Assalamualaikum w.r.t & Salam Sejahtera Sahabat Emas Zaman….
Kali ini saya nak bagitau bahawa…
Nak jadi Dealer PG bukanlah sesuatu yang susah atau mahal!
Nak Tahu Bagaimana? Jom teruskan membaca… Jangan risau, saya cuba terangkan dengan ringkas, tapi tak boleh ringkas sangat takut susah untuk difahami pula. Berikut merupakan beberapa cara pilihan untuk anda jadi seorang Dealer PG:
Pilihan Pertama
Pada keadaan biasa, saya ulangi… Pada Keadaan Biasa!… Untuk melayakkan anda menjadi Dealer PG, anda perlu buat pembelian mana-mana jenis emas dari PG seberat 200 gram (harga sekarang lebih kurang RM50,000) untuk jadi ‘Normal Dealer’ ATAU 500 gram (harga sekarang lebih kurang RM130,000) untuk jadi ‘Priority Dealer’. Beli emas dengan berat tersebut dalam 1 resit, anda terus secara automatik jadi Dealer PG. Tengok jadual di bawah:
Pergh!… kena ada modal RM50K dulu ke baru boleh jadi dealer????
Sabarrrrr!…. teruskan bacaan! 
Pilihan Kedua
PG selalu buat promosi bulanan dengan memberi peluang kepada anda untuk jadi Dealer PG dengan pembelian dalam 1 resit berjumlah RM10,000.00 untuk jadi Normal Dealer ATAU RM20,000 untuk jadi Priority Dealer. Cara ini lebih murah berbanding cara pertama di atas tu kan?.. Dengan belian RM10,000, RM15,000 atau RM20,000, automatik anda akan menjadi Dealer PG!
Contoh-contoh Promosi sebelum ini adalah seperti berikut:
Promosi Dealer Recruitement Drive Bulan Januari 2021 |
Promosi Dealer Recruitement Drive Bulan Februari 2021 |
Fuhhh!…. Mahal jugak ni RM10,000… Dah nak sama harga motor ysuku!!!
Haaaaa… Nanti Duluuuuuu!…. Baca Lagiiii!….
Pilihan Ketiga
Kadang–kadang, terdapat juga promosi jadi Dealer PG melalui cara lain contohnya promosi dari Cawangan PG selepas ‘Branch Weekly Meeting (BWM)’, Promosi dari Mahaguru Emas Tuan Shukor Hashim, Promosi Cikjun di PG Mall, yang disiarkan live di FB, terdapat promosi belian dalam tempoh terhad untuk menjadi Dealer PG.
Biasanya, anda perlu beli emas sekitar RM3K untuk jadi Dealer PG. Pernah ada promosi sebelum ni beli barang kemas PG Jewel RM2.5K, layak jadi Dealer.
Untuk promosi ini, anda perlu rujuk kepada saya atau dealer-dealer PG sedia ada untuk mengetahui apa promosi terkini yang dianjurkan sekiranya ada.
Contoh-contoh promosi adalah seperti berikut:
Promosi Pembelian PG Jewel di PG Mall dari 24 April hingga 5 Mei 2021 (Belian RM3,000 / RM5,000 Jadi Dealer) |
Promosi Pembelian Produk Aurora di PG Mall dari 24 April hingga 5 Mei 2021 (Belian RM3,000 / RM5,000 Jadi Dealer) |
Promosi Semasa Branch Weekly Meeting PG Ampang yang berakhir 29 April 2021 (Belian RM3,000++ / RM6,000++ Jadi Dealer) |
Okeyyyyy… modal RM3K jadi dealer ni bagi saya munasabah lah kan.. Berbanding RM10k atau RM50k tu… Tapi… Nanti Duluuuuu!….
Teruskan membaca… Sabarrrr… sikit lagiiii!
Pilihan Keempat (yang ni paling best!)
Saya faham!… Tak semua orang mampu atau sanggup keluarkan modal RM50K atau RM10K untuk mulakan bisnes. Jadi cara ketiga ni adalah cara paling sesuai kerana anda hanya perlu ada modal RM100 sahaja!… Ya!… RM100 sahaja untuk jadi Dealer PG!… Bagaimana??????… Perhatikan sekali lagi jadual berikut:
Dengan cara ini, anda hanya perlu jadi Pelanggan PG dengan membuat belian pertama bernilai RM100 dari Akaun Emas GAP, dan anda kenalkan PG kepada 50 rakan anda untuk turut sama menabung emas dengan PG dalam tempoh 3 bulan dari tarikh anda menjadi pelanggan PG.
Tak perlu fikir nak cari modal RM10k atau RM50k untuk jadi Dealer PG kerana dengan cara ini, modal minima RM100 dan rekrut 50 pelanggan baharu untuk beli emas PG melalui anda dalam tempoh 3 bulan, kemudian beli Wealth Card (wajib) berharga RM200, secara automatik anda akan jadi Dealer PG!
Kalau dah faham dan rasa minat nak mula jadi Dealer PG dengan cara ini, langkah pertama anda perlu buat adalah membeli emas dengan nilai RM100.
Klik butang di bawah untuk daftar jadi pelanggan (dapat PG Code) dan buat pembelian pertama:
Dah berjaya Daftar? Sila baca DI SINI untuk cara buat belian pertama!
Faham ke Faham? Senang ke Senang?
Ok… Jom baca lagi maklumat tambahan yang saya akan terangkan secara Soalan Lazim (FAQ: Frequently Asked Question) seperti di bawah:
Soalan: PG Code tu apa? |
Jawapan: Sebagai pelanggan atau Dealer PG, anda akan diberi PG Code sebagai pengenalan diri. PG Code ni adalah rujukan anda untuk apa-apa sahaja urusan dengan PG selepas ini.
PG Code = Nombor Pendaftaran / Nombor Ahli
Contohnya, PG001897 adalah PG Code saya.
Jika anda daftar hari ini, PG code anda mungkin akan kelihatan PG005XXXXX (X adalah nombor) kerana PG dah ada lebih 500k ahli berdaftar (pelanggan dan Dealer) buat masa ini. Nombor PG Code tak boleh dipilih. Anda akan dapat PG Code yang dijana oleh Sistem Pendaftaran PG secara automatik ikut giliran.
Soalan: Wealth Card tu Apa? |
Jawapan: Wealth Card adalah Kad Identiti atau Kad keahlian Dealer Public Gold yang ada disertakan emas seberat 0.5 gram. Pada kad tersebut tertulis nama, pangkat dealer dan PG Code anda. Semua Dealer wajib ada Wealth Card. Harga semasa Wealth Card adalah RM200 dan boleh ditempah secara online dari website PG. Dari RM200 tu, anda akan dapat emas 0.5 gram pada Wealth Card tu, voucher belian emas bernilai RM100 dan voucher belian perak bernilai RM200. Pemegang Wealth Card juga akan menikmati kadar dan diskaun istimewa yang ditawarkan oleh rakan-rakan niaga PG jika anda menggunakan perkhidmatan mereka. Bila anda dah ada PG Code, boleh login ke website PG dan tengok bahagian Wealth Card Corner.
Contoh Wealth Card |
Contoh Wealth Card |
Voucher Percuma dari Pembelian Wealth Card |
Soalan: Berapa Belian Minima untuk dapatkan PG Code? |
Jawapan: Anda hanya perlu buat belian melalui Akaun Emas GAP dengan nilai RM100 untuk mendapatkan PG Code. Dah berjaya beli RM100 emas tu, dalam akaun GAP anda akan tertera berat emas anda sekitar 0.3xxx gram hingga 0.4xxx gram, berhantung kepada harga semasa. Nah!. Anda dah jadi Pelanggan PG.
Soalan: Apa langkah seterusnya untuk jadi Dealer PG? |
Jawapan: Setelah berjaya jadi Pelanggan dan ada PG Code, anda boleh mula rekrut pelanggan baharu untuk beli emas PG bernilai minima RM100 juga. Perlu rekrut 50 pembeli baharu dalam tempoh 3 bulan dari tarikh anda jadi pelanggan.
Soalan: Apa akan jadi sekiranya tak berjaya dapat 50 pelanggan dalam 3 bulan? |
Jawapan: Setakat ini, PG menetapkan syarat wajib untuk jadi dealer dengan cara ketiga ni dengan pelanggan mendapatkan 50 pelanggan baharu dalam tempoh 3 bulan. Katakan anda hanya dapat 49 pelanggan baharu dalam tempoh 3 bulan. Mungkin bulan ke 4 atau ke 5 baru dapat 50 orang. Maknanya anda tidak berjaya. Namun, ruang untuk berbincang sentiasa terbuka dengan PG. Segala bentuk kelonggaran atau ihsan adalah tertakluk kepada budi bicara pihak PG.
Soalan: Apa akan jadi kepada 49 pelanggan tu? |
Jawapan: Pelanggan tu tetap akan jadi ‘hak’ anda selamanya. Jika lepas itu anda berjaya jadi Dealer PG dengan mengikuti mana-mana pilihan di atas tadi, contohnya melalui promosi bulanan atau promosi dari semasa ke semasa, 49 pelanggan yang sebelum ini tu tetap berada sebagai ‘frontline’ anda.
Soalan: Dalam tempoh 3 bulan semasa recruit pelanggan baharu tu, dapat apa-apa Insentif/bayaran tak? |
Jawapan: Tidak dapat. Kerana anda masih berstatus ‘Pelanggan’. Anda akan mula dapat insentif atau ‘gaji’ setelah ada pelanggan baharu selepas anda menjadi Dealer PG.
Soalan: Saya tak pandai la buat bisnes, tak reti cari customer, tak pandai cakap, tak pandai tulis-tulis ayat.. siapa akan bantu saya? |
Jawapan: Sama macam saya juga. Awal-awal dulu di tahun 2010, saya tak tahu pun yang saya akan jadi Dealer PG. Dan saya tak tahu pun cara berniaga emas. Tapi, dari bacaan dan pertanyaan dari Dealer-dealer senior pada masa tu, saya nekad untuk mula jadi Dealer PG kerana saya nampak Platform yang disediakan oleh PG ni menarik dan berpotensi. Saya nekad untuk mula jana pendapatan tambahan dengan jadi dealer PG.
Tapi masa tu takde promosi-promosi menarik macam hari ni. Masa tu saya mula modal RM40K. Dan alhamdulillah, bermula sebagai dealer biasa pada suku ke-3 tahun 2010, kemudian berjaya jadi Master Dealer pada awal 2011.
Semuanya kerana ILMU emas yang saya dapat dari rakan-rakan Dealer dan introducer saya pada masa itu. Sekarang, saya dah boleh bergerak sendiri dan inshaAllah mampu untuk bimbing dealer-dealer baharu untuk sama-sama jana income tambahan di samping simpan emas.
Ya, saya akan bantu anda. Saya akan kongsi tips2 berniaga emas kepada anda secara percuma. Saya akan masukkan anda ke dalam rangkaian dealer-dealer rakan niaga saya untuk saya dan rakan-rakan emas lain kongsikan info dan tips berniaga emas. Boleh anytime tanya saya untuk bantuan. InshaAllah. Kita sama-sama buat.
Yang penting Komited!… Jangan mula hari ni, minggu depan nak kaya… mula hari ni bulan depan nak kaya… Sejujurnya, pendapatan bulan pertama saya sebagai dealer PG adalah lebih kurang RM20. Tapi sekarang, alhamdulillah dah mencapai 4 angka menuju ke 5 angka. Bukan riak, tapi ini peluang yang anda pun boleh buat. Dan dah ada Dealer-dealer PG lain dah capai tahap pendapatan bulanan 5 ke 6 angka. InshaAllah.
Bagaimana Nak Mula?
Langkah 1: Anda Perlu Dapatkan PG Code
Dah berjaya dapat PG Code? Terus ke Langkah 2 di bawah…
Langkah 2: Buat Belian Pertama
Setelah dapat PG Code, buat belian pertama minima RM100 Melalui Akaun Emas GAP. Untuk cara-cara belian pertama melalui GAP, KLIK SINI
Selain itu, anda juga boleh buat belian secara outright, iaitu belian terus secara online tanpa buka Akaun Emas GAP. Tapi, untuk belian outright, tiada emas bernilai RM100. Paling kecil pun ½ dinar yang berharga sekitar RM700++. Untuk belian secara biasa, KLIK SINI
Dah selesai buat belian pertama? Terus ke Langkah 3 di bawah…
Langkah 3: Bina ayat promosi dan kongsi ‘Referral Link’ Anda!
Referral Link adalah ‘alamat website’ untuk anda daftarkan pelanggan baharu terus di dalam rangkaian anda secara online. Bila prospek klik referral link anda dan daftar jadi pelanggan, ia akan masuk terus ke dalam rangkaian anda sebagai pelanggan anda.
Contoh Referral Link:
https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&intro_pgcode=PG001897&is_dealer=1
Bila klik link di atas, anda akan dibawa ke bahagian pendaftaran yang akan menunjukkan ‘Introducer PG Code‘ dan ‘Introducer Name‘ secara automatik.
Contoh ayat promosi beserta referral link adalah seperti di bawah:
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tuan2 dan Puan2
PELUANG MEMULAKAN SIMPANAN EMAS BERKETULENAN 999.9 24 KARAT DENGAN MODAL SERENDAH RM100 MELALUI PROGRAM AKUMULASI EMAS (GOLD ACCUMULATION PROGRAMME – GAP) PUBLIC GOLD
GAP bertujuan memudahkan orang ramai untuk membuat simpanan emas dengan modal serendah RM100 sahaja dengan membuka akaun simpanan emas GAP
Program ini disokong 100% oleh emas fizikal
Pembeli boleh mengeluarkan emas yang telah telah dikumpulkan di dalam akaun GAP ke dalam bentuk jongkong emas di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh negara
Ciri-ciri Kelebihan:
» Pengumpulan emas fizikal dengan ketulenan Au999.9 (24K)
» Pembelian minimum RM100 atau atau pun 1 gram
» Pembelian ini kemudiannya akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan (eg. 0.0001gm)
» Disokong 100% oleh emas fizikal Au999.9 (24 Karat)
» Tiada yuran simpanan
» Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja
» Pengeluaran sekurang-kurangnya 1gm emas fizikal
» Akaun bersama antara ibu bapa dan anak-anak disediakan
» Arahan tetap bulanan disediakan (monthly standing instruction)
» Diaudit oleh juruaudit bebas
» Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun
» Satu kelebihan akaun simpanan emas GAP Public Gold adalah anda boleh beli emas serendah RM100. (Lebih kurang 0.3xxx gram ikut harga semasa)
» Jadi anda boleh simpan sedikit – sedikit sehinggalah gram emas dalam akaun anda jadi banyak (menabung dalam bentuk EMAS berbading RM)
» Selepas itu anda boleh keluarkan emas fizikal daripada akaun GAP dan dapat EMAS FIZIKAL dalam tangan anda
» Jadi untuk orang yang bermodal rendah, akaun GAP sangat membantu
» Lagi satu kelebihan GAP adalah, anda boleh request emas yang anda keluarkan ini DIPOSKAN KERUMAH anda
» Public Gold akan kurier emas anda dengan insurans 100%. – Anda tak perlu risau emas hilang ya
» Ada syarikat yang jual emas, tapi tak menginsurankan emas pelanggan. Jika hilang emas ini ketika pos. Risikonya customer tanggung 100%
» Anda boleh minta Public Gold untuk poskan jongkong emas serendah 1g, 10gram, 20gram, 1/2 Dinar, 1 Dinar dan 5 Dinar
BERMINAT NAK BUKA AKAUN GAP DENGAN MODAL SERENDAH RM100? KLIK LINK INI:
https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&intro_pgcode=PG001897&is_dealer=1
Kalau ada apa-apa nak tanya… Wasap saya sekarang: wasap.my/60105549916/AkaunEmasGAP
Jika anda klik link referral di atas, ia akan membawa anda ke laman web PG bahagian pendaftaran. Dan secara automatik prospek yang mendaftar melalui referral link ini akan menjadi Pelanggan saya. Jadi, apa yang anda perlu buat adalah menukar link ini menjadi link anda. Bagaimana caranya? tengok di bawah:
Anda perhatikan bahagian di dalam kotak merah tu, PG001897 adalah PG Code saya, jadi, anda tukar kepada PG Code anda. Setelah tukar, mungkin referral link anda akan kelihatan seperti di bawah, bergantung kepada PG Code anda:
https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&intro_pgcode=PG005XXXX&is_dealer=1
Anda copy ayat promosi di atas, paste pada mana2 media sosial (whatsapp ke FB ke) dan tukar bahagian Referral Link dan Nombor Handphone anda untuk prospek hubungi anda. Jangan tak tukar pulak. Itu nombor saya.. Kot nanti prospek anda wasap saya je…
Dah selesai tukar semua, boleh mula share2 ayat promosi bersama Referral Link anda. Promote cari 50 pelanggan baharu dalam masa 3 bulan.
Ayat-ayat tu adalah contoh sahaja. Anda boleh guna ayat anda sendiri mengikut kesesuaian, imaginasi dan kreativiti anda sendiri. Saya cuma tunjukkan gambarannya sahaja. Boleh juga nanti saya share2 ayat2 lain untuk anda. Bila ada pelanggan baharu daftar dan beli emas PG melalui anda, anda adalah INTRODUCER kepada pelanggan tersebut. Dan pelanggan tersebut adalah ‘hak’ anda selamanya.
Langkah 4: Bimbing Pelanggan Baharu!
Ingat, sekiranya anda pilih nak jadi dealer dengan Pilihan Keempat, anda perlu dapatkan 50 pelanggan baharu dalam tempoh 3 bulan.
Kongsikan referral link dan ayat promosi anda. Ulangi Langkah 3.
Bila dah berjaya dapatkan 50 pelanggan dalam tempoh 3 bulan, sila lihat Langkah 5 di bawah.
Langkah 5: Naik taraf (upgrade) Menjadi Dealer
Sekiranya anda dah capai target 50 pelanggan dalam masa 3 bulan, maklumkan kepada INTRODUCER anda (kalau daftar bawah saya, saya la Introducer anda, jika bawah Dealer lain, Dealer tu la Introducer anda).
Introducer akan bantu anda dengan hubungi PG dan maklumkan terdapat pelanggan yang dah capai target untuk jadi Dealer.
Kemudian, anda perlu membeli Wealth Card sebagai Kad Identiti Dealer PG.
PG akan upgrade anda jadi Dealer. Kemudian, segala belian dari pelanggan baharu, atau belian dari pelanggan lama, anda akan mula dapat insentif!
Sila baca juga artikel mengenai Insentif sebagai Dealer PG DI SINI.
Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring!