh oleh Dealer PG mengikut peratusan daripada jumlah belian produk PG setiap bulan oleh diri sendiri dan oleh pelanggan di dalam rangkaian seseorang dealer.

Contoh: Encik Abu adalah Normal Dealer PG. Pada bulan April 2021, beliau membeli emas PG bernilai RM10,000 – Encik Abu akan dapat insentif sebanyak 1% dari jumlah beliannya tadi. 1% daripada RM10,000 = RM100 : Insentif Encik Abu untuk bulan April.

Pada bulan yang sama juga, Encik Abu berjaya rekrut 3 orang pelanggan baharu iaitu Encik Habib, Encik Amran dan Puan Ainun. Kemudian, Encik Ali telah buat belian emas PG sejumlah RM5,000, Encik Habib beli RM1,000 dan Puan Ainun beli RM3,000. Jumlah terkumpul pembelian dari ketiga-tiga pelanggan Encik Abu adalah RM5,000 + RM1,000 + RM3,000 = RM9,000.

Di sini, Encik Abu adalah ‘Introducer’ atau referrer (perujuk) kepada Encik Ali, Encik Amran dan Puan Ainun. Maka, Encik Abu akan dapat insentif 1% dari RM9,000 belian pelanggan-pelanggannya itu. 1% dari RM9000 = RM90

Jadi, jumlah insentif Encik Abu untuk bulan April 2021 adalah RM100 (1% dari RM10,000 belian sendiri) + RM90 (1% dari RM9,000 belian pelanggan) = RM190

 

2. Overriding Incentive

Insentif ini diberi kepada Dealer PG berdasarkan jualan dari dealerdealer lain di dalam rangkaiannya. Insentif bermula dari 0.5% hingga 1%. Syarat untuk mendapat overriding incentive adalah dealer-dealer lain di dalam rangkaian seseorang Dealer PG itu berpangkat lebih rendah.

Contoh: Encik Rosdi adalah seorang Master Dealer PG manakala Encik Rashid adalah Priority Dealer PG dan Encik Rushdan adalah Normal Dealer PG dalam rangkaian Encik Rosdi. Pada bulan April 2021, Encik Rashid beli emas bernilai RM1,000 dan Encik Rushdan beli emas bernilai RM3,000.

Sebagai Master Dealer, Encik Rosdi akan dapat Overriding Incentive sebanyak 0.5% dari pembelian Encik Rashid (PD) dan Encik Rashid dapat 1.5%.

Encik Rosdi juga dapat 1% dari pembelian Encik Rushdan (ND) dan Encik Rushdan dapat 1%. Jumlah insentif Encik Rosdi adalah 0.5% dari RM1,000 (belian Encik Rashid) + 1% dari RM3,000 (belian Encik Rushdan).

(0.5% x RM1,000) + (1% x RM3000) = RM5 + RM30 = RM35

3. Supervisory Incentive

Insentif ini akan diperolehi oleh Dealer PG berdasarkan pembelian oleh dealerdealer lain yang sama pangkat di dalam rangkaiannya. Jumlah supervisory incentive adalah 0.15%.

Contoh: Puan Hamidah adalah seorang Priority Dealer. Manakala Encik Shamsul juga Priority Dealer dalam rangkaian Puan Hamidah. Pada bulan April 2021, Encik Shamsul buat belian emas PG sebanyak RM5,000. Sebagai PD, Encik Shamsul akan dapat insentif sebanyak 1.5%. Oleh kerana Puan Hamidah juga adalah PD, beliau akan dapat 0.15% dari jumlah belian Encik Shamsul.

Jadi, Encik Shamsul dapat Referral Incentive 1.5% dari RM5,000 = RM75

Manakala Puan Hamidah akan dapat Supervisory Incentive dari belian Encik Shamsul sebanyak 0.15% dari RM5,000 = RM7.50

4. Buyback Incentive

Insentif ini bermaksud apabila seorang Dealer PG atau pelanggan-pelanggan di dalam rangkaiannya membuat jualan balik emas-emas PG kepada PG. Jumlah Buyback Incentive adalah 0.3% dari setiap nilai jualan balik emas kepada PG mengikut harga PG BUY.

Contoh:

Cik Aisyah adalah pelanggan dalam rangkaian Encik Abdullah. Pada bulan April 2021, Cik Aisyah jual emasnya kepada PG bernilai RM1,500.

Encik Abdullah sendiri juga ada buat jualan balik kepada PG bernilai RM5,000.

Jumlah jualan balik kepada PG oleh Cik Aisyah dan Encik Abdullah adalah RM6,500. Oleh itu, Encik Abdullah layak menerima Buyback Incentive sebanyak 0.3% dari RM6,500 = RM19.50

5. Top Producer Award

Insentif ini terbuka kepada semua Dealer PG tanpa mengira pangkat. Ianya diberi berdasarkan hasil belian mencapai target tertentu selama 3 bulan berturut-turut (1 suku tahun: Quarter: Q) dan akan dikreditkan ke dalam C-Wallet di PG Mall. Baca juga mengenai PG Mall DI SINI.

Tahun kewangan PG bermula pada bulan April setiap tahun dan berakhir pada bulan Mac tahun berikutnya. Pembahagian Suku Tahun PG adalah seperti berikut:

Q1: April hingga Jun
Q2: Julai hingga September
Q3: Oktober hingga Disember
Q4: Januari hingga Mac

 

Syaratsyarat dan pembahagian insentif adalah:

i) Bronze
Jualan: RM25,000 – RM49,999
Insentif: RM50 sebulan
Jumlah: RM150 untuk 3 bulan (1 suku tahunan)

ii) Silver
Jualan: RM50,000 – RM74,999
Insentif: RM100 sebulan
Jumlah: RM300 untuk 3 bulan (1 suku tahunan)

iii) Gold
Jualan: RM75,000 – RM99,999
Insentif: RM150 sebulan
Jumlah: RM450 untuk 3 bulan (1 suku tahunan)

iv) Platinum
Jualan: RM100,000 atau lebih
Insentif: RM200 sebulan
Jumlah: RM600 untuk 3 bulan (1 suku tahunan)

 

Contoh:

Encik Fadhil buat jualan RM25,000 setiap bulan selama 3 bulan berturut-turut dari April hingga Jun. Encik Fadhil akan terima insentif sebanyak RM50 x 3 = RM150 dan dikreditkan ke dalam C-wallet di PG Mall.

Puan Shamsiah buat jualan RM25,000 pada bulan Julai, RM50,000 pada bulan Ogos dan RM100,000 pada bulan September. Insentif akan dikira berdasarkan pencapaian terendah selama 3 bulan tersebut iaitu pada bulan Julai dengan jualan RM25,000. Jadi, Puan Shamsiah layak terima anugerah Bronze dan akan dapat insentif RM50 x 3 = RM150 dan dikreditkan ke dalam c-wallet di PG Mall.

6. Group Sales Incentive

Insentif ini diterima oleh Master Dealer PG berdasarkan setiap belian emas PG oleh semua pelanggan dan dealer (kecuali Master Dealer) yang ada di dalam rangkaiannya.

Syarat untuk mendapat insentif ini seseorang dealer itu perlu berpangkat Master Dealer. Insentif ini diperolehi dari semua hasil belian oleh pelanggan dan dealer di dalam rangkaian kita dan tidak termasuk hasil belian dari kumpulan Master Dealer di dalam rangkaian kita.

Insentif ini diberi tanpa perlu membuat apa-apa belian. Ianya adalah dari belian dari ahli-ahli rangkaian kita.

Jumlah Group Sales Insentive adalah 0.1% dari belian ahli-ahli kumpulan di dalam rangkaian kita (kecuali kumpulan Master Dealer).

Contoh:

Encik Zakaria adalah Master Dealer dan mempunyai sebuah rangkaian. Di dalam rangkaiannya, terdapat Encik Bakhtiar (MD), Encik Taufik (PD) dan Puan Melissa (ND).

Encik Zakaria akan dapat 0.1% Group Sales Incentives dari keseluruhan belian yang dibuat oleh kumpulan Encik Taufik dan Puan Melissa.

Tetapi, Encik Zakaria tidak dapat apa-apa dari keseluruhan belian kumpulan Encik Bakhtiar kerana beliau juga berpangkat MD.

 

 7. Million Dollar Leg Incentives

Insentif ini khas untuk Master Dealer sahaja. Ianya adalah berdasarkan hasil belian dari sekurang-kurangnya dua (2) kumpulan yang dibimbing oleh Master Dealer lain di dalam rangkaian anda dan anda sendiri perlu berpangkat Master Dealer. Jualan minima dari dua (2) kumpulan MD ini adalah sekurang-kurangnya RM1 juta sebulan. Sebagai Introducer dan pembimbing kepada Master-master dealer ini, anda layak terima insentif sebanyak RM1,000 dari jualan kumpulan-kumpulan tersebut.

 

Syarat:

i) Anda sendiri adalah Master Dealer
ii) Anda membimbing sekurang-kurangnya 2 Master Dealer lain dalam rangkaian anda
iii) Dua (2) kumpulan Master Dealer di dalam rangkaian anda itu buat belian RM1 Juta dalam tempoh sebulan.

Contoh:

Encik Hassan adalah seorang MD. Di dalam rangkaiannya, terdapat 2 orang MD lain iaitu Puan Raisa dan Encik Imran. Kumpulan MD Puan Raisa dan Encik Imran berjaya buat belian RM1 juta dalam 1 bulan. Maka, Encik Hassan selaku introducer layak terima insentif Million Dollar Leg sebanyak RM1,000.

Kemudian, Encik Hassan berjaya bimbing seorang lagi MD baharu iaitu Encik Roslan dan Encik Roslan juga berjaya buat belian kumpulan sebanyak RM1 juta.

Sekarang, Encik Hassan sudah ada 3 kumpulan yang dibimbing oleh 3 MD di dalam rangkaiannya. Insentif Encik Hassan akan meningkat dari RM1,000 ke RM2,000.

Insentif ini akan diperolehi dengan minima 2 kumpulan yang diketuai oleh 2 MD di dalam rangkaian anda, dan akan meningkat bergantung kepada seberapa ramai MD yang mempunyai jualan RM1 juta ke atas di dalam rangkaian anda.

 

8. Qualifying Bonus (Q-Bonus)

Q-Bonus adalah insentif yang diberikan kepada semua Dealer PG berdasarkan pencapaian target belian peribadi berjumlah RM250,000 dalam tempoh minima 6 bulan sama ada secara berturut-turut ataupun tidak.

Belian peribadi termasuk belian sendiri dan pelanggan (tidak termasuk pelanggan di bawah dealer anda) di dalam rangkaian anda.

Syarat:

Belian: RM250,000 sebulan dalam tempoh 6 bulan (berturut-turut atau tidak)

6 Q-Bonus = Insentif RM3,000
9 Q-Bonus = Insentif RM3,000
12 Q-Bonus = Insentif RM6,000

Jumlah sekiranya berjaya capai semua adalah RM12,000

6Q 9Q 12Q
Insentif RM3,000 RM3,000 + RM3,000 6Q + 9Q + RM6,000
RM3,000 RM6,000 RM12,000

Contoh: Encik Rahmat capai target belian peribadi RM250,000 sebanyak 6 bulan iaitu bulan April, Jun, Ogos, September, November dan Disember (tidak berturut-turut). Encik Rahmat dapat insentif sebanyak RM3,000.

Puan Latifah dapat buat belian peribadi minima RM250,000 sebulan setiap bulan selama 12 bulan berturut-turut. Insentif Puan Latifah adalah RM3,000 untuk 6Q, RM3,000 untuk 9Q dan RM6,000 untuk 12Q. Jumlah insentif Puan Latifah adalah RM12,000.

9. Sales Incentive Program (SIP) & Leadership Seminar

Setiap kitaran tahun kewangan PG iaitu dari April hingga Mac setiap tahun, mana-mana Dealer PG yang mencapai target jualan tertentu akan diberi ganjaran tajaan penuh pelancongan ke luar negara. Ianya dikenali sebagai Sales Incentive Program (SIP) & PG Leadership Seminar. Pergi melancong sambil belajar melalui seminar yang akan dianjurkan sempena lawatan tersebut dan ditaja oleh PG.

 

Ada 2 jenis SIP iaitu SIP (Pelancongan di luar Asia Tenggara) dan Mini SIP (Pelancongan di dalam Negara Asia Tenggara).

Bagi tahun kewangan 2020/21 yang berakhir Mac 2021, PG menawarkan pelancongan ke Russia kepada Dealer PG yang berjaya.

Bagi tahun kewangan terkini iaitu 2021/2022, PG merancang untuk memberikan ganjaran pelancongan percuma ke Itali kepada Dealer PG yang berjaya.

Syarat Layak Sertai SIP:

Syarat Kelayakan Mini SIP:
1. Jualan peribadi mencapai RM600,000 dalam tempoh setahun kewangan PG
2. 100 pelanggan baharu dalam tempoh setahun kewangan PG
3. Menghadiri New Dealer Orientation (NDO), Public Gold Golden Tour (PGGT) di Pulau Pinang dan Jutawan Emas Leadership Training (JLT) – (Dimansuhkan sementara berikutan Covid19)
4. Layak 3 kali seumur hidup
5. Tidak layak bagi Dealer PG yang berjaya ke SIP

 

10. Key Opinion Leader (KOL) Incentive

Insentif yang diberi oleh PG kepada Dealer PG yang berjaya jual barangan PG di media sosial. Jumlah insentif adalah dari 1% hingga 5% bergantung kepada jenis produk. Jika berminat, perlu hubungi ‘Person-In-Charge’ PG dengan whatsapp kepada 011-10827916. Pihak PG akan sediakan Page Facebook dan bantu mempromosi secara percuma.

Syarat Layak:

  • Minima 10 ribu followers di media sosial peribadi
  • Pakar ‘streaming’ secara LIVE
  • Aktif upload content di dalam media sosial
  • Mahir menulis konten
  • Mahir dalam pengucapan awam.

11. Insentif dari PG Mall

Sebagai seorang Dealer PG, anda juga akan berstatus ‘Shopper’ di PG Mall. Pangkat shopper adalah Shopper, Super Shopper, Premium Shopper dan Elite Shopper bergantung pada status anda sama ada pelanggan atau pangkat Dealer PG. Terdapat insentif cashback bermula dari 0.5% hingga 3.5% dari jumlah belian shopper di dalam rangkaian anda. Untuk maklumat lanjut mengenai insentif dan pendapatan pasif dari PG Mall, sila KLIK SINI.

Menarik bukan?

Baca juga Cara Mudah Untuk Menjadi Dealer PG DI SINI 

Penafian:

1. Segala perubahan dalam kadar insentif adalah tertakluk kepada budi bicara Pihak PG

2. Sumber penulisan adalah berdasarkan pengalaman Emas Zaman sendiri sebagai Dealer Public Gold sejak tahun 2010 serta penulisan-penulisan Dealer-Dealer PG lain yang aktif.

3. Anda dinasihatkan untuk menghubungi mana-mana cawangan PG yang berdekatan untuk kesahihan dan kepastian.

 

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing