Duit Raya Jadi Emas
Di sini EZ hanya ingin sarankan agar anda ubah cara simpan duit raya anak-anak kepada simpanan emas. Duit raya anak-anak adalah satu peluang baik untuk mula menabung emas kerana jumlah yang diperoleh oleh anak-anak adalah diluar kawalan anda. Ianya adalah ‘duit free’ yang anak-anak dapat bersempena budaya hari raya.
Lagi pula duit itu bukanlah duit kita, bukan hasil titik peluh kita. Jadi, apa salahnya gunakan duit-duit tersebut kepada perkara yang bermanfaat. Salah satunya adalah dengan cara menabung, tetapi menabung dalam bentuk emas.
Sudah tentu ramai yang simpan duit raya anak-anak di dalam tabung masing-masing untuk kegunaan mereka di masa hadapan.
Tidak dinafikan juga duit-duit tersebut akan dibelanjakan kesemuanya mungkin untuk membeli pakaian baharu, kasut baharu dan sebagainya. Itu tidak mengapa, menyimpan emas bukannya wajib, utamakan perkara yang lebih penting dan keperluan terlebih dahulu.
Apa yang EZ nak sarankan adalah, duit-duit raya anak-anak yang tidak akan digunakan (dalam masa terdekat) itu, alih kepada pembelian emas. Contoh emas-emas 1 gram yang boleh dipertimbang untuk dimiliki adalah seperti di bawah. Ada juga keluaran khas sempena hari raya. Contoh di bawah terselit sekali emas 1 gram edisi khas hari raya aidilfitri 2021.

Bukannya menabung duit itu tidak elok, tetapi menyimpan emas lebih baik kerana di masa hadapan, emas akan memberi pulangan yang lebih baik kerana ia kalis inflasi berbanding wang kertas yang nilainya akan merosot saban tahun. Baca kelebihan emas DI SINI dan info mengenai manfaat emas DI SINI.