+6013-329 4134 emaszaman@gmail.com

Berikut Merupakan Cara Pembelian Emas Public Gold Secara Bayaran Penuh.

Setiap pembelian Emas Public Gold, terdapat satu caj yang dinamakan Gold Premium. Ianya adalah Caj untuk membawa produk tersebut dari Ibu Pejabat Public Gold di Pulau Pinang ke cawangan-cawangannya di seluruh negara. Caj yang dikenakan adalah berbeza mengikut saiz dan berat produk. Rujuk DI SINI (link akan dikemaskini) untuk maklumat mengenai Caj Premium produk.

Sebelum membuat pembelian, anda perlu berdaftar sebagai pelanggan Public Gold terlebih dahulu.

Klik DI SINI untuk mendaftar. (Pendaftaran adalah PERCUMA. Anda akan diberi tempoh 24 jam untuk membuat pembelian pertama selepas pendaftaran).

Setelah berjaya membuat pendaftaran, sila ikuti langkah mudah untuk mula membuat pembelian Emas Public Gold seperti berikut:

Langkah 1: Layari laman web Public Gold: www.publicgold.com.my

Langkah 2: Klik butang ‘Login’ seperti di dalam gambar berikut:

Langkah 3: Pada ruangan ‘Username’, masukkan PG Code anda (PG00XXXXXX) dan ‘Password’, dan tekan butang ‘Login’ yang berwarna merah. Rujuk gambar berikut:

Nota: Semasa membuat pendaftaran, sistem telah menetapkan password anda dengan nombor kad pengenalan anda. Kecuali, anda memasukkan kata laluan lain mengikut pilihan anda semasa pendaftaran.

Langkah 4: Setelah berjaya login, tekan butang ‘PRODUCT’.

Langkah 5: Anda akan dibawa ke paparan berikut. Di sini anda boleh melihat produk-produk Public Gold termasuk produk silver, barang kemas dan lain-lain. Baiklah, saya andaikan anda ingin membeli Emas. Sila tekan pada gambar ‘Gold’ seperti di bawah:

Langkah 6: Katakan anda ingin membeli 1 unit Emas berketulenan Au999.9, 24 karat, seberat 1 gram, sila klik pada gambar seperti berikut:

Langkah 7: Kemudian, klik ‘Add to Cart’.

Langkah 8: Pada paparan berikut, sekali lagi klik ‘Add to Cart’:

Langkah 9: Perhatikan icon ‘cart’ anda pada penjuru atas sebelah kanan, terdapat angka ‘1’ di dalam kurungan menandakan anda telah tambah 1 produk untuk dibeli. Sila klik pada icon ini:

Langkah 10: Kemudian, klik ‘Proceed to Next Page’.

Langkah 11: Pilih Public Gold di bahagian ‘select outlet’ seperti berikut:

Langkah 12: Pilih branch (cawangan Public Gold) mana yang berdekatan kawasan anda untuk tujuan mengambil Emas anda nanti. Atau boleh minta Public Gold hantar Emas ke alamat anda melalui GIT.

Langkah 13, 14 dan 15: Pada gambar berikut, pastikan anda memilih ‘Full Payment’ pada bahagian ‘Select Payment Option’, ‘tick’ pada ‘Myself’ pada ruangan ‘Purchase Order for’, ‘tick’ pada ‘I Agree and Understand of the Terms and Condition (required)’ dan biarkan kosong pada ruangan ‘Remark’:

 

Langkah 16: kemudian klik pada butang ‘Confirm and Proceed to Payment’ untuk membuat pembayaran.

Selepas itu anda akan di bawa kepada paparan untuk membuat pembayaran. Anda boleh memilih untuk membayar menggunakan FPX online banking atau secara Bank in. Saya syorkan pilih FPX kerana proses pengesahan oleh Public Gold adalah lebih cepat.

Setelah selesai dan berjaya membuat pembayaran, Public Gold akan menghantar ‘Sales Order’ kepada email anda yang berdaftar.

Rujuk contoh email dan contoh Proforma Invoice/Sales Order yang dihantarkan kepada anda melalui email setelah berjaya membuat pembelian:

 

Anda juga boleh lihat (setelah login) rekod belian anda di dalam sistem Public Gold di bawah ruangan ‘MY ACCOUNT’ > My Order dan pilih rekod mana (CSO10000XXXXX) untuk melihat rekod. Rujuk gambar berikut:

 

SELESAI.

Baiklah, anda telah selesai membaca cara untuk Membeli Emas Public Gold secara Bayaran Penuh (Full Payment).

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman:

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing