+6013-329 4134 emaszaman@gmail.com
Public Gold (PG) Apps

Public Gold (PG) Apps

Assalam.. Post ringkas je ni.. just nak inform yang Public Gold ni ada apps… bukan ape, kalau ade apps ni, semua transaksi jual beli anda boleh buat bila2 masa di mana sahaja hanya dengan guna handphone anda… Janji handphone ada internet la… kalau takde internet, kena cari kawasan yang ada hotspot free… hehe…

Boleh download di Google Play (android) dan Apple Store (iPhone).. Atau boleh scan QR code pada gambar ni untuk download…

Dekat apps ni anda boleh tengok harga emas dan perak semasa, boleh jual/beli GAP dan SAP serta emas dan perak , layari produk2 lain keluaran PG dan sebagainya

Okay… kalau nak tanya apa2, sila wasap Emas Zaman https://emaszaman.wasap.my

Duit Raya & Emas

Duit Raya & Emas

Pengenalan

Assalamualaikum w.r.t dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca EZ yang dikasihi. Diharapkan anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera.

Hari ini tanggal 2 Syawal 1442 Hijrah/14 Mei 2021, EZ ingin ambil kesempatan untuk ucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir & Batin” kepada semua. Didoakan agar semua amalan kita semasa bulan Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya diberkati dan diterima oleh Allah SWT! InshaAllah…

Diharapkan anda juga sabar menghadapi detik-detik mencabar dalam meraikan hari raya yang telah masuk tahun ke 2 dirayakan dengan pendekatan norma baharu berikutan PKP3.0 kerana pandemik covid19 yang masih mengganas.

Mensyukuri Anugerah Syawal

Biar perit pedih sekalipun, EZ berpendapat kita masih lagi wajib bersyukur kerana masih diberi peluang merayakan Aidilfitri walaupun dengan amalan norma baharu. Kita masih lagi dapat bersama pasangan dan anak-anak kita, masih lagi dapat makan juadah raya, masih lagi dapat memakai pakaian baharu sempena raya, masih lagi dapat beribadah, masih lagi berhubungan dengan sanak saudara dan tidak kurang juga bagi anak-anak, masih boleh bermain bunga api dan masih lagi menerima duit raya. Apa yang berbeza tahun ini adalah, pertemuan dan berkumpul secara fizikal adalah dilarang bertujuan mengurangkan risiko jangkitan covid19. Alhamdulillah.

Panjang pula EZ berceloteh ya. Artikel kali ini bukan untuk mengulas pasal covid19, tetapi EZ ingin berkongsi pengalaman EZ sendiri dalam memanfaatkan duit raya anak-anak menjadi kepingan-kepingan emas yang sememangnya bernilai sebenar.

Duit Raya

Anak-anak saya dan semua kanak-kanak di seluruh Negara, rata-ratanya masih belum faham situasi yang sedang kita semua alami ketika ini. Bagi mereka, hari raya adalah hari bergembira, pakai pakaian baharu, makan biskut raya serta ziarah rumah-rumah jiran untuk mengutip duit raya.

Tidak dapat dinafikan kebanyakkan jiran-jiran pun mengambil langkah berhati-hati dengan tidak menerima tetamu sempena raya. Jadi, kutipan duit raya kanak-kanak mungkin sedikit berkurangan berbanding hari-hari raya sebelum ini.

Walau bagaimanapun, telah muncul fenomena atau pendekatan baharu, di mana duit-duit raya dikirim melalui pos atau diberi melalui pindahan wang perbankan online. Dengar macam kurang menarik tetapi kita tiada pilihan. Demi menjaga kegembiraan anak-anak, pendekatan ini juga tidak kurangnya diterima agak meluas di seluruh negara. Ibu Bapa, Adik Beradik, Ipar Duai dan Pakcik Makcik yang berada di kejauhan, mengambil inisiatif menghantar duit-duit raya kepada anak-anak buah dan cucu-cucu melalui online.

Duit Raya Jadi Emas

Di sini EZ hanya ingin sarankan agar anda ubah cara simpan duit raya anak-anak kepada simpanan emas. Duit raya anak-anak adalah satu peluang baik untuk mula menabung emas kerana jumlah yang diperoleh oleh anak-anak adalah diluar kawalan anda. Ianya adalah ‘duit free’ yang anak-anak dapat bersempena budaya hari raya.

Lagi pula duit itu bukanlah duit kita, bukan hasil titik peluh kita. Jadi, apa salahnya gunakan duit-duit tersebut kepada perkara yang bermanfaat. Salah satunya adalah dengan cara menabung, tetapi menabung dalam bentuk emas

Sudah tentu ramai yang simpan duit raya anak-anak di dalam tabung masing-masing untuk kegunaan mereka di masa hadapan.

Tidak dinafikan juga duit-duit tersebut akan dibelanjakan kesemuanya mungkin untuk membeli pakaian baharu, kasut baharu dan sebagainya. Itu tidak mengapa, menyimpan emas bukannya wajib, utamakan perkara yang lebih penting dan keperluan terlebih dahulu.

Apa yang EZ nak sarankan adalah, duit-duit raya anak-anak yang tidak akan digunakan (dalam masa terdekat) itu, alih kepada pembelian emas. Contoh emas-emas 1 gram yang boleh dipertimbang untuk dimiliki adalah seperti di bawah. Ada juga keluaran khas sempena hari raya. Contoh di bawah terselit sekali emas 1 gram edisi khas hari raya aidilfitri 2021.

Bukannya menabung duit itu tidak elok, tetapi menyimpan emas lebih baik kerana di masa hadapan, emas akan memberi pulangan yang lebih baik kerana ia kalis inflasi berbanding wang kertas yang nilainya akan merosot saban tahun. Baca kelebihan emas DI SINI dan info mengenai manfaat emas DI SINI.

Modal RM100 dah boleh simpan Emas

Untuk pengetahuan semua, atau mungkin ramai yang dah tahu, sekarang ini melalui Program Pengumpulan Emas (GAP) Public Gold, anda boleh mulakan Tabung Emas (24 karat) kepada anak-anak anda dengan membuka Akaun GAP Junior.

Jika nak tahu mengenai GAP, sila tekan DI SINI. Jika dah tahu, faham dan minat nak buka Akaun GAP Junior untuk anak-anak anda, sila tekan butang pendaftaran di bawah:

Pada ketika artikel ini ditulis, harga emas 1 gram GAP adalah RM264, manakala dengan pembelian RM100, anda akan mendapat emas seberat 0.3788. Jika anda beli emas GAP, berat emas akan terpapar di dalam Akaun GAP Junior anak anda secara online. Andaikan anak anda dapat duit raya berjumlah RM1,000 tahun ini. Jika diguna semua RM1,000 untuk beli emas dalam Akaun GAP Junior, anak anda akan memiliki emas seberat 3.7879 gram. Lihat contoh di bawah:

Kelebihan Jadikan Duit Raya Sebagai Emas GAP

    • Tidak perlu pegang emas (Public Gold simpankan PERCUMA)
    • Pembelian 24 Jam melalui online
    • Harga emas dijangka naik setiap tahun (simpan minima 2 atau 3 tahun untuk nampak hasil)
    • Simpanan masa depan anak-anak (Mungkin bermanfaat bila anak ingin sambung belajar ke IPTA/S kelak)
    • Pupuk minat menabung Emas kepada anak-anak

Lihat contoh paparan Akaun Emas GAP Junior Online. Anda boleh nampak bahagian nama anak anda, PG Code (PG 00xxxxxx) iaitu nombor akaun dan baki emas dalam berat (gram). Selain itu, untuk makluman, boleh juga menabung perak melalui ‘Silver Accumulation Program (SAP) menggunakan akaun yang sama.

Artikel ini adalah sekadar saranan atau cadangan kepada anda untuk menggunakan duit raya anak-anak kepada perkara yang bermanfaat. Ianya bukanlah bertujuan mengajar, EZ cuma kongsikan pengalaman gembira EZ sendiri merealisasikan pemilikan emas kepada anak-anak seawal usia di sekolah rendah. Zaman EZ kecil dulu, mana ada peluang memiliki emas semudah hari ini. InshaAllah, semoga anda semua dapat memanfaatkan duit raya anak-anak dengan cara terbaik.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila tinggalkan mesej di ruangan komen di bawah atau hubungi saya di talian emas +013-3294134. Boleh juga klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing

Syiling & Emas

Syiling & Emas

Pengenalan

Artikel kali ini ringkas sahaja di mana saya nak kongsikan satu pendapat dan idea bagaimana untuk memiliki emas dengan cara yang agak perlahan tanpa mengusik duit gaji atau simpanan anda secara langsung. Caranya adalah dengan mengambil berat akan kuasa duit syiling. Bagaimana tu?

Bahasa mudah adalah jangan abaikan duit syiling walau nilainya kecil. Jumpa atas lantai di rumah. bawah sofa ketika menyapu, tepi-tepi longkang rumah atau sebagainya, jangan dibiarkan. Ambil dan simpan dalam satu bekas khas. Anda tidak akan sedar bila syiling itu sudah penuh di dalam sesuatu bekas simpanan.

Mungkin juga kebanyakan atau segelintir dari kita hari ini rasa buang masa saja mengumpul syiling ni. Kalau zaman kanak-kanak dahulu, pantang jumpa duit syiling, seronoknya bukan kepalang walau hanya jumpa syiling 10 sen. Hari ini? Jumpa 50 sen pun tak berapa nak pandang? Kenapa? Jelas menggambarkan betapa nilai duit semakin susut!.

Pupuk Semangat Menabung

 

Bila anda pupuk sikap mengambil berat terhadap syiling, inshaAllah, hasil yang anda bakal dapat, walaupun tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya ada. Anda cuba dulu simpan duit-duit syiling yang anda jumpa di mana-mana tempat di rumah anda. Ada lebihan baki dari belian mana-mana, simpan juga syiling tu. Pastikan simpan di dalam satu tempat khas. Tidak kira tempat berupa apa, contohnya tabung, bekas, kotak kecil atau sebagainya. Lama kelamaan, percayalah, sikap ini akan menjadi suatu yang akan dilakukan secara rutin.

Lama tidak lah lama sangat, anda akan nampak syiling-syiling anda semakin banyak. Bila syudah makin banyak, katakan apabila dikira-kira nilainya sudah RM20.30. Anda cari ‘plastik aiskrim malaysia’, masukkan syiling-syiling tadi RM10 setiap satu plastik aiskrim. Bermakna anda akan ada 2 plastik aiskrim berisi syiling bernilai RM10 setiap satu dan baki 30 sen terus simpan lagi di dalam tabung syiling anda.

Teruskan aktiviti menabung dari apa jua sumber milik anda. Jangan pula jumpa syiling di luar yang bukan milik anda pun anda simpan, ini tidak berapa baik. Elok dimasukkan ke tabung-tabung masjid/surau jika tidak tahu siapa pemiliknya.

Teruskan Mengumpul

Kembali kita kepada aktiviti kumpul syiling. Katakan suatu hari nanti, bila dah dikira-kira syiling anda, jumlah yang ada adalah RM80.90. Wow!… ulangi langkah masukkan ke dalam plastik aiskrim tadi RM10 setiap satu. Anda sudah ada 10 paket (tambah 2 paket yang awal-awal tadi) yang bernilai RM10 setiap satu, bermakna jumlah keseluruhan syiling anda dah jadi RM100?.

Nak buat apa RM100 ni? – RM100 ni anda boleh guna untuk apa sahaja yang anda inginkan. Namun, memandangkan ianya adalah hasil tabungan syiling yang anda usahakan sekian lama, dan bukannya diambil secara langsung dari gaji anda, apa kata anda ubah syiling-syiling anda tu kepada sesuatu yang sangat bernilai… Apa tu? Ya, guna RM100 tu untuk beli emas berketulen 999.9 – 24 karat!

Beli Emas Dari Hasil Simpanan Syiling

Boleh ke beli emas dengan nilai RM100? Sudah Tentu Boleh!…. Sejak adanya Akaun Simpan Emas GAP Public Gold, anda dah boleh mula simpan emas sedikit demi sedikit dengan modal permulaan hanya RM100. Nak tahu bagaimana nak mula menabung emas? Sila klik dan baca DI SINI.

Nah, sekarang nampak tak? Jika anda terapkan sedikit sahaja sikap ‘rajin’ dan menghargai, anda akan dapat hasil yang sangat bermanfaat. Bila dah mula menabung emas, inshaAllah satu perasaan lain dari ‘aura’ emas tadi akan meresap ke dalam sanubari anda.

Teruskan kumpul syiling dan ulangi proses membeli emas dengan nilai RM100 hingga bila-bila. InshaAllah, bermula dari syiling 10 sen, anda akan dapat simpan hingga RM100. Bermula dari RM100 nilai emas, anda akan ada banyak emas suatu hari nanti. Baca juga Idea Memanfaatkan Simpanan Emas untuk mengetahui apa gunanya emas simpanan tu nanti.

Nota Tambahan: Penulisan ini hanyalah cadangan dan idea untuk memupuk semangat menabung dan cintakan emas demi kesenangan di masa hadapan. InshaAllah. Apa jua bentuk simpanan yang bermanfaat adalah sesuatu yang baik. Simpan ikut kemampuan dan kreativiti anda dan beli emas gunakan duit simpanan, jangan guna duit untuk dipakai, atau sanggup buat pinjaman semata-mata nak miliki emas tanpa tahu ILMU EMAS. – Emas Zaman

Jika perlukan maklumat lanjut, sila tinggalkan mesej di ruangan komen di bawah atau hubungi saya di talian emas +010-554 9916. Boleh juga klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing

Idea Memanfaatkan Simpanan Emas

Idea Memanfaatkan Simpanan Emas

Ramai antara kita yang mungkin pernah atau sedang menghadapi perkara – perkara berikut:

(i) Sukar nak kekalkan simpanan – kerja dah lama, tapi simpanan 1 bulan gaji pun tidak ada!

(ii) Tidak ada simpanan untuk kegunaan ketika kecemasan!

(iii) Duit yang disimpan selalu terguna pada perkara-perkara yang tidak penting!

(iv) Duit ada tapi tak tahu macam mana nak simpan atau labur dalam bentuk apa!

(v) Ada hasrat nak simpan emas tapi tak tahu macam mana nak bermula!

Jika anda tergolong dalam salah satu atau semua perkara di atas, ayuh bersama-sama saya untuk kita ubah kebiasaan seperti di atas dengan:

> Mula berbelanja dengan cara yang berhemah

> Mula membina tabung dengan modal yang rendah

> Mula membina dana untuk diguna semasa kecemasan

> Mula mengenalpasti tujuan simpanan

> Mula melihat simpanan/pelaburan membuahkan hasil.

Teruskan membaca…

Bila kita sebut saja emas, akan terbayang dalam fikiran kita akan barang kemas dan perhiasan seperti gelang-gelang emas, rantai-rantai leher, cincin emas dan lain-lain.

Sebahagian dari kita pula mungkin membayangkan jongkong emas yang berketul-ketul macam dalam rompakan filem-filem barat atau mungkin dalam filem-filem berlatar belakangkan purba dan misi mencari harta karun.

Kebanyakan dari kita kebiasaannya tahu bahawa emas ni sesuatu yang berharga.. Ishh harga emas asyik naikkk saja ya… selalu terjadi ketika dan masa di mana harga emas dikatakan ‘murah’, dan pada masa tu, kedai-kedai emas akan penuh dikunjungi oleh peminat-peminat barang kemas untuk beli emas baharu, trade-in emas lama dengan yang baharu, atau ada juga singgah-singgah tengok-tengok harga dahulu cuci-cuci mata.

Walaupun ketika harga emas murah, pernahkah kita cuba bandingkan harga emas ketika murah tu dengan harga emas dengan tahuntahun sebelumnya? Amat jarang sekali kita dapati harga emas di masa tengah murah pada ketika ini adalah lebih murah berbanding harga tahun lepas. Jika ada pun, mungkin murah sedikit dari tahun lepas sahaja, tidak untuk 2 tahun lepas dan sebelumnya.

Ini bermakna, harga emas sentiasa naik untuk jangka panjang. Jika anda teliti graf-graf emas, akan terdapat naik turun harga emas dalam jangka masa singkat. Contohnya dari hari ke hari, minggu ke minggu atau bulan ke bulan.

Ini kerana emas adalah komoditi. Ianya didagangkan/diniagakan. Ada Bekalan (supply) dan ada permintaan (demand). Ia juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti naik turun harga minyak, kadar pengangguran, inflasi terutamanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat.

Ditambah pula dengan keadaan sekarang di mana dunia sedang dilanda pandemic covid19. Permintaan terhadap emas kian meningkat kerana rata-rata tahu sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini contohnya kegawatan ekonomi serius, kejatuhan kerajaan atau sebagainya, emaslah yang akan terus kekal dan boleh menyelamatkan kita menggantikan wang-wang kertas yang tiada nilai lagi ketika itu. Boleh baca di artikel saya mengenai kelebihan memiliki emas di sini.

Cuba anda luangkan masa tengok-tengok graf kenaikan harga emas untuk 10 tahun atau 20 tahun yang lepas. Bandingkan harga hari ini dengan harga 10 ke 20 tahun lepas. Harga emas naik dengan begitu luar biasa. Anda boleh lihat pelbagai graf emas dan logam-logam berharga lain di laman web KITCO.

Baiklah, pada kali ini, saya akan cuba berkongsi pendapat dan idea untuk anda mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kegunaan emas. Ya!, saya yakin dan percaya anda sudah tahu emas adalah logam yang bernilai. Saya hanya cuba untuk rungkaikan, jika ianya bernilai, apa kegunaannya?

Jom kita teruskan membaca. Tahukah anda antara cadangan/idea mengenai tujuan anda simpan emas hari ni adalah bagi perkara-perkara berikut:

Jimatkan Kos Menunaikan Haji / Umrah

Kos haji pada tahun 2021 adalah RM22,900. Bagi Jemaah haji kali pertama, layak mendapat subsidi kerajaan sebanyak RM12,920. Bermakna kos haji untuk Jemaah kali pertama adalah RM9,980. Sumber: Tabung Haji

Ok, Katakan hari ini anda berumur 30 tahun atau 40 tahun. Anda bercita-cita untuk tunaikan haji pada 10 tahun yang akan datang.

Cuba lihat gambar yang menunjukkan kos haji dan subsidi kerajaan dari tahun 2009 hingga 2019 (11 tahun). Didapati kos haji tidak bertambah, iaitu sekitar RM9000++ kerana disokong oleh subsidi kerajaan.

Jadi, kita andaikan di sini kos haji pada 10 tahun akan datang, setelah ditolak subsidi kerajaan adalah sekitar lebih kurang RM10,000. Bagaimana emas dapat membantu anda kurangkan kos RM10,000 tu?

Ok, berdasarkan sejarah kenaikan harga emas, kita andaikan pula harga emas akan naik secara tahunan sekitar 10% ke 20% (atau lebih), jadi, hari ini anda perlu dapatkan emas yang boleh dicairkan dan ditolak spread, dan bernilai lebih kurang RM10,000 pada 10 tahun akan datang.

Jika diambil kenaikan minimum harga emas iaitu 10% setahun. Jika 10 tahun, kenaikannya adalah 10 x 10% = 100%.

Jadi untuk menjadikan nilai emas anda miliki hari ini bernilai RM10,000 pada 10 tahun akan datang setelah ditolak spread, anda perlu memiliki emas bernilai lebih kurang RM5,000 pada hari ini.

Jika di Public Gold, anda boleh memiliki 1 keping jongkong emas 999.9 24 karat dengan harga RM5,121 (harga semasa)

Contoh Pengiraan Ringkas:

RM5,121 x 10% (kenaikan harga setahun) x 10 tahun

= RM512.10 x 10 tahun

= RM5,121

RM5,121 (modal beli emas hari ini) + RM5,121 (Kenaikan harga emas 100%) = RM10,242

Ditolak pula dengan spread emas 20 gram iaitu 9% (spread emas 20 gram Public Gold)

RM10,242 x 9% = RM921.78

RM10,242 – RM921.78 = RM9320.22 ~ RM9,320 (Harga emas anda pada 10 tahun akan datang).

Dalam tempoh 10 tahun itu juga, jika anda hanya simpan 20 gram emas, ianya masih lagi tidak diwajibkan zakat emas kerana nisab zakat emas adalah 85 gram. Baca di sini untuk maklumat mengenai zakat emas.

Jadi, dengan bermodalkan RM5,121 hari ini, 10 tahun kemudian, berdasarkan kenaikan 10% setahun, nilainya akan menjadi RM9,320. – sudah lebih kurang dengan kos haji.

Kalau perlu tambah, mungkin perlu tambah sedikit. Itu kalau harga emas naik 10% setahun. Kalau naik 15%? Kalau 20%? Mungkin disamping dapat bayar kos haji, anda akan ada lebihan wang saku untuk membeli alatan persediaan menunaikan haji.

Kesimpulannya, untuk mendapatkan nilai RM9,000 ke RM10,000 pada 10 tahun akan datang, anda Cuma perlu labur lebih kurang RM5,000 sahaja pada hari ini. Jadi, di sini, anda hanya keluarkan modal RM5,000 hari ini untuk tunaikan haji pada 10 tahun akan datang. Jimat ke Jimat?

Jimatkan Kos Untuk Sambung Belajar Anak

Tidak dinafikan Kerajaan Malaysia sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya termasuk menyediakan kemudahan dan fasiliti pendidikan yang terbaik. Banyak kemudahan dari segi pinjaman dan biasiswa disediakan oleh Kerajaan melalui Kementerian dan Agensi-Agensinya.

Contohnya, kemudahan pinjaman pengajian oleh MARA, Program Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Akaun pendidikan SSPN-i dan bermacam-macam lagi.

Di sini saya cuma ingin kongsikan satu idea, di samping kemudahan yang sedia ada hari ini, pilihan untuk menyimpan emas dan menikmati kenaikan harga emas di masa hadapan inshaAllah akan menjadikan kos sambung belajar akan lebih jimat berbanding dengan menabung di dalam bentuk wang kertas.

Andaikan anak anda sedang belajar di sekolah rendah. Kemudian, akan terus ke sekolah menengah dan sambung di peringkat lebih tinggi di kolej atau IPTA/IPTS. Katakan semua ini berlaku dalam tempoh 10 ke 15 tahun akan datang.

Jika anda dah mula menabung untuk masa depan anak anda hari ini, itu adalah suatu perkara yang sangat bagus. Cuma, jika anda menabung dalam bentuk emas, inshaAllah, anda bakal mendapat penjimatan dan keuntungan untuk menyara kos pengajian anak-anak anda di masa hadapan.

Contohnya anda simpan emas harga RM10,000 pada hari ini, dengan andaian harga emas akan naik 10% setahun, dalam tempoh 15 tahun akan datang, ia akan bernilai RM25,000

Kini menabung dalam bentuk emas lebih mudah sejak adanya Program Tabung Emas Public Gold di mana anda boleh mula menabung emas bermodalkan hanya RM100. Nak tahu lebih lanjut mengenai tabung emas, KLIK SINI.

Modal Kos Kenduri & Maskahwin

Di zaman dahulu, kalau sebut kenduri kahwin ni, kebiasaannya dianjurkan dengan kerjasama dan gotong royong orang-orang kampung dengan menyediakan khemah makan, kerjasama masak memasak, penyediaan pelamin dan sebagainya.

Setelah kita mengharungi arus pemodenan, majlis-majlis kahwin juga berevolusi selari dengan kemajuan. Contohnya, sekarang kebanyakkan majlis kahwin akan melibatkan penyewaan khemah, upah katering, upah mak andam dan pelamin, sewa baju pengantin dan tidak dilupa kos hantaran dan mas kahwin. Ini akan menelan belanja yang besar. Sekurang-kurangnya RM10,000 ke RM20,000.

Jangan terkejut kalau kita terpaksa menerima hakikat hari ini ramai yang kahwin dah lama, tapi hutang majlis kahwin masih belum habis dibayar. Eh kalau saya nk ulas pasal kahwin ni, memang tak habis.

Mungkin golongan remaja atau muda-mudi masih belum terfikir mengenai perkahwinan. Tetapi inshaAllah, jodoh di tangan Allah, semua akan bertemu jodoh apabila tiba masanya kelak. Oleh itu, menabung dari usia muda adalah satu usaha yang baik.

Mula menabung emas hari ini untuk kegunaan Majlis kahwin, Kos Hantaran atau Mas kahwin. Ini paling menarik, cuba cipta sedikit kelainan dengan menggunakan dinar-dinar emas sebagai hantaran atau mas kahwin.

Warna kuning keemasan bukan sahaja menarik hati si pengantin, malah akan menyebabkan tetamu kagum dengan keindahan gubahan hantaran perkahwinan menggunakan emas tulen.

Modal Bayar Muka Beli Rumah

Sama juga dengan perkara-perkara lain, menabung untuk membayar duit muka membeli rumah di masa hadapan boleh juga melalui tabungan emas. Anda perlu setkan target anda.

Berapa harga rumah yang ingin dimiliki di masa hadapan. Jika anggaran pada masa itu rumah idaman anda berharga RM300,000, anda sudah boleh mula buat perkiraan berapa banyak duit yang perlu ada untuk mendapatkan RM30,000 iaitu 10% dari harga rumah.

Simpan sikit-sikit hingga capai target simpanan anda. Ini boleh dijimatkan sekiranya anda memiliki emas kerana pada 10 tahun akan datang, inshaAllah nilainya akan lebih tinggi.

Modal Pusingan Perniagaan

Kisah benar berlaku kepada salah seorang pelanggan Emas Zaman. Kerja sebagai pemandu di sebuah Jabatan Kerajaan. Sebelah malam pula berniaga kuew tiaw kerang dan nasi gorang sambal belacan di Kuala Lumpur. Isteri bekerja sebagai jururawat.

Dengan mengikuti perkembangan emas dan kelebihan emas, Bob (bukan nama sebenar) akhirnya menyatakan hasratnya kepada saya untuk menjadi seorang Dealer Emas Public Gold. Saya telah bantu Bob menjadi Dealer pada masa itu dan memberi beberapa tips bagaimana beliau dapat maksimakan keuntungan dari emasemas yang dia ada.

Bob dapat emas 50 gram, kemudian dia pajakkan emas tersebut dan mendapat wang tunai. Kemudian, dari wang tunai tersebut, bob telah membeli beberapa unit meja dan kerusi tambahan serta menambah kelengkapan perniagaannya demi keselesaan pelanggan.

Setiap bulan, sebahagian dari hasil perniagaan, Bob gunakan untuk bayar pinjaman di pajak gadai. Hingga akhirnya Bob berjaya tebus kembali emas 50 gram tadi. Emas itu kemudiannya diolah oleh Bob menjadi loket dan dihadiahkan kepada isterinya.

Anda nampak tak di sini? Bob ada sedikit modal dari perniagaan > beli emas dan jadi dealer > pajak emas dapat duit tunai > besarkan perniagaan dan dapat hasil > bayar pinjaman emas di pajak gadai > dapat emas balik > perniagaan makin besar : Alhamdulillah.

Emas Dapat dan perniagaan Bob Makin Besar – Cuma perlu diingat, perlu tahap disiplin yang tinggi untuk komited bayar pinjaman hingga berjaya tebus balik emas.

Bob tidak perlu bersusah payah membuat pinjaman tambahan untuk membesarkan perniagaannya. Di sini kita boleh jadikan contoh bagaimana emas dapat membantu kita untuk ‘rolling’ modal perniagaan.

Dana Kecemasan & Kegawatan

Ibarat orang kata ‘malang tidak berbau’, kita perlu sentiasa bersedia untuk hadapi sebarang kesulitan, kecemasan atau keadaan terdesak. Pakar-pakar kewangan selalu berpendapat bahawa kita perlu ada sekurang-kurangnya 3 ke 4 bulan gaji sebagai simpanan untuk menghadapi situasi-situasi di luar jangkaan. Baik dari segi belanja kesihatan, belanja sara hidup atau apa sahaja dalam kategori kecemasan atau terdesak.

Kita tak tahu dan takkan pernah tahu bila kita akan berada di dalam keadaan kecemasan atau terdesak. Jika menabung wang selalu saja ‘bocor’, cuba ubah tabungan kepada bentuk emas. InshaAllah anda akan lebih konsisten menabung dan lebih sayang untuk menggunakan tabungan itu kepada perkara-perkara yang tidak penting.

Pernah seorang rakan Emas Zaman yang ada simpan emas 10 gram, tiba-tiba semasa pertengahan bulan, duit gaji belum masuk, tayar kereta pulak pecah. Nasib baik masa tu dia ada emas 10 gram yang boleh dipajak dan dapatkan tunai untuk tampung beli tayar kereta baru. Kemudian, dapat gaji dia tebus la sikit-sikit emas tu dari pusat pajak gadai.

Kita jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang-orang yang gajinya beribu malah berpuluh ribuan sebulan. Bagi mereka, pecah tayar kereta bukanlah satu kecemasan. Nak tukar tayar baru setiap hari pun boleh. Tapi kecemasan mereka mungkin perkara yang lebih besar. Contoh perlu modal segera untuk buat projek juta-juta.

Siapa tahu kalau mereka pun ada simpanan emas berkilo-kilo, tidak mustahil emas juga akan dijadikan bahan sandaran untuk mereka dapatkan modal kecemasan dalam perniagaan.

Simpanan Hari Tua / Persaraan

Bagi yang kerja makan gaji dan ada status pencen dan ada caruman simpanan hari tua, kerisauan belanja di hari tua mungkin agak rendah, berbanding mereka yang bekerja berniaga sendiri kecil-kecilan dan bergantung harap kepada hasil perniagaan untuk sara hidup.

Hasil perniagaan walaupun sedikit atau banyak, cubalah alihkan sedikit, mungkin 10% untuk tabung hari tua dalam bentuk emas. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, kita boleh mula menabung emas dengan modal hanya RM100 sebulan.

Hasil simpanan ini mungkin berguna di hari-hari tua untuk perkara-perkara seperti dana kesihatan, dana untuk reward diri dengan melancong atau apa jua target anda di hari tua. Mungkin nak beli tanah nak usahakan kebun, mungkin juga nak buka kedai runcitniaga santaisantai. Terpulang pada imaginasi dan kreativiti anda. Yang penting, target perlu ada.

Menyucikan Harta Melalui Zakat Emas (dan Perak)

Secara asasnya, jika cukup haul (tempoh setahun) dan nisab (85 gram), penyimpan emas wajib membayar zakat sebanyak 2.5% dari nilai emas semasa. Anda boleh baca artikel saya mengenai zakat emas DI SINI.

Sebagai umat Islam, jangan takut untuk miliki emas sebab perlu bayar zakat. Malah kita patut bersyukur kerana dengan membayar zakat emas, inshaAllah di samping pahala, ianya sedikit sebanyak membantu dan menjaga kebajikan ekonomi umat Islam.

Lain-Lain Target Atau Cita-Cita Di Masa Hadapan

Dengan menyimpan emas hari ini, anda akan jimatkan kos untuk mencapai target anda di masa hadapan. Letakkan target dan tanamkan azam. Sekarang, nak miliki emas bukan lagi perlu ada duit beribu-ribuan, kerana semua orang dah mampu (inshaAllah) untuk mula simpan emas dengan Program Tabung Emas.

Apa saja yang anda ingin capai di masa hadapan yang ada melibatkan kos kewangan, inshaAllah dengan cara simpan emas pada hari ini, ia akan banyak menjimatkan anda.

Apa kata penyimpan Emas dengan Emas Zaman?

“Nasib baik ada emas 10 gram yang beli dari tuan dulu. Boleh saya pajak kejap sebab nak guna beli tayar kereta pecah hari tu. Dah la tgh sesak ujung2 bulan.  X sia2 simpan emas ni. Klo x susah, xkan nampak benefit dia”

– En.Suhaimi, Terengganu

“Akak xsangka betulah. Awal2 hari tu mula buka akaun gap tu pastu tambah rm100. Pastu rm100 lg. Pastu try 1 gram. Skrg lepas 4 bulan tgk2 dah ada 17 gram dalam gap. Kalau harapkan simpan duit, mmg xpernah lekat la dalam akaun”

– Puan Rogayah, Gombak

“So far alhamdulillah saya takpernah hadapi situasi ‘terdesak’ lg tuan. Cuma bagi saya, simpan emas ni lebih mendisiplinkan saya la. Yela, bila duit guna wat beli emas, automatik sikap boros nak joli2 tu dah takde dah”

Encik Firdaus, Pulau Pinang

“bagi saya la kan, kalau kita target apa kita nak beli dalam 10 tahun lagi, contoh nak gi melancong bila bersara, inshaAllah peningkatan harga emas dari apa yg kita simpan hari ni dapat kurangkan kos kita di masa depan”

– Encik Ikram, Kelantan

 

Potensi Simpanan Emas

Simpanan dalam bentuk emas adalah alternatif kepada simpanan dalam bentuk wang tunai – Sikap boros dapat dikurangkan!

Cuba lihat graf-graf sejarah kenaikan harga emas sejak 20 tahun yang lepas dari laman web KITCO: harga emas telah naik hampir 500%!

 

Emas ada ‘aura’ yang tersendiri – Bila dah mula simpan walau 1 gram, perasaan nak simpan lagi 1 gram, dan 1 gram dan ber gram-gram akan menyerap dalam sanubari penyimpan!

Emas Logam ‘Mulia’ kurniaan Allah kepada hambanya. Nilainya bersifat ‘berkembang’ dari semasa ke semasa – lalu Islam mewajibkan zakat emas ke atas pemiliknya (tertakluk syarat) – Zakat menyucikan harta!

Tahukah anda yang emas hari ini bukan lagi hanya mampu dibeli oleh golongan kaya sahaja! – Tepuk poket tanya kemampuan kita! – Ya! dengan modal serendah RM100 sahaja anda dah boleh mula bina tabung emas sendiri untuk pelbagai target penggunaan di masa hadapan!

Semua orang sudah tahu bahawa ‘Sekarang Semua Orang Boleh Terbang!’ – Dan sekarang semua orang perlu tahu bahawa ‘SEMUA ORANG BOLEH MILIKI EMAS!’

Sekian.

Penafian:

1 – Perkara-perkara di atas hanyalah cadangan atau idea untuk menggambarkan bagaimana emas dapat dimanfaatkan

2. Kenaikkan harga emas di masa hadapan adalah sekadar anggaran berdasarkan sejarah-sejarah kenaikkan harga emas sebelum ini

3. Maklumat dari pautan luar adalah tepat semasa artikel ini ditulis. Sekiranya terdapat perubahan, ianya tertakluk kepada pemilik pautan terbabit dan di luar kawalan Emas Zaman

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing

Cara Jual Emas GAP (PG BuyBack)

Cara Jual Emas GAP (PG BuyBack)

Kali ni saya nak kongsikan cara-cara untuk pemegang Akaun Emas GAP menjual balik (PG BUY BACK) berat emas mereka di dalam akaun kepada pihak Public Gold (PG).

Sebelum saya teruskan, ingin saya ingatkan bahawa setiap urusan jual beli emas, tidak kira emas dari mana, jenis apa, keluaran syarikat mana atau jenama apa sekalipun, ianya akan melibatkan susut nilai, iaitu spread. Untuk maklumat lanjut mengenai spread, KLIK SINI

Saya berpendapat, tidak perlu membuat jualan balik emas sekiranya anda bukan berada di dalam keadaan terdesak ATAU harga emas tengah murah. Jika nak jual juga, pastikan setelah ditolak spread, pulangan yang anda dapat masih menguntungkan. Walau bagaimanapun, segala keputusan adalah di tangan anda. cool

Suka saya ingin maklumkan bahawa spread emas PG adalah antara terendah di Malaysia.

Baik… Bagi pemegang Akaun Emas GAP, cara-cara untuk jual balik berat emas di dalam akaun mereka adalah senang. Berikut merupakan 2 cara mudah:

 

Cara Pertama:

Langkah 1: Layari website PG (http://publicgold.com.my) dan tekan butang ‘LOGIN

Langkah 2: Masukkan ‘Username‘ (PG Code) dan ‘Password‘, kemudian tekan ‘Log in

Langkah 3: Cari dan tekan butang ‘MY GAP

Langkah 4: Tekan ‘Go to new site

Langkah 5: Tekan ‘PG BUYBACK

Langkah 6: Masukkan 1 gram di ruangan ‘Buyback Qty‘. Nilai di dalam ‘Buyback Amount’ akan dikemaskini secara automatik. Kemudian, tekan ‘Place Buyback

ATAU

Boleh juga masukkan nilai RM yang kita mahu di dalam ruangan Buyback Amount. Contoh kita masukkan RM100, jumlah gram di dalam Buyback Qty akan berubah secara automatik kepada 0.4xxx gram (ikut harga semasa). Kemudian, tekan ‘Place Buyback

Selesai. Tunggu duit masuk ke akaun bank anda dalam tempoh 48 jam atau 2 hari bekerja (kemungkinan lebih awal)

 

Cara Kedua:

 

Ikuti Langkah 1 hingga Langkah 3 di atas.

 

Langkah 4: Tekan Click here to go back to Classic Site

Langkah 5: Tekan butang ‘BUY-BACK

Langkah 6: Isikan jumlah gram dalam ruangan Buy-Back-Qty‘. Contoh di sini saya masukkan nilai 1 Gram.

 

Langkah 7: Nilai RM di dalam ruangan ‘Buy-Back Amount’ akan berubah mengikut harga PG BUY semasa. Kemudian, klik butang ‘Request‘.

 

Selesai.

Tunggu duit masuk ke akaun bank anda. Untuk cara ini, proses mungkin sedikit mengambil masa (2 ke 3 hari) kerana ianya akan disemak secara manual. Anda boleh hubungi Cawangan PG terdekat untuk meminta bantuan staff PG mempercepatkan proses Buy Back anda.

 

Mudah kan? wink

Sekian.

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman:

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

 

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing

Cara Pajak Emas GAP (Secara Online)

Cara Pajak Emas GAP (Secara Online)

Assalamualaikum w.r.t & Salam Sejahtera

Tahukah anda bahawa sebagai pemegang Akaun Emas GAP, anda boleh pajak/gadai emas (sekiranya perlu) anda secara online?

 

Tahukah anda bahawa sistem Arrahnu Akaun Emas GAP secara online ini adalah yang pertama di Malaysia?

Ya, kini, pemegang Akaun Emas GAP boleh memajak gadai berat emas milik mereka dengan menggunakan sistem Arrahnu Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Berhad (KDE).

Sebagai makluman, KDE adalah sebuah anak syarikat Public Gold (PG) Group yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bertujuan menjaga kebajikan ekonomi kakitangan, pengedar dan pelanggan PG Group. Untuk maklumat lanjut mengenai KDE, sila KLIK SINI.

Di sini saya akan berkongsi serba ringkas cara-cara pemegang Akaun Emas GAP untuk membuat pajakan/gadaian emas secara online dengan KDE.

Sekiranya anda masih belum memiliki Akaun Emas GAP dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila KLIK SINI

 

Sekiranya anda sudah tahu mengenai Akaun Emas GAP dan nak tahu cara buka Akaun Emas GAP, sila KLIK SINI

Seterusnya, berikut merupakan cara-cara ringkas untuk pemegang Akaun Emas GAP memajak gadai emas menggunakan Arrahnu KDE:

Langkah 1:

Layari laman web PG (https://publicgold.com.my) dan perhatikan harga semasa yang di paparkan untuk 1 gram emas GAP. Dalam contoh ini, harga semasa untuk 1 gram emas GAP adalah RM258.

Langkah 2:

Tekan butang ‘LOGIN’:

 

Langkah 3:

Isikan ‘Username’ (PG Code) dan ‘Password’, kemudian tekan butang ‘Log in

 

Langkah 4:

Setelah berjaya Log in, cari dan tekan butang ‘MY GAP

 

Langkah 5:

Di sini, tekan ‘Go to New Site

 

Langkah 6:

Kemudian, tekan ‘ARRAHNU’

 

Langkah 7:

Masukkan jumlah berat emas yang ingin dipajak gadai di dalam ruangan ‘Transfer Qty’. Dalam contoh ini, saya masukkan emas seberat 1 gram. Kemudian tekan butang ‘Request’

Minima berat emas untuk dipajak gadai melalui Arrahnu KDE adalah 0.5 gram

 

Perlu pastikan baki berat emas di dalam Akaun Emas GAP anda akan tinggal 1 gram setelah membuat gadaian. Contohnya, jika ingin membuat gadaian 1 gram, anda perlu ada 2 gram baki dalam Akaun Emas GAP kerana 1 gram untuk dipajak gadai, dan 1 gram untuk ditinggalkan di dalam Akaun Emas GAP bagi memastikan Akaun anda kekal aktif

Langkah 8:

Pastikan ‘Transfer amount’ adalah betul, dan tekan butang Confirm

Setelah itu, permohonan Arrahnu anda akan diproses oleh PG dan anda hanya perlu menunggu duit dimasukkan ke dalam akaun bank anda yang berdaftar (kebiasaannya mengambil masa selama 48 jam, atau 2 hari bekerja, atau mungkin lebih awal)

 

Jika mempunyai masalah, anda dinasihatkan mendapatkan bantuan dari ‘introducer’ anda atau hubungi mana-mana Cawangan PG berhampiran anda.

Nota Tambahan:

Nilai pinjaman Arrahnu KDE adalah sehingga 70% dari marhun (harga emas GAP) semasa. Contohnya, jika harga semasa 1 gram adalah RM258, maka anda akan dapat 70% dari RM258 = RM180.6

 

Upah Simpan yang dicaj oleh KDE adalah 1% sebulan dari nilai marhun emas (1% dari RM258). Jika bayar lebih awal, katakan sebelum sampai tempoh 1 bulan, upah simpan adalah tetap 1%.

 

Anda boleh memajak gadai emas GAP kepada KDE selama tempoh 6 hingga 8 bulan (6 + 2).

 

Penafian:

1. Tujuan perkongsian ini adalah bagi pembaca mendapatkan gambaran tentang cara-cara untuk memajak gadai emas di dalam GAP (sahaja) dengan Arrahnu KDE secara online

2. Kadar pinjaman dan kadar upah simpan adalah berdasarkan maklumat yang terdapat dari laman web KDE dan sumber ‘posting’ media sosial PG

3. Sila hubungi Cawangan PG berhampiran anda untuk mendapatkan dan mengesahkan kadar pinjaman dan kadar upah simpan terkini

4. Segala perubahan pada kadar pinjaman dan kadar upah simpan selepas ini adalah tertakluk kepada pihak PG dan KDE (tanpa makluman awal)

 

Sekian.

 

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman:

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing