+6013-329 4134 emaszaman@gmail.com
Public Gold (PG) Apps

Public Gold (PG) Apps

Assalam.. Post ringkas je ni.. just nak inform yang Public Gold ni ada apps… bukan ape, kalau ade apps ni, semua transaksi jual beli anda boleh buat bila2 masa di mana sahaja hanya dengan guna handphone anda… Janji handphone ada internet la… kalau takde internet, kena cari kawasan yang ada hotspot free… hehe…

Boleh download di Google Play (android) dan Apple Store (iPhone).. Atau boleh scan QR code pada gambar ni untuk download…

Dekat apps ni anda boleh tengok harga emas dan perak semasa, boleh jual/beli GAP dan SAP serta emas dan perak , layari produk2 lain keluaran PG dan sebagainya

Okay… kalau nak tanya apa2, sila wasap Emas Zaman https://emaszaman.wasap.my

Duit Raya & Emas

Duit Raya & Emas

Pengenalan

Assalamualaikum w.r.t dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca EZ yang dikasihi. Diharapkan anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera.

Hari ini tanggal 2 Syawal 1442 Hijrah/14 Mei 2021, EZ ingin ambil kesempatan untuk ucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir & Batin” kepada semua. Didoakan agar semua amalan kita semasa bulan Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya diberkati dan diterima oleh Allah SWT! InshaAllah…

Diharapkan anda juga sabar menghadapi detik-detik mencabar dalam meraikan hari raya yang telah masuk tahun ke 2 dirayakan dengan pendekatan norma baharu berikutan PKP3.0 kerana pandemik covid19 yang masih mengganas.

Mensyukuri Anugerah Syawal

Biar perit pedih sekalipun, EZ berpendapat kita masih lagi wajib bersyukur kerana masih diberi peluang merayakan Aidilfitri walaupun dengan amalan norma baharu. Kita masih lagi dapat bersama pasangan dan anak-anak kita, masih lagi dapat makan juadah raya, masih lagi dapat memakai pakaian baharu sempena raya, masih lagi dapat beribadah, masih lagi berhubungan dengan sanak saudara dan tidak kurang juga bagi anak-anak, masih boleh bermain bunga api dan masih lagi menerima duit raya. Apa yang berbeza tahun ini adalah, pertemuan dan berkumpul secara fizikal adalah dilarang bertujuan mengurangkan risiko jangkitan covid19. Alhamdulillah.

Panjang pula EZ berceloteh ya. Artikel kali ini bukan untuk mengulas pasal covid19, tetapi EZ ingin berkongsi pengalaman EZ sendiri dalam memanfaatkan duit raya anak-anak menjadi kepingan-kepingan emas yang sememangnya bernilai sebenar.

Duit Raya

Anak-anak saya dan semua kanak-kanak di seluruh Negara, rata-ratanya masih belum faham situasi yang sedang kita semua alami ketika ini. Bagi mereka, hari raya adalah hari bergembira, pakai pakaian baharu, makan biskut raya serta ziarah rumah-rumah jiran untuk mengutip duit raya.

Tidak dapat dinafikan kebanyakkan jiran-jiran pun mengambil langkah berhati-hati dengan tidak menerima tetamu sempena raya. Jadi, kutipan duit raya kanak-kanak mungkin sedikit berkurangan berbanding hari-hari raya sebelum ini.

Walau bagaimanapun, telah muncul fenomena atau pendekatan baharu, di mana duit-duit raya dikirim melalui pos atau diberi melalui pindahan wang perbankan online. Dengar macam kurang menarik tetapi kita tiada pilihan. Demi menjaga kegembiraan anak-anak, pendekatan ini juga tidak kurangnya diterima agak meluas di seluruh negara. Ibu Bapa, Adik Beradik, Ipar Duai dan Pakcik Makcik yang berada di kejauhan, mengambil inisiatif menghantar duit-duit raya kepada anak-anak buah dan cucu-cucu melalui online.

Duit Raya Jadi Emas

Di sini EZ hanya ingin sarankan agar anda ubah cara simpan duit raya anak-anak kepada simpanan emas. Duit raya anak-anak adalah satu peluang baik untuk mula menabung emas kerana jumlah yang diperoleh oleh anak-anak adalah diluar kawalan anda. Ianya adalah ‘duit free’ yang anak-anak dapat bersempena budaya hari raya.

Lagi pula duit itu bukanlah duit kita, bukan hasil titik peluh kita. Jadi, apa salahnya gunakan duit-duit tersebut kepada perkara yang bermanfaat. Salah satunya adalah dengan cara menabung, tetapi menabung dalam bentuk emas

Sudah tentu ramai yang simpan duit raya anak-anak di dalam tabung masing-masing untuk kegunaan mereka di masa hadapan.

Tidak dinafikan juga duit-duit tersebut akan dibelanjakan kesemuanya mungkin untuk membeli pakaian baharu, kasut baharu dan sebagainya. Itu tidak mengapa, menyimpan emas bukannya wajib, utamakan perkara yang lebih penting dan keperluan terlebih dahulu.

Apa yang EZ nak sarankan adalah, duit-duit raya anak-anak yang tidak akan digunakan (dalam masa terdekat) itu, alih kepada pembelian emas. Contoh emas-emas 1 gram yang boleh dipertimbang untuk dimiliki adalah seperti di bawah. Ada juga keluaran khas sempena hari raya. Contoh di bawah terselit sekali emas 1 gram edisi khas hari raya aidilfitri 2021.

Bukannya menabung duit itu tidak elok, tetapi menyimpan emas lebih baik kerana di masa hadapan, emas akan memberi pulangan yang lebih baik kerana ia kalis inflasi berbanding wang kertas yang nilainya akan merosot saban tahun. Baca kelebihan emas DI SINI dan info mengenai manfaat emas DI SINI.

Modal RM100 dah boleh simpan Emas

Untuk pengetahuan semua, atau mungkin ramai yang dah tahu, sekarang ini melalui Program Pengumpulan Emas (GAP) Public Gold, anda boleh mulakan Tabung Emas (24 karat) kepada anak-anak anda dengan membuka Akaun GAP Junior.

Jika nak tahu mengenai GAP, sila tekan DI SINI. Jika dah tahu, faham dan minat nak buka Akaun GAP Junior untuk anak-anak anda, sila tekan butang pendaftaran di bawah:

Pada ketika artikel ini ditulis, harga emas 1 gram GAP adalah RM264, manakala dengan pembelian RM100, anda akan mendapat emas seberat 0.3788. Jika anda beli emas GAP, berat emas akan terpapar di dalam Akaun GAP Junior anak anda secara online. Andaikan anak anda dapat duit raya berjumlah RM1,000 tahun ini. Jika diguna semua RM1,000 untuk beli emas dalam Akaun GAP Junior, anak anda akan memiliki emas seberat 3.7879 gram. Lihat contoh di bawah:

Kelebihan Jadikan Duit Raya Sebagai Emas GAP

    • Tidak perlu pegang emas (Public Gold simpankan PERCUMA)
    • Pembelian 24 Jam melalui online
    • Harga emas dijangka naik setiap tahun (simpan minima 2 atau 3 tahun untuk nampak hasil)
    • Simpanan masa depan anak-anak (Mungkin bermanfaat bila anak ingin sambung belajar ke IPTA/S kelak)
    • Pupuk minat menabung Emas kepada anak-anak

Lihat contoh paparan Akaun Emas GAP Junior Online. Anda boleh nampak bahagian nama anak anda, PG Code (PG 00xxxxxx) iaitu nombor akaun dan baki emas dalam berat (gram). Selain itu, untuk makluman, boleh juga menabung perak melalui ‘Silver Accumulation Program (SAP) menggunakan akaun yang sama.

Artikel ini adalah sekadar saranan atau cadangan kepada anda untuk menggunakan duit raya anak-anak kepada perkara yang bermanfaat. Ianya bukanlah bertujuan mengajar, EZ cuma kongsikan pengalaman gembira EZ sendiri merealisasikan pemilikan emas kepada anak-anak seawal usia di sekolah rendah. Zaman EZ kecil dulu, mana ada peluang memiliki emas semudah hari ini. InshaAllah, semoga anda semua dapat memanfaatkan duit raya anak-anak dengan cara terbaik.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila tinggalkan mesej di ruangan komen di bawah atau hubungi saya di talian emas +013-3294134. Boleh juga klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing

PG Jewel

PG Jewel

Tekan gambar untuk melihat penerangan terperinci.

PG Jewel adalah platform beli-belah barang kemas online yang menyediakan jualan pelbagai jenis barang kemas berketulenan 916 (22 karat) keluaran Public Gold.

Sasaran utama PG Jewel adalah menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada para pelanggan untuk membeli barang perhiasan emas berketulenan tinggi dengan harga kilang tanpa harga tersembunyi.

Pelanggan PG Jewel akan menikmati penghantaran emas yang berinsuran bagi semua jenis barang kemas yang dibeli, terus ke alamat pelanggan.

PG Jewel adalah ‘Kedai Rasmi’ (official store) di PG Mall bagi penjualan barang kemas keluaran Public Gold. Anda boleh melayari Kedai PG Jewel dan melihat barang-barang kemas dengan rekabentuk terkini dan moden dengan menekan butang di bawah.

Untuk membuat pembelian di PG Jewel, anda perlu menjadi ‘Shopper’ berdaftar di PG Mall terlebih dahulu. Daftar PERCUMA sebagai Shopper dengan menekan butang pendaftaran di bawah.

Nak Beli Secara Bayaran Penuh?

Nak Beli Secara Ansuran?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila tinggalkan mesej di ruangan komen di bawah atau hubungi saya di talian emas +010-554 9916. Boleh juga klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing

Syiling & Emas

Syiling & Emas

Pengenalan

Artikel kali ini ringkas sahaja di mana saya nak kongsikan satu pendapat dan idea bagaimana untuk memiliki emas dengan cara yang agak perlahan tanpa mengusik duit gaji atau simpanan anda secara langsung. Caranya adalah dengan mengambil berat akan kuasa duit syiling. Bagaimana tu?

Bahasa mudah adalah jangan abaikan duit syiling walau nilainya kecil. Jumpa atas lantai di rumah. bawah sofa ketika menyapu, tepi-tepi longkang rumah atau sebagainya, jangan dibiarkan. Ambil dan simpan dalam satu bekas khas. Anda tidak akan sedar bila syiling itu sudah penuh di dalam sesuatu bekas simpanan.

Mungkin juga kebanyakan atau segelintir dari kita hari ini rasa buang masa saja mengumpul syiling ni. Kalau zaman kanak-kanak dahulu, pantang jumpa duit syiling, seronoknya bukan kepalang walau hanya jumpa syiling 10 sen. Hari ini? Jumpa 50 sen pun tak berapa nak pandang? Kenapa? Jelas menggambarkan betapa nilai duit semakin susut!.

Pupuk Semangat Menabung

 

Bila anda pupuk sikap mengambil berat terhadap syiling, inshaAllah, hasil yang anda bakal dapat, walaupun tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya ada. Anda cuba dulu simpan duit-duit syiling yang anda jumpa di mana-mana tempat di rumah anda. Ada lebihan baki dari belian mana-mana, simpan juga syiling tu. Pastikan simpan di dalam satu tempat khas. Tidak kira tempat berupa apa, contohnya tabung, bekas, kotak kecil atau sebagainya. Lama kelamaan, percayalah, sikap ini akan menjadi suatu yang akan dilakukan secara rutin.

Lama tidak lah lama sangat, anda akan nampak syiling-syiling anda semakin banyak. Bila syudah makin banyak, katakan apabila dikira-kira nilainya sudah RM20.30. Anda cari ‘plastik aiskrim malaysia’, masukkan syiling-syiling tadi RM10 setiap satu plastik aiskrim. Bermakna anda akan ada 2 plastik aiskrim berisi syiling bernilai RM10 setiap satu dan baki 30 sen terus simpan lagi di dalam tabung syiling anda.

Teruskan aktiviti menabung dari apa jua sumber milik anda. Jangan pula jumpa syiling di luar yang bukan milik anda pun anda simpan, ini tidak berapa baik. Elok dimasukkan ke tabung-tabung masjid/surau jika tidak tahu siapa pemiliknya.

Teruskan Mengumpul

Kembali kita kepada aktiviti kumpul syiling. Katakan suatu hari nanti, bila dah dikira-kira syiling anda, jumlah yang ada adalah RM80.90. Wow!… ulangi langkah masukkan ke dalam plastik aiskrim tadi RM10 setiap satu. Anda sudah ada 10 paket (tambah 2 paket yang awal-awal tadi) yang bernilai RM10 setiap satu, bermakna jumlah keseluruhan syiling anda dah jadi RM100?.

Nak buat apa RM100 ni? – RM100 ni anda boleh guna untuk apa sahaja yang anda inginkan. Namun, memandangkan ianya adalah hasil tabungan syiling yang anda usahakan sekian lama, dan bukannya diambil secara langsung dari gaji anda, apa kata anda ubah syiling-syiling anda tu kepada sesuatu yang sangat bernilai… Apa tu? Ya, guna RM100 tu untuk beli emas berketulen 999.9 – 24 karat!

Beli Emas Dari Hasil Simpanan Syiling

Boleh ke beli emas dengan nilai RM100? Sudah Tentu Boleh!…. Sejak adanya Akaun Simpan Emas GAP Public Gold, anda dah boleh mula simpan emas sedikit demi sedikit dengan modal permulaan hanya RM100. Nak tahu bagaimana nak mula menabung emas? Sila klik dan baca DI SINI.

Nah, sekarang nampak tak? Jika anda terapkan sedikit sahaja sikap ‘rajin’ dan menghargai, anda akan dapat hasil yang sangat bermanfaat. Bila dah mula menabung emas, inshaAllah satu perasaan lain dari ‘aura’ emas tadi akan meresap ke dalam sanubari anda.

Teruskan kumpul syiling dan ulangi proses membeli emas dengan nilai RM100 hingga bila-bila. InshaAllah, bermula dari syiling 10 sen, anda akan dapat simpan hingga RM100. Bermula dari RM100 nilai emas, anda akan ada banyak emas suatu hari nanti. Baca juga Idea Memanfaatkan Simpanan Emas untuk mengetahui apa gunanya emas simpanan tu nanti.

Nota Tambahan: Penulisan ini hanyalah cadangan dan idea untuk memupuk semangat menabung dan cintakan emas demi kesenangan di masa hadapan. InshaAllah. Apa jua bentuk simpanan yang bermanfaat adalah sesuatu yang baik. Simpan ikut kemampuan dan kreativiti anda dan beli emas gunakan duit simpanan, jangan guna duit untuk dipakai, atau sanggup buat pinjaman semata-mata nak miliki emas tanpa tahu ILMU EMAS. – Emas Zaman

Jika perlukan maklumat lanjut, sila tinggalkan mesej di ruangan komen di bawah atau hubungi saya di talian emas +010-554 9916. Boleh juga klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing

Manfaat & Kelebihan Sebagai Dealer Public Gold

Manfaat & Kelebihan Sebagai Dealer Public Gold

Assalamualaikum w.r.t & Salam Sejahtera

Menjadi Dealer PG bermaksud anda telah melangkah maju setapak daripada menjadi seorang Penyimpan Emas kepada Penyimpan & Peniaga Emas dan berpeluang menjana pendapatan sampingan atau mungkin pendapatan tetap. Di dalam dunia perniagaan emas PG, Seorang Dealer juga dikenali sebagai Public Gold Business Owner (PGBO).

Sebenarnya, dengan menjadi seorang Dealer PG, secara teknikalnya anda tidak perlu pun ‘menjual emas’, tetapi anda hanya perlu mengajar orang ramai tentang ILMU EMAS dan menyebarkan maklumat-maklumat yang betul tentang cara membeli emas.

Apabila masyarakat sudah pandai dan sedar mengenai emas serta berminat membeli emas, anda ajar pula mereka cara membeli emas dengan betul dengan PG. Di sini PG yang jual emas, bukan anda.

Walau bagaimanapun, atas usaha anda sebagai Dealer PG dalam menyebarkan ILMU EMAS kepada masyarakat dan menggalakkan mereka membeli emas PG, anda akan diberikan pelbagai ganjaran yang menarik oleh PG.

Sebagai pelanggan PG, mereka akan mendapat manfaat dari segi kelebihan emas PG itu sendiri. Contohnya, harga yang kompetitif, jaminan ketulenan oleh assayer bebas, susut nilai rendah, kualiti tinggi, jaminan belian balik (walau bengkok/calar/kemek) asal berat tidak kurang, urusniaga online 24 jam, cawangan yang banyak di seluruh Malaysia dan sebagainya.

Manakala bagi seorang Dealer PG, selain mendapat kelebihan sebagai pelanggan, Dealer PG juga akan mendapat ganjaran berbentuk Insentif tunai yang diberikan oleh PG.

Antara kelebihan/manfaat menjadi seorang Dealer PG adalah anda akan mendapat:

1. Insentif Belian Peribadi

Setiap kali seorang Dealer membeli emas atau perak dari PG untuk diri sendiri, dia akan mendapat Insentif sebanyak 1% (Normal Dealer-ND) atau 1.5% (Priority Dealer-PD) dari jumlah belian bermula dari belian kedua dan seterusnya (belian pertama sebelum ini dalam jumlah tertentu adalah untuk melayakkan seseorang menjadi Dealer dan tidak menerima apa-apa Insentif). Jika seseorang dealer membuat belian emas/perak PG pada bulan ini dengan nilai tertentu, Insentif (1%-1.5%) akan dikreditkan oleh PG ke dalam akaun bank dealer pada 20hb bulan berikutnya.

2. Insentif Belian Oleh Pelanggan

Apabila bergelar seorang Dealer PG, anda boleh pilih sama ada untuk menjadi Dealer Pasif atau Dealer Aktif.

Dealer Pasif adalah seseorang yang membeli emas/perak PG dengan jumlah yang melayakkan dia menjadi Dealer, tetapi tidak berminat untuk berniaga emas. Dia hanya menerima insentif dari belian peribadi sahaja seperti di no. 1 di atas.

Dealer Aktif pula, selain mendapat kelebihan insentif dari pembelian sendiri, dia akan mendapat insentif dari setiap belian pelanggan baharu yang diperkenalkan kepada PG. Insentif ini akan berterusan selamanya selagi mana pelanggan tersebut membeli emas dari PG.

3. Insentif dari Belian Dealer di dalam rangkaian

Sebagai seorang Dealer PG, anda berpeluang membina empayar perniagaan sendiri dengan kelayakan anda untuk melantik dealer-dealer baharu bernaung di dalam empayar anda. Anda akan mendapat insentif penuh (1%-1.5% ikut pangkat dealer anda) dari pembelian pertama oleh seseorang yang diperkenalkan oleh anda untuk mendapatkan status dealer. Kemudian, pembelian kedua oleh dealer anda, anda masih lagi mendapat insentif berdasarkan pengiraan tertentu, manakala dealer anda dapat insentif penuh mengikut pangkat dealernya. Dan ianya juga berterusan selama-lamanya selagi dealer anda masih aktif.

4. Insentif Jualan Balik Peribadi

Sebagai Dealer PG yang memiliki emas, sudah pasti akan ada masanya di suatu hari di masa hadapan, anda ingin menjual balik emas yang dimiliki setelah disimpan lama dan harga terkini telah mendatangkan untung. Tujuan jualan mungkin untuk tujuan-tujuan yang bermanfaat ada saya huraikan di dalam artikel mengenai Idea Memanfaatkan Simpanan Emas.

Dealer PG akan mendapat insentif sebanyak 0.3% dari nilai jualan emas (ikut harga PG Buy semasa) kepada pihak PG dan akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda.

5. Insentif Jualan Balik oleh Pelanggan

Sama juga kisahnya sekiranya pelanggan anda membuat jualan balik emas-emas milik mereka kepada pihak PG, anda akan menerima insentif sebanyak 0.3% dari nilai jualan emas pelanggan anda kepada pihak PG dan akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda.

6. Jadi Tokey Emas Tanpa Jual Emas

Untuk jadi Dealer PG, anda perlu membuat belian tertentu dan akan mendapat emas/perak di tangan anda. Sekiranya anda berjaya jual semua emas tersebut kepada sesiapa sahaja hingga tiada langsung emas di tangan anda, status Dealer anda masih kekal.

Apabila ada pelanggan baharu minat nak tahu ILMU EMAS, anda ajar sahaja dengan tenang. Apabila prospek minat nak beli emas, anda ajar cara beli emas dengan PG. Apabila prospek dah jadi pelanggan PG dan beli emas dari PG, anda akan dapat insentif. Di sini anda adalah ‘Introducer’ kepada pelanggan tersebut. Pelanggan tersebut adalah ‘hak’ anda selamanya.

Inilah maksud jadi Tokey emas tanpa jual emas. Anda hanya ajar ilmu emas kepada pelanggan. Yang miliki emas di sini adalah PG. Yang jual emas pun adalah PG. Anda hanya ‘lead’ pelanggan beli emas dengan PG.

7. Berniaga Emas tanpa Ada Kedai Emas

Dealer PG hanya keluarkan modal untuk jadi dealer emas sahaja. Tidak perlu fikir nak cari modal untuk sewa premis atau kedai untuk jalankan perniagaan emas. Anda adalah Dealer PG yang bertugas sebagai penyebar maklumat mengenai pelaburan emas dan pembelian emas dengan cara yang terbaik dan betul. Tugas nak sediakan kedai, sediakan pejabat, sediakan cawangan, sediakan stok emas, sediakan alatan promosi, sediakan sistem dan sebagainya adalah tanggungjawab muktamad pihak PG.

8. Perniagaan 24 Jam

Dalam arus pemodenan dan kemajuan industri komputer dan internet, PG tidak ketinggalan dalam memastikan perniagaan emasnya bergerak selari dengan kehendak pasaran. Sebahagian besar urusniaga PG dijalankan secara atas talian (online). Pelanggan boleh beli emas, jual emas, pajak emas, simpan emas melalui online dengan PG. Dan ianya telah disahkan Patuh Shariah kerana ianya disandarkan 100% oleh emas fizikal. Apabila kita sebut perniagaan online, sudah tentu ianya boleh dikatakan hampir bergerak tanpa henti.

Urusniaga jual beli emas dengan PG boleh dilakukan di mana sahaja setiap masa dengan syarat ada sambungan internet. Hari cuti pun boleh beli emas dengan PG. Tidak pernah tutup kedai online walau pejabat PG beroperasi hanya pada waktu pejabat.

Anda di Timur tanah air, tiada masalah bagi seorang pelanggan untuk membeli emas PG melalui anda walau meraka berada di Barat, Utara, Selatan atau di mana-mana jua mereka berada. Anda cuma perlu ajar pelanggan guna sistem online PG untuk berurusniaga.

9. Ilmu Emas Percuma

Anda akan diberikan orientasi percuma, seminar emas percuma, info-info percuma mengenai emas oleh PG. Kebiasaannya, program-program ini dianjurkan di pejabat-pejabat cawangan PG seluruh Malaysia dengan menampilkan mentor-mentor emas yang berpengalaman sebagai penceramah. Dengan maklumat yang diperoleh dari program-program tersebut, anda dengan bebas boleh mengolah segalanya mengikut kreativiti dan kebijaksanaan anda dan sampaikan kepada masyarakat.

Anda juga digalakkan bekerjasama dan mengenali dealer-dealer PG lain walaupun mereka di dalam rangkaian yang berbeza. Apabila sesuatu perkara dibuat secara ramai-ramai, sudah tentu percambahan idea dan strategi memajukan perniagaan juga akan datang dari pemikiran yang pelbagai.

Selain itu, anda boleh sertai group-group khas media sosial untuk mendapatkan ilmu emas dari mentor-mentor emas PG secara percuma. Contohnya FB Page yang dibuat khas untuk penyertaan dealer-dealer PG sahaja. Di situ anda akan mendapat banyak ilmu mengenai selok-belok, teknik-teknik penyelesaian masalah, teknik close pelanggan, kemaskini maklumat terbaharu, peluang menambahbaik sistem sedia ada, webinar emas dan sebagainya. Paling penting, ianya adalah percuma!.

10. Perniagaan Emas PG Boleh Diwarisi

Sebagai Dealer PG, anda boleh menamakan seseorang (nominee) sebagai orang untuk diamanahkan bagi mewarisi empayar perniagaan anda sekiranya anda tiada kelak (Allah Maha Mengetahui). InshaAllah, hasil usaha anda tidak akan sia-sia dan tidak akan jatuh ke tangan orang lain. Ianya akan diwarisi oleh keluarga terdekat atau orang yang anda percayai.

11. Akses Jana Pendapatan di PG Mall

PG Mall adalah sebuah platform beli-belah online milik Public Gold yang menjual barangan keperluan harian seperti makanan & minuman, pakaian, alat solek, ubat-ubatan, barangan penjagaan bayi, fashion & aksesori, barangan automotif, barang kemas & perhiasan dan sebagainya.

Sebagai seorang Dealer PG, anda secara automatik akan mendapat akses ke PG Mall dan semua pelanggan dan dealer lain dalam rangkaian anda akan menjadi rakan empayar perniagaan anda di dalam pusat perniagaan (business center) di PG Mall.

Di PG Mall, anda juga berpeluang menjana pendapatan pasif dengan hanya mempromosikan PG Mall dan mengajak orang ramai untuk membeli-belah di PG Mall. Untuk maklumat lanjut, baca juga Mengenai PG Mall dan Peluang Jana Pendapatan Pasif Tanpa Modal di PG Mall.

Selepas anda baca artikel ini, anda boleh baca artikel saya mengenai Cara Mudah Menjadi Seorang Dealer PG dan Insentif-Insentif Sebagai Dealer PG.

Nota Tambahan: Terdapat satu lagi pangkat Dealer di dalam PG iaitu Master Dealer (MD) yang tidak saya ulas dalam penulisan ini. PG tidak menawarkan apa-apa pakej belian emas dalam jumlah tertentu untuk melayakkan seseorang terus menjadi MD. Untuk mendapat pangkat MD, seseorang itu wajib menjadi ND atau PD terlebih dahulu. Perlu belajar dahulu, cari pengalaman, buat jualan dalam jumlah tertentu dan perkenalkan pelanggan baharu dalam jumlah tertentu, baru layak dipertimbangkan untuk menjadi seorang MD. Saya beranggapan bahawa MD adalah seseorang yang sudah berpengalaman dalam perniagaan PG dan sudah tahu mengenai kelebihan-kelebihan menjadi dealer, selok belok perniagaan, penggunaan sistem, dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan PG. Oleh itu, saya kongsikan artikel ini khas untuk masyarakat di luar sana tahu mengenai kelebihan-kelebihan dan peluang jana pendapatan tambahan dengan menjadi seorang Dealer PG … Wallahua’lam.Emas Zaman

Jika perlukan maklumat lanjut, sila tinggalkan mesej di ruangan komen di bawah atau hubungi saya di talian emas +010-554 9916. Boleh juga klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing

Cara Mudah Menjadi Seorang Dealer Public Gold

Cara Mudah Menjadi Seorang Dealer Public Gold

Assalamualaikum w.r.t & Salam Sejahtera Sahabat Emas Zaman…. cool

Kali ini saya nak bagitau bahawa…

Nak jadi Dealer PG bukanlah sesuatu yang susah atau mahal!

Nak Tahu Bagaimana? Jom teruskan membaca… Jangan risau, saya cuba terangkan dengan ringkas, tapi tak boleh ringkas sangat takut susah untuk difahami pula. Berikut merupakan beberapa cara pilihan untuk anda jadi seorang Dealer PG:

Pilihan Pertama

Pada keadaan biasa, saya ulangi… Pada Keadaan Biasa!… Untuk melayakkan anda menjadi Dealer PG, anda perlu buat pembelian mana-mana jenis emas dari PG seberat 200 gram (harga sekarang lebih kurang RM50,000) untuk jadi ‘Normal Dealer’ ATAU 500 gram (harga sekarang lebih kurang RM130,000) untuk jadi ‘Priority Dealer’. Beli emas dengan berat tersebut dalam 1 resit, anda terus secara automatik jadi Dealer PG. Tengok jadual di bawah:

 

Pergh!… kena ada modal RM50K dulu ke baru boleh jadi dealer????surprised

Sabarrrrr!…. teruskan bacaan! laughing

 

Pilihan Kedua

PG selalu buat promosi bulanan dengan memberi peluang kepada anda untuk jadi Dealer PG dengan pembelian dalam 1 resit berjumlah RM10,000.00 untuk jadi Normal Dealer ATAU RM20,000 untuk jadi Priority Dealer. Cara ini lebih murah berbanding cara pertama di atas tu kan?.. Dengan belian RM10,000, RM15,000 atau RM20,000, automatik anda akan menjadi Dealer PG!cool

Contoh-contoh Promosi sebelum ini adalah seperti berikut:

Promosi Dealer Recruitement Drive Bulan Januari 2021

Promosi Dealer Recruitement Drive Bulan Februari 2021

 

Fuhhh!…. Mahal jugak ni RM10,000… Dah nak sama harga motor ysuku!!! cry

Haaaaa… Nanti Duluuuuuu!…. Baca Lagiiii!….cool

Pilihan Ketiga

Kadangkadang, terdapat juga promosi jadi Dealer PG melalui cara lain contohnya promosi dari Cawangan PG selepas ‘Branch Weekly Meeting (BWM)’, Promosi dari Mahaguru Emas Tuan Shukor Hashim, Promosi Cikjun di PG Mall, yang disiarkan live di FB, terdapat promosi belian dalam tempoh terhad untuk menjadi Dealer PG.

Biasanya, anda perlu beli emas sekitar RM3K untuk jadi Dealer PG. Pernah ada promosi sebelum ni beli barang kemas PG Jewel RM2.5K, layak jadi Dealer.

Untuk promosi ini, anda perlu rujuk kepada saya atau dealer-dealer PG sedia ada untuk mengetahui apa promosi terkini yang dianjurkan sekiranya ada.

Contoh-contoh promosi adalah seperti berikut:

Promosi Pembelian PG Jewel di PG Mall dari 24 April hingga 5 Mei 2021

(Belian RM3,000 / RM5,000 Jadi Dealer)

Promosi Pembelian Produk Aurora di PG Mall dari 24 April hingga 5 Mei 2021

(Belian RM3,000 / RM5,000 Jadi Dealer)

 

Promosi Semasa Branch Weekly Meeting PG Ampang yang berakhir 29 April 2021

(Belian RM3,000++ / RM6,000++ Jadi Dealer)

Okeyyyyy… modal RM3K jadi dealer ni bagi saya munasabah lah kan.. Berbanding RM10k atau RM50k tu… Tapi… Nanti Duluuuuu!….

 

Teruskan membaca… Sabarrrr… sikit lagiiii!wink

 

Pilihan Keempat (yang ni paling best!)

Saya faham!… Tak semua orang mampu atau sanggup keluarkan modal RM50K atau RM10K untuk mulakan bisnes. Jadi cara ketiga ni adalah cara paling sesuai kerana anda hanya perlu ada modal RM100 sahaja!… Ya!… RM100 sahaja untuk jadi Dealer PG!… Bagaimana??????… Perhatikan sekali lagi jadual berikut:

 

Dengan cara ini, anda hanya perlu jadi Pelanggan PG dengan membuat belian pertama bernilai RM100 dari Akaun Emas GAP, dan anda kenalkan PG kepada 50 rakan anda untuk turut sama menabung emas dengan PG dalam tempoh 3 bulan dari tarikh anda menjadi pelanggan PG.

Tak perlu fikir nak cari modal RM10k atau RM50k untuk jadi Dealer PG kerana dengan cara ini, modal minima RM100 dan rekrut 50 pelanggan baharu untuk beli emas PG melalui anda dalam tempoh 3 bulan, kemudian beli Wealth Card (wajib) berharga RM200, secara automatik anda akan jadi Dealer PG!

Kalau dah faham dan rasa minat nak mula jadi Dealer PG dengan cara ini, langkah pertama anda perlu buat adalah membeli emas dengan nilai RM100.

Klik butang di bawah untuk daftar jadi pelanggan (dapat PG Code) dan buat pembelian pertama:

Dah berjaya Daftar? Sila baca DI SINI untuk cara buat belian pertama!

Faham ke Faham? Senang ke Senang?cool

Ok… Jom baca lagi maklumat tambahan yang saya akan terangkan secara Soalan Lazim (FAQ: Frequently Asked Question) seperti di bawah:

 

Soalan: PG Code tu apa?

Jawapan: Sebagai pelanggan atau Dealer PG, anda akan diberi PG Code sebagai pengenalan diri. PG Code ni adalah rujukan anda untuk apa-apa sahaja urusan dengan PG selepas ini.

 

PG Code = Nombor Pendaftaran / Nombor Ahli

 

Contohnya, PG001897 adalah PG Code saya.

 

Jika anda daftar hari ini, PG code anda mungkin akan kelihatan PG005XXXXX (X adalah nombor) kerana PG dah ada lebih 500k ahli berdaftar (pelanggan dan Dealer) buat masa ini. Nombor PG Code tak boleh dipilih. Anda akan dapat PG Code yang dijana oleh Sistem Pendaftaran PG secara automatik ikut giliran.

Soalan: Wealth Card tu Apa?

Jawapan: Wealth Card adalah Kad Identiti atau Kad keahlian Dealer Public Gold yang ada disertakan emas seberat 0.5 gram. Pada kad tersebut tertulis nama, pangkat dealer dan PG Code anda. Semua Dealer wajib ada Wealth Card. Harga semasa Wealth Card adalah RM200 dan boleh ditempah secara online dari website PG. Dari RM200 tu, anda akan dapat emas 0.5 gram pada Wealth Card tu, voucher belian emas bernilai RM100 dan voucher belian perak bernilai RM200. Pemegang Wealth Card juga akan menikmati kadar dan diskaun istimewa yang ditawarkan oleh rakan-rakan niaga PG jika anda menggunakan perkhidmatan mereka. Bila anda dah ada PG Code, boleh login ke website PG dan tengok bahagian Wealth Card Corner.

Contoh Wealth Card

Contoh Wealth Card

Voucher Percuma dari Pembelian Wealth Card

Soalan: Berapa Belian Minima untuk dapatkan PG Code?

Jawapan: Anda hanya perlu buat belian melalui Akaun Emas GAP dengan nilai RM100 untuk mendapatkan PG Code. Dah berjaya beli RM100 emas tu, dalam akaun GAP anda akan tertera berat emas anda sekitar 0.3xxx gram hingga 0.4xxx gram, berhantung kepada harga semasa. Nah!. Anda dah jadi Pelanggan PG.

Soalan: Apa langkah seterusnya untuk jadi Dealer PG?

Jawapan: Setelah berjaya jadi Pelanggan dan ada PG Code, anda boleh mula rekrut pelanggan baharu untuk beli emas PG bernilai minima RM100 juga. Perlu rekrut 50 pembeli baharu dalam tempoh 3 bulan dari tarikh anda jadi pelanggan.

Soalan: Apa akan jadi sekiranya tak berjaya dapat 50 pelanggan dalam 3 bulan?

Jawapan: Setakat ini, PG menetapkan syarat wajib untuk jadi dealer dengan cara ketiga ni dengan pelanggan mendapatkan 50 pelanggan baharu dalam tempoh 3 bulan. Katakan anda hanya dapat 49 pelanggan baharu dalam tempoh 3 bulan. Mungkin bulan ke 4 atau ke 5 baru dapat 50 orang. Maknanya anda tidak berjaya. Namun, ruang untuk berbincang sentiasa terbuka dengan PG. Segala bentuk kelonggaran atau ihsan adalah tertakluk kepada budi bicara pihak PG.

Soalan: Apa akan jadi kepada 49 pelanggan tu?

Jawapan: Pelanggan tu tetap akan jadi ‘hak’ anda selamanya. Jika lepas itu anda berjaya jadi Dealer PG dengan mengikuti mana-mana pilihan di atas tadi, contohnya melalui promosi bulanan atau promosi dari semasa ke semasa, 49 pelanggan yang sebelum ini tu tetap berada sebagai ‘frontline’ anda.

Soalan: Dalam tempoh 3 bulan semasa recruit pelanggan baharu tu, dapat apa-apa Insentif/bayaran tak?

Jawapan: Tidak dapat. Kerana anda masih berstatus ‘Pelanggan’. Anda akan mula dapat insentif atau ‘gaji’ setelah ada pelanggan baharu selepas anda menjadi Dealer PG.

Soalan: Saya tak pandai la buat bisnes, tak reti cari customer, tak pandai cakap, tak pandai tulis-tulis ayat.. siapa akan bantu saya?

Jawapan: Sama macam saya juga. Awal-awal dulu di tahun 2010, saya tak tahu pun yang saya akan jadi Dealer PG. Dan saya tak tahu pun cara berniaga emas. Tapi, dari bacaan dan pertanyaan dari Dealer-dealer senior pada masa tu, saya nekad untuk mula jadi Dealer PG kerana saya nampak Platform yang disediakan oleh PG ni menarik dan berpotensi. Saya nekad untuk mula jana pendapatan tambahan dengan jadi dealer PG.

 

Tapi masa tu takde promosi-promosi menarik macam hari ni. Masa tu saya mula modal RM40K. Dan alhamdulillah, bermula sebagai dealer biasa pada suku ke-3 tahun 2010, kemudian berjaya jadi Master Dealer pada awal 2011.

 

Semuanya kerana ILMU emas yang saya dapat dari rakan-rakan Dealer dan introducer saya pada masa itu. Sekarang, saya dah boleh bergerak sendiri dan inshaAllah mampu untuk bimbing dealer-dealer baharu untuk sama-sama jana income tambahan di samping simpan emas.

 

Ya, saya akan bantu anda. Saya akan kongsi tips2 berniaga emas kepada anda secara percuma. Saya akan masukkan anda ke dalam rangkaian dealer-dealer rakan niaga saya untuk saya dan rakan-rakan emas lain kongsikan info dan tips berniaga emas. Boleh anytime tanya saya untuk bantuan. InshaAllah. Kita sama-sama buat.

 

Yang penting Komited!… Jangan mula hari ni, minggu depan nak kaya… mula hari ni bulan depan nak kaya… Sejujurnya, pendapatan bulan pertama saya sebagai dealer PG adalah lebih kurang RM20. Tapi sekarang, alhamdulillah dah mencapai 4 angka menuju ke 5 angka. Bukan riak, tapi ini peluang yang anda pun boleh buat. Dan dah ada Dealer-dealer PG lain dah capai tahap pendapatan bulanan 5 ke 6 angka. InshaAllah.

Bagaimana Nak Mula?

Langkah 1: Anda Perlu Dapatkan PG Code

 

Dah berjaya dapat PG Code? Terus ke Langkah 2 di bawah…

Langkah 2: Buat Belian Pertama

Setelah dapat PG Code, buat belian pertama minima RM100 Melalui Akaun Emas GAP. Untuk cara-cara belian pertama melalui GAP, KLIK SINI

Selain itu, anda juga boleh buat belian secara outright, iaitu belian terus secara online tanpa buka Akaun Emas GAP. Tapi, untuk belian outright, tiada emas bernilai RM100. Paling kecil pun ½ dinar yang berharga sekitar RM700++. Untuk belian secara biasa, KLIK SINI

Dah selesai buat belian pertama? Terus ke Langkah 3 di bawah…

Langkah 3: Bina ayat promosi dan kongsi ‘Referral Link’ Anda!

Referral Link adalah ‘alamat website’ untuk anda daftarkan pelanggan baharu terus di dalam rangkaian anda secara online. Bila prospek klik referral link anda dan daftar jadi pelanggan, ia akan masuk terus ke dalam rangkaian anda sebagai pelanggan anda.

Contoh Referral Link:

https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&intro_pgcode=PG001897&is_dealer=1

Bila klik link di atas, anda akan dibawa ke bahagian pendaftaran yang akan menunjukkan ‘Introducer PG Code‘ dan ‘Introducer Name‘ secara automatik.


Contoh ayat promosi
 beserta referral link adalah seperti di bawah:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan2 dan Puan2

PELUANG MEMULAKAN SIMPANAN EMAS BERKETULENAN 999.9 24 KARAT DENGAN MODAL SERENDAH RM100 MELALUI PROGRAM AKUMULASI EMAS (GOLD ACCUMULATION PROGRAMME – GAP) PUBLIC GOLD

GAP bertujuan memudahkan orang ramai untuk membuat simpanan emas dengan modal serendah RM100 sahaja dengan membuka akaun simpanan emas GAP

Program ini disokong 100% oleh emas fizikal

Pembeli boleh mengeluarkan emas yang telah telah dikumpulkan di dalam akaun GAP ke dalam bentuk jongkong emas di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh negara

Ciri-ciri Kelebihan:
» Pengumpulan emas fizikal dengan ketulenan Au999.9 (24K)
» Pembelian minimum RM100 atau atau pun 1 gram
» Pembelian ini kemudiannya akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan (eg. 0.0001gm)
» Disokong 100% oleh emas fizikal Au999.9 (24 Karat)
» Tiada yuran simpanan
» Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja
» Pengeluaran sekurang-kurangnya 1gm emas fizikal
» Akaun bersama antara ibu bapa dan anak-anak disediakan
» Arahan tetap bulanan disediakan (monthly standing instruction)
» Diaudit oleh juruaudit bebas
» Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun

» Satu kelebihan akaun simpanan emas GAP Public Gold adalah anda boleh beli emas serendah RM100. (Lebih kurang 0.3xxx gram ikut harga semasa)
» Jadi anda boleh simpan sedikit – sedikit sehinggalah gram emas dalam akaun anda jadi banyak (menabung dalam bentuk EMAS berbading RM)
» Selepas itu anda boleh keluarkan emas fizikal daripada akaun GAP dan dapat EMAS FIZIKAL dalam tangan anda
» Jadi untuk orang yang bermodal rendah, akaun GAP sangat membantu
» Lagi satu kelebihan GAP adalah, anda boleh request emas yang anda keluarkan ini DIPOSKAN KERUMAH anda
» Public Gold akan kurier emas anda dengan insurans 100%. – Anda tak perlu risau emas hilang ya
» Ada syarikat yang jual emas, tapi tak menginsurankan emas pelanggan. Jika hilang emas ini ketika pos. Risikonya customer tanggung 100%
» Anda boleh minta Public Gold untuk poskan jongkong emas serendah 1g, 10gram, 20gram, 1/2 Dinar, 1 Dinar dan 5 Dinar

BERMINAT NAK BUKA AKAUN GAP DENGAN MODAL SERENDAH RM100? KLIK LINK INI:
https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&intro_pgcode=PG001897&is_dealer=1

Kalau ada apa-apa nak tanya… Wasap saya sekarang: wasap.my/60105549916/AkaunEmasGAP

Jika anda klik link referral di atas, ia akan membawa anda ke laman web PG bahagian pendaftaran. Dan secara automatik prospek yang mendaftar melalui referral link ini akan menjadi Pelanggan saya. Jadi, apa yang anda perlu buat adalah menukar link ini menjadi link anda. Bagaimana caranya? tengok di bawah:

Anda perhatikan bahagian di dalam kotak merah tu, PG001897 adalah PG Code saya, jadi, anda tukar kepada PG Code anda. Setelah tukar, mungkin referral link anda akan kelihatan seperti di bawah, bergantung kepada PG Code anda:

https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&intro_pgcode=PG005XXXX&is_dealer=1

Anda copy ayat promosi di atas, paste pada mana2 media sosial (whatsapp ke FB ke) dan tukar bahagian Referral Link dan Nombor Handphone anda untuk prospek hubungi anda. Jangan tak tukar pulak. Itu nombor saya.. Kot nanti prospek anda wasap saya je… sealed

Dah selesai tukar semua, boleh mula share2 ayat promosi bersama Referral Link anda. Promote cari 50 pelanggan baharu dalam masa 3 bulan.

Ayat-ayat tu adalah contoh sahaja. Anda boleh guna ayat anda sendiri mengikut kesesuaian, imaginasi dan kreativiti anda sendiri. Saya cuma tunjukkan gambarannya sahaja. Boleh juga nanti saya share2 ayat2 lain untuk anda. Bila ada pelanggan baharu daftar dan beli emas PG melalui anda, anda adalah INTRODUCER kepada pelanggan tersebut. Dan pelanggan tersebut adalah ‘hak’ anda selamanya.

Langkah 4: Bimbing Pelanggan Baharu!

Ingat, sekiranya anda pilih nak jadi dealer dengan Pilihan Keempat, anda perlu dapatkan 50 pelanggan baharu dalam tempoh 3 bulan.

Kongsikan referral link dan ayat promosi anda. Ulangi Langkah 3.

Bila dah berjaya dapatkan 50 pelanggan dalam tempoh 3 bulan, sila lihat Langkah 5 di bawah.

Langkah 5: Naik taraf (upgrade) Menjadi Dealer

Sekiranya anda dah capai target 50 pelanggan dalam masa 3 bulan, maklumkan kepada INTRODUCER anda (kalau daftar bawah saya, saya la Introducer anda, jika bawah Dealer lain, Dealer tu la Introducer anda).

Introducer akan bantu anda dengan hubungi PG dan maklumkan terdapat pelanggan yang dah capai target untuk jadi Dealer.

Kemudian, anda perlu membeli Wealth Card sebagai Kad Identiti Dealer PG.

PG akan upgrade anda jadi Dealer. Kemudian, segala belian dari pelanggan baharu, atau belian dari pelanggan lama, anda akan mula dapat insentif!

Sila baca juga artikel mengenai Insentif sebagai Dealer PG DI SINI.

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing