+6013-329 4134 emaszaman@gmail.com

Pendaftaran Sebagai Pelanggan

Sebelum anda memulakan pembelian Barang Kemas PG Jewel, anda perlulah menjadi pelanggan berdaftar terlebih dahulu. Terdapat dua (2) cara untuk anda mendaftar sebagai pelanggan:

1. Daftar Sebagai Pelanggan Public Gold – Anda akan diberikan PG Code (PG00XXXXXX) untuk anda gunakan sebagai ‘username’ untuk anda akses sistem pembelian (jongkong emas, dinar, jongkong silver dan dirham). Dengan PG code dan password yang sama juga, anda boleh mengakses dan membuat pembelian di PG MALL. Tekan link ini untuk daftar sebagai pelanggan: DAFTAR SEBAGAI PELANGGAN PUBLIC GOLD.

2. Daftar Sebagai ‘Shopper’ di PG Mall – Dengan menjadi ‘shopper’ berdaftar di PG MALL, anda akan dapat mengakses PGMALL dan membuat pembelian apa sahaja barangan (barangan keperluan harian, Gadjet IT, Barangan Elektrik & Elektronik, Automotif, Pakaian, Makanan dan sebagainya) yang dijual oleh pelbagai ‘seller’ di PG MALL. Tekan link ini untuk daftar sebagai ‘shopper’ PG MALL: DAFTAR SEBAGAI SHOPPER PG MALL.

Saya syorkan anda mendaftar dengan cara pertama, kerana anda akan mendapat PG Code dan membolehkan anda mengakses ruangan pembelian Emas di website Public Gold di kemudian hari. Tetapi, dengan cara 1, anda perlu membuat pembelian pertama dalam masa 24 jam. Oleh itu, sila pastikan anda bersedia untuk membeli sekiranya memilih cara 1.

Syarat Pembelian

Produk PG Jewel yang ingin dibeli mestilah berharga RM1,000.00 (termasuk upah) dan ke atas untuk melayakkan anda membeli dengan cara ansuran Shariah – Easy Payment Purchase (S-EPP) selama 4 atau 6 bulan.

Langkah-langkah Pembelian Secara EPP

Anda boleh memilih untuk membeli secara ansuran selama 4 bulan atau 6 bulan. Kadang-kadang, ada juga ansuran selama 10 bulan tertakluk kepada promosi. Setiap pembelian secara EPP, ada caj tambahan RM5 per gram (harga asal RM10 per gram). Contohnya, jika anda membeli barang kemas seberat 10 gram, maka anda perlu menambah caj EPP sebanyak RM5 x 10.

Untuk membeli Barang Kemas PG Jewel, di sini saya akan tunjukkan contoh pembelian untuk EPP4 iaitu ansuran selama 4 bulan. Anda perlu ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1:

Setelah berjaya mendaftar, layari PG Mall > https://pgmall.my/home dan klik butang ‘login’ yang terdapat di penjuru kanan bawah seperti gambar berikut:

Langkah 2:

Masukkan username (PG code / email anda) seperti yang anda telah daftarkan sebelum ini.

Langkah 3:

‘Scroll’ page PG Mall dan lihat pada ruangan ‘OFFICIAL STORE’ dan klik store PG Jewel.

Langkah 4:

Di store PG Jewel, tekan ‘All Products’ untuk lihat semua produk yang ada di PG Jewel.

Langkah 5:

Pilih produk yang anda suka, dan klik pada gambar produk.

Langkah 6:

Anda boleh lihat gambar produk dengan lebih jelas. Perhatikan harga yang tertera di mana ianya adalah termasuk ‘workmanship’ (upah). Anda juga boleh pilih spesifikasi yang diinginkan (jika ada) untuk memilih panjang dan berat produk yang ada.

Kemudian, klik ‘add to cart’:

Langkah 7:

Pergi ke ruangan ‘search’ di penjuru kanan atas, taip ‘EPP’ dan klik butang search atau tekan Enter.

Langkah 8:

Cari ‘Easy Payment Purchase (EPP)’ dan klik pada gambar EPP seperti contoh berikut:

Masukkan jumlah EPP sama dengan berat produk anda pilih tadi. Contoh tadi anda pilih produk seberat 4.20 gram, untuk EPP, masukkan 4 (genap) sekiranya berat tidak lebih 4.2 Sekiranya lebih (0.3 ke atas), contoh 4.3 gram, anda perlu tambah 5 untuk EPP. Harga caj EPP adalah RM5 per gram (harga biasa RM10). Jadi untuk 4 gram, harga 4 EPP adalah RM20.

Kemudian, klik ‘add to cart’.

Langkah 9:

Klik butang ‘shopping cart’ di bahagian kanan seperti contoh di bawah.

Langkah 10:

Anda akan dapati terdapat 2 perkara di dalam cart anda iaitu produk yang anda pilih dan EPP. Jumlah yang perlu dibayar adalah harga produk + workmanship + Caj EPP. Kemudian, klik butang ‘Purchase’.

Langkah 11:

Anda akan nampak jumlah yang perlu anda bayar dan pilihan cara pembayaran:

Langkah 12:

Di sini, saya memilih untuk membayar sebahagian dari jumlah pembelian dengan menolak baki ‘C-Wallet’ saya. Saya juga memasukkan kod diskaun ‘JUN383’ untuk diskaun 1%. Kod ini sah sehingga 24 Mac 2021 sahaja.

Hubungi saya untuk mendapatkan kod diskaun terkini (sekiranya ada). Perhatikan jumlah baki yang perlu saya bayar setelah ditolak C-Wallet dan diskaun 1%. Kemudian, klik ‘Confirm Order’:

*C-wallet adalah eWallet khas untuk shopper berdaftar PGMALL- anda akan mendapat 0.5% cashback dari jumlah pembelian anda dikreditkan ke dalam c-wallet anda pada 25hb bulan berikutnya)

Langkah 13: (Perhatikan baik-baik kerana langkah ini amat PENTING)

Setelah anda tekan confirm sebelum ini, anda akan di bawa ke paparan untuk pembayaran seperti berikut:

PENTING: JANGAN TEKAN ‘Proceed & Pay’ dahulu. ‘Screenshot’ / ‘Print Screen’ paparan ini, dan whatsapp kepada nombor 011-10502916 (Person In Charge PGMALL) ATAU sekiranya pembelian anda menggunakan kod diskaun Cikjun, whatsapp kepada Cik Jun (016-6545005). Di sini saya memilih whatsapp kepada Cikjun kerana pembelian menggunakan kod diskaun yang diberikan oleh Cikjun. Berikut merupakan contoh whatsapp saya dengan Cik Jun:

*Cik Jun adalah icon PG Mall yang juga menguruskan pembelian PG Jewel. Sekiranya ada kempen pembelian dengan diskaun oleh Cik Jun, pembeli perlu whatsapp Cik Jun details seperti di atas.

Langkah 14:

Tunggu invoice/order slip pembelian anda yang akan dihantar melalui whatsapp. Contoh Whatsapp yang mengandungi invoice/order slip adalah seperti berikut:

 

Contoh Invoice/Order Slip adalah seperti berikut:

Jika anda dah terima invoice/order slip, ini bermakna PG Mall telah mengemaskini pembelian anda kepada ‘EPP Order’. Anda boleh mula membuat bayaran pertama dalam tempoh 24 jam. Login ke PG Mall, lihat bahagian My Profile > My Order.

Lihat bahagian ‘To Pay’ dan klik ‘DETAILS’

Langkah 15:

Perhatikan status ‘Epp Order’. Klik butang ‘Pay’. Lihat contoh berikut:

 

Perhatikan gambar di bawah. Perhatikan bahagian ‘Pay Until’ terdapat #1 month di dalam kotak. Bermakna ini adalah pembayarn untuk bulan pertama. Lihat juga jumlah bayaran bulan pertama. Kemudian, pilih ‘Payment Selection’. Dalam kes ini saya memilih FPX untuk membuat pembayaran.

Anda boleh juga memilih ‘payment selection’ lain yang ada di dalam senarai seperti bayar melalui VISA, GrabPay, TouchNGO dan sebagainya. Setelah memilih ‘payment selection’, klik ‘Pay Now’.

Anda akan di bawa ke bahagian internet banking untuk pembayaran melalui FPX. Pilih bank anda. Dalam kes ini saya memilih Maybank2u untuk membuat pembayaran. Kemudian, klik ‘Proceed & Pay’. Contoh adalah seperti di bawah.

Buat pembayaran seperti biasa:

Setelah selesai proses pembayaran, anda akan mendapat mesej ‘Approved’ seperti gambar di bawah. Klik butang ‘Clik here to complete Your Transaction’.

Kemudian, anda akan lihat paparan berikut menandakan pembayaran pertama anda tadi telah berjaya.

Secara automatik, anda akan dibawa ke PGMALL dan anda boleh lihat pada bahagian ‘payment made’ tertera 1/4, bermakna anda telah membayar untuk bulan pertama dari 4 bulan. Manakala pada bahagian ‘Next Payment Date’ akan tertera tarikh yang sama pada bulan berikutnya untuk membuat bayaran ke-dua.

Anda hanya perlu mengulangi langkah yang sama seperti langkah 15 untuk membuat pembayaran pada bulan-bulan berikutnya.

Jika anda membuat EPP4, anda perlu membayar 4 kali, begitu juga jika anda memilih EPP6, anda perlu membayar 6 kali, sehingga pembayaran selesai.

Setelah semua bayaran selesai, pihak PGMALL akan hantar barangan anda melalui kurier berinsuran.

Boleh ke kalau nak selesaikan bayaran lebih awal? Ya, boleh. Jika ada rezeki lebih, boleh saja nak selesaikan awal dengan membayar semua baki yang masih ada. Maklumkan kepada CikJun atau PGMall bahawa bayaran anda telah selesai dan penghantaran akan dibuat kemudian.

Berikut merupakan ringkasan ‘flow’ pembelian secara EPP:

Nota Tambahan:

Cara yang ditunjukkan di atas adalah dari paparan skrin komputer/laptop. Ianya mungkin berbeza sekiranya anda menggunakan telefon pintar anda.

Pastikan sambungan internet anda stabil untuk membuat pembayaran online bagi memastikan proses lancar.

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman


Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing