Assalamualaikum w.r.t dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca Blog Emas Zaman yang dikasihi. Masih belum terlambat kiranya untuk saya ucapakan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca yang beragama Islam. Dalam keadaan dunia yang masih lagi ‘berperang’ dengan pandemik covid19, saya harapkan anda semua senantiasa berada di dalam keadaan sihat walaafiat dan dilindungi oleh Allah SWT.
Patuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, inshaAllah, kita akan dapat mengurangkan risiko jangkitan covid19 yang masih lagi berada pada tahap membimbangkan hari ini.
Untuk artikel kali ini, saya ingin mengupas mengenai Akaun Simpanan Emas atau Syarikat/Institusi yang menyediakan khidmat jualan emas atau menawarkan khidmat Akaun Simpanan Emas di Malaysia.
Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak program atau skim simpanan emas di Malaysia hari ini, kerana kebanyakkan masyarakat kita telah mula sedar akan kelebihan dan manfaat menyimpan emas. Setiap syarikat/institusi menawarkan ciri-ciri yang istimewa untuk menarik perhatian pelanggan membeli dan menyimpan emas keluaran/milik mereka.
Pada asasnya, emas tetap emas. Yang membezakan nilainya adalah ketulenan emas itu. Jika anda memilih untuk membeli emas fizikal, perlu dipastikan anda dapat emas fizikal dan ianya adalah tulen mengikut spesifikasi yang dijanjikan. Manakala, jika anda membuka Akaun Simpanan Emas, anda perlu tahu bahawa anda telah miliki emas, tetapi, emas itu disimpan di syarikat/institusi yang anda pilih itu – dengan kata lain, anda mewakilkan syarikat/institusi itu untuk menyimpan emas yang anda miliki. Sudah pasti dengan syarat-syarat yang tertentu.
Oleh itu, sebagai pembeli emas yang bijak, anda perlu tahu ciri-ciri keistimewaan atau ‘kelemahan’ sesuatu produk emas yang ada sebelum anda bertindak untuk membeli emas fizikal atau membuka akaun simpanan emas. Bukan hanya menilai pada harga yang termurah sahaja.
Di sini saya tiada niat untuk menyebelahi atau mendedahkan kelemahan mana-mana pengeluar emas di Malaysia. Cuma, saya ingin kongsikan beberapa maklumat yang saya kira perlu anda tahu mengenai jenis-jenis pelaburan emas yang ada di Malaysia.
Saya telah membuat beberapa kajian ringkas melalui rujukan dan bacaan dari laman-laman web dan juga media sosial yang menerangkan mengenai ciri-ciri, syarat-syarat dan maklumat mengenai produk emas yang disediakan oleh syarikat/institusi jualan emas di Malaysia.
Anda boleh rujuk jadual berikut untuk melihat perincian setiap jenis pelaburan emas:
- Public Gold: GAP
- Maybank: MIGA-i
- Bank Muamalat: Gold - i
- Affin Islamic: Emas - i
- Al Rajhi Bank: Gold - i
- KFH: Gold Account - i
- Quantum Metal: GSA
- Goldina
- HelloGold
- KABGold: Uncang Emas
Patuh Shariah | Ya |
Pengeluar Emas | Ya (Emas Jenama Public Gold) |
Ketulenan | 999.9 (24 karat) |
Spread (Susut Nilai) | 8.36% |
Jenis Emas |
Jongkong Dinar |
Kemaskini Harga | Setiap 20 minit |
Jenis Akaun |
1 – Akaun Dewasa (18 tahun ke atas) *Tidak Perlu akaun lain kerana semua transaksi dilakukan di sistem GAP online. |
Belian Minima | Pembelian Pertama: RM100 atau 1 gram emas Pembelian Kedua dan Seterusnya: RM100 atau 1 gram emas |
Jual Beli |
1 – Online (GAP) 24 Jam Sehari (Tiada Caj) 2 – Pejabat Public Gold & Cawangan Seluruh Malaysia (Waktu Bekerja – Temujanji) (Tiada Caj) |
Yuran Simpanan | Tiada (Disimpan di Pejabat Public Gold) |
Baki Minima Dalam Akaun | 1 gram (Jika ingin tutup akaun boleh keluarkan semua emas, tetapi terdapat caj RM50 jika ingin aktifkan semula akaun GAP) |
Pindahan | Ya (Ke C-Wallet PG Mall) |
Penebusan Emas | Pejabat Public Gold & Cawangan Seluruh Malaysia (Waktu Bekerja – Temujanji) |
Premium |
Penebusan Online: Penebusan di Pejabat PG: |
Caj Penghantaran | Gold In Transit (GIT): Caj RM10 setiap penghantaran + Premium Emas (atas dasar keselamatan, maksima berat emas untuk GIT adalah 21.25 gram / 5 dinar) |
Maklumat lanjut |
Maklumat GAP: Klik Sini Cara Buka Akaun: Klik Sini |
Patuh Shariah | Ya |
Pengeluar Emas | Tidak (Emas Jenama Pengeluar Lain) |
Ketulenan | 999.9 (24 Karat) |
Spread (Susut Nilai) | Bawah 100 gram : 2.5% 100 gram ke atas : 1.5% |
Jenis Emas | Jongkong (1gram, 5gram, 10gram, 50gram, 100 gram, 1000 gram) |
Kemaskini Harga | Setiap Hari |
Jenis Akaun |
1 – Individu 2 – Sole Proprietor (Syarikat) *Perlu ada akaun simpanan/semasa di bank untuk transaksi berkaitan. |
Belian Minima | Pembelian Pertama: Individu (RM10), Bukan Individu (RM50) Pembelian Kedua dan Seterusnya: RM10 |
Jual Beli |
1- Online (Maybank2u) dari 8.30 am – 11.59pm Setiap Hari 2 – Di Kaunter Maybank/Cawangan pada waktu bekerja (RM5.00 setiap transaksi) |
Yuran Simpanan | Ada (Lantikan Pihak ke-3 dan ada yuran) – Caj simpanan/yuran ejen sehingga 0.5% setahun dari nilai purata emas simpanan di dalam akaun MIGA-i |
Baki Minima Dalam Akaun | Tiada (Akaun akan ditutup jika tiada baki emas dalam akaun selama 3 tahun) |
Pindahan | Ya (Ke Akaun MIGA-i lain) |
Penebusan Emas | Di Cawangan Maybank Terpilih/Tertentu (Waktu Bekerja – Temujanji) |
Premium | 1 gram : RM25.00 5 gram : RM37.50 10 gram : RM65.00 50 gram : RM250.00 100 gram : RM350.00 1000 gram : RM1,150.00 |
Caj Penghantaran |
Penghantaran Biasa: Penghantaran Khas: |
Maklumat lanjut |
Laman Web: Klik Sini Kadar Harga: Klik Sini Terma & Syarat: Klik Sini |
Patuh Shariah | Ya |
Pengeluar Emas | Tidak (Emas Jenama Pengeluar Lain) |
Ketulenan | 99.99% (24 Karat) |
Spread (Susut Nilai) | Fizikal: 10.2% Akaun Emas: 7% |
Jenis Emas |
Fizikal: Jongkong 5 gram,10 gram,20 gram,50 gram dan 100 gram Akaun: RM10 atau 1 gram |
Kemaskini Harga | Setiap Hari |
Jenis Akaun |
1 – Individu 2 – Bukan Individu (Syarikat, Persatuan, Kelab dsb.) *Perlu ada akaun simpanan/semasa di bank untuk transaksi berkaitan. |
Belian Minima |
Fizikal: Jongkong 5 gram,10 gram,20 gram,50 gram dan 100 gram Akaun: RM10 atau 1 gram |
Jual Beli | Emas Fizikal: Belian Dari Bank Akaun Emas: – Kaunter Bank (hari bekerja) – Online (24 jam) |
Yuran Simpanan | Akaun Emas: Tiada Emas Fizikal: RM5 / Transaksi |
Baki Minima Dalam Akaun | 1 gram |
Pindahan | Tiada |
Penebusan Emas | Emas Fizikal: Di Cawangan Bank Muamalat Terpilih (Pengiraan tertentu) |
Premium | Tiada Maklumat |
Caj Penghantaran | Tiada Khidmat Penghantaran |
Maklumat lanjut |
Harga Emas: Klik Sini Penerangan: Klik Sini Brosur: Klik Sini |
Patuh Shariah | Ya |
Pengeluar Emas | Tidak (Emas Jenama Pengeluar Lain) |
Ketulenan | 99.99% (24 Karat) |
Spread (Susut Nilai) | Tiada Maklumat |
Jenis Emas | Dimaklumkan terdapat emas 5gram, 10 gram, 50 gram) |
Kemaskini Harga | Setiap Hari |
Jenis Akaun |
1 – Individu 2 – Bukan Individu (Syarikat, Persatuan, Kelab dsb.) *Perlu ada akaun simpanan/semasa di bank untuk transaksi berkaitan. |
Belian Minima | RM10 atau 1 gram |
Jual Beli | Di kaunter Bank (Waktu Bekerja) |
Yuran Simpanan | Tiada Yuran Simpanan – Ada caj untuk tebus emas fizikal (harga emas fizikal semasa – harga emas akaun semasa) – Caj Transaksi RM10 |
Baki Minima Dalam Akaun | 1 gram |
Pindahan | Tiada |
Penebusan Emas | Emas Fizikal: Di Cawangan Affin Bank – Perlu Maklumkan 5 hari lebih awal – Pengiraan tertentu |
Premium | Tiada Maklumat |
Caj Penghantaran | Tiada Khidmat Penghantaran |
Maklumat lanjut |
Laman Web: Klik Sini Terma & Syarat: Klik Sini Penerangan: Klik Sini Brosur: Klik Sini |
Patuh Shariah | Ya |
Pengeluar Emas | Tidak (Emas Jenama Pengeluar Lain) |
Ketulenan | 99.99% |
Spread (Susut Nilai) | 8.2% – 11.8% |
Jenis Emas | Tiada Maklumat |
Kemaskini Harga | Setiap Hari |
Jenis Akaun |
1 – Individu 2 – Bukan Individu |
Belian Minima | 10 gram (gandaan 5 gram untuk belian seterusnya) |
Jual Beli | Di kaunter Bank (Waktu Bekerja) |
Yuran Simpanan |
Ada Yuran Simpanan & Takaful (Pengiraan Tertentu) |
Baki Minima Dalam Akaun | 10gram |
Pindahan | Tiada |
Penebusan Emas | Di Cawangan Bank Alrajhi (Perlu dimaklumkan 3 hari lebih awal) |
Premium | Tiada Maklumat |
Caj Penghantaran | Tiada Khidmat Penghantaran |
Maklumat lanjut |
Laman Web: Klik Sini Kadar Harga: Klik Sini Penerangan: Klik Sini Terma & Syarat: Klik Sini |
Patuh Shariah | Ya |
Pengeluar Emas | Ya (Emas Keluaran KFH) |
Ketulenan | 99.50% |
Spread (Susut Nilai) | 4.70% |
Jenis Emas | 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram |
Kemaskini Harga | Tiada Maklumat |
Jenis Akaun |
1 – Individu 2 – Bukan Individu (Syarikat, Persatuan, Kelab dsb.) |
Belian Minima | 10 gram (Individu) 50 gram (bukan individu) |
Jual Beli | Di Kaunter KFH |
Yuran Simpanan | Tiada Yuran |
Baki Minima Dalam Akaun | 2 gram |
Pindahan | Tiada |
Penebusan Emas | Di Kaunter KFH |
Premium | Tiada Maklumat |
Caj Penghantaran | Tiada Khidmat Penghantaran |
Maklumat lanjut |
Laman Web: Klik Sini Harga Emas: Klik Sini |
Patuh Shariah | Ya |
Pengeluar Emas | Tidak (Emas Jenama Pengeluar Lain) |
Ketulenan | 99.99% |
Spread (Susut Nilai) | 6.5% |
Jenis Emas | Pelbagai Saiz |
Kemaskini Harga | Setiap Hari |
Jenis Akaun | Gold Savings Account Gold Advance Gold Leverage |
Belian Minima | RM10 |
Jual Beli | Online |
Yuran Simpanan | Emas disimpan di BRINKS Singapura (tiada maklumat yuran simpanan) |
Baki Minima Dalam Akaun | RM10 |
Pindahan | International Worldwide Transfer (Currency) |
Penebusan Emas | Di Pejabat Quantum Metal |
Premium | Tiada Maklumat |
Caj Penghantaran | Tiada Khidmat Penghantaran |
Maklumat lanjut | Laman Web: Klik Sini |
Patuh Shariah | Ya |
Pengeluar Emas | Tidak (Emas Jenama Pengeluar Lain) |
Ketulenan | 99.99% |
Spread (Susut Nilai) | Tiada Maklumat |
Jenis Emas | 1 gram, 5 gram, 50 gram, 100 gram, 1000 gram |
Kemaskini Harga | Setiap Hari |
Jenis Akaun | GOLDINA Precious Metal Mobile Store |
Belian Minima | RM1 |
Jual Beli | Online (Goldina Apps) (Apps Store & Playstore) |
Yuran Simpanan | Tiada Maklumat |
Baki Minima Dalam Akaun | RM1 |
Pindahan | Ya (ke akaun Goldina lain) |
Penebusan Emas |
Melalui Ejen yang dilantik oleh Goldina Melalui Penghantaran |
Premium | Ada (Ditentukan oleh pengeluar Emas) |
Caj Penghantaran | Ada |
Maklumat lanjut |
Laman Web: Klik Sini Terma & Syarat: Klik Sini |
Patuh Shariah | Ya |
Pengeluar Emas | Tidak (Emas Jenama Pengeluar Lain) |
Ketulenan | 99.99% |
Spread (Susut Nilai) | Tiada Maklumat |
Jenis Emas | 1 gram dan gandaan 1 gram |
Kemaskini Harga | Setiap 5 Minit |
Jenis Akaun | HelloGold Basic Account HelloGold Pro Account |
Belian Minima | RM1 |
Jual Beli | Online (Hellogold Apps) (Apps Store & Playstore) |
Yuran Simpanan | 2% setahun (per annum) |
Baki Minima Dalam Akaun | RM1 |
Pindahan | Ya (Ke akaun HelloGold lain) |
Penebusan Emas | Penebusan Secara Online dan akan dihantar oleh HelloGold kepada pemegang akaun |
Premium | Ada |
Caj Penghantaran | Ada |
Maklumat lanjut |
Laman Web: Klik Sini Penerangan: Klik Sini Terma & Syarat: Klik Sini |
Patuh Shariah | Ya |
Pengeluar Emas | Ya (Emas Jenama KAB Gold) |
Ketulenan | 999.9 (24 Karat) |
Spread (Susut Nilai) | 9.3% |
Jenis Emas | Jongkong & Dinar |
Kemaskini Harga | Setiap Hari (12 Malam) |
Jenis Akaun | Uncang Emas |
Belian Minima | 0.25 gram |
Jual Beli | Online |
Yuran Simpanan | Tiada |
Baki Minima Dalam Akaun | Tiada |
Pindahan | Tiada Maklumat |
Penebusan Emas | Di Pejabat KAB Gold ATAU Secara Penghantaran |
Premium | RM10 – RM250 (Bergantung pada jenis dan berat emas) : 1 gram – 1000 gram ATAU 1/2 Dinar – 10 Dinar |
Caj Penghantaran | Ada Khidmat Penghantaran (Caj: Tiada Maklumat) |
Maklumat lanjut |
Laman Web: Klik Sini Hubungi: Klik Sini |
Baiklah, setelah anda lihat ciri-ciri pelaburan emas pada jadual di atas, saya harapkan anda telah faham atau sekurang-kurangnya dapat menilai sedikit sebanyak mengenai perbezaan dari segi kelebihan atau kekurangan setiap jenis pelaburan emas yang ada di Malaysia.
Sebagai seorang Muslim, yang paling penting adalah sesebuah pelaburan itu wajib Patuh Shariah. Oleh yang demikian, apa yang saya kongsikan di atas adalah dari syarikat/institusi jualan emas di Malaysia yang menawarkan jual beli yang Patuh Shariah.
Ok, setelah anda tahu dan faham, akhirnya keputusan untuk memilih adalah di tangan anda. Perlu dinilai juga tahap kemampuan kita untuk menyimpan/melabur. Seperti yang saya selalu kongsikan, nak beli emas ni bukan wajib, ianya adalah satu pilihan/idea untuk anda ubah cara simpanan dari wang kertas kepada emas. Dan wang yang digunakan untuk beli emas ni perlu dari wang lebihan atau wang untuk disimpan, bukan wang kegunaan harian atau wang yang akan diguna dalam masa terdekat.
“Tepuk Dada, Tanya Selera!”
“Tepuk Poket, Tanya Bajet!”
Selamat Membaca 🙂
Penafian: 1 – Segala maklumat yang dikongsikan adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi dari laman web atau media sosial sesebuah syarikat/institusi jualan emas pada ketika artikel ini ditulis (16 April 2021, Jam 7.05pm) 2 – Segala perubahan atau kemaskini oleh syarikat/institusi jualan emas yang terdapat di dalam artikel ini adalah bukan tanggungjawab dan di luar kawalan Emas Zaman. 3 – Setiap ‘link’ laman web yang dikongsikan adalah betul pada masa artikel ini ditulis – Sekiranya berlaku pertukaran pada masa hadapan, ianya juga bukan tanggungjawab atau di luar kawalan Emas Zaman. 4. Sekiranya terdapat kemusykilan dari mana-mana maklumat yang dikongsikan, anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan syarikat/institusi tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas, sahih dan tepat. 5 – Sekiranya ada di antara anda yang mendapati terdapat kesalahan maklumat yang kongsikan, jasa baik anda untuk memaklumkan kepada Emas Zaman amatlah dihargai. |
Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman
Sekian & Semoga Bermanfaat.
Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring!