+6010-554 9916 emaszaman@gmail.com

Setiap produk emas dan perak mempunya harga jualan dan harga belian. Harga jualan adalah harga yang ditentukan oleh kedai-kedai emas berdasarkan harga semasa emas dunia dan ditambah dengan kos-kos lain yang berkaitan, contohnya, kos tukang emas, kos rekabentuk, kos pembungkusan dan kos penghantaran. Manakala harga belian pula adalah harga kedai emas beli emas dari sesiapa yang ingin jual emas balik kepada mereka.

Dalam erti kata yang lebih mudah dan biasa kita dengar, spread adalah susut nilai emas.

Cara untuk mengira spread emas adalah dengan mengambil peratusan perbezaan antara harga jual dan harga beli dan di darab dengan harga jual. Contoh adalah seperti berikut:

Kita anggarkan se unit jongkong emas berketulenan 999.9 dan berat 10 gram yang mempunyai maklumat berikut:

Harga jual: RM2,500.00

Harga Beli: RM1,750.00

Pengiraan: RM2,500 – RM1,750 = RM750

RM750/RM2,500 x 100 = 30%

Maka, spread emas tersebut adalah 30% dari harga jual (RM2,500), iaitu susut 30% dari harga jualan semasa.

Oleh yang demikian, jika kita memiliki emas 10 gram yang dibeli pada harga RM2,500.00 dari sebuah kedai emas, dan spreadnya adalah 30%, maka jika ingin menjualnya balik, harganya yang diberi oleh kedai emas tersebut adalah RM1,750. Jadi, perlu dipastikan harga jualan emas semasa telah meningkat ke tahap yang menguntungkan anda sebelum bertindak untuk menjualnya kembali.

Emas 10 gram yang dibeli hari ini berharga RM2,500.00, jika ingin dijual balik dalam masa singkat, ianya akan merugikan anda.

Jadi, tunggu hingga harga jualan semasanya naik sehingga minima kepada RM3,600, jika ingin dijual dan ditolak spread, anda akan dapat RM2,520 (pengiraan sama seperti di atas), untung RM20 dari modal anda RM2,500 tadi.

Baiklah, kita anggarkan harga emas naik dalam 10% setahun, jadi, emas berharga RM2,500 tadi akan naik kepada RM3,750 dalam tempoh 5 tahun. Jadi, dalam tahun ke 5, jika kita ingin jual balik, ditolak 30% spread dari RM3,750, anda akan dapat RM2,625, untung RM125.

Kebiasaannya, barang-barang kemas di kedai-kedai emas meletakkan spread bermula 25% hingga 40% bergantung pada kedai. Barang kemas mempunyai kos tambahan untuk rekabentuk, kos upah tukang dan sebagainya – menyebabkan spreadnya lebih tinggi. Jika untuk pelaburan, spread yang tinggi akan memberi pulangan keuntungan yang perlahan. Namun, ianya tetap menguntungkan dalam jangka masa panjang.

Berbeza pula keadaannya dengan jongkong-jongkong emas. Kebiasaannya, spread yang dikenakan adalah lebih rendah berbanding barang kemas.

Lagi rendah spread sesuatu emas itu, lagi cepat anda akan mendapat untung!

Jika di PG, istilah yang digunakan untuk harga jualan adalah PG SELL iaitu harga PG jual kepada pelanggan. Manakala harga belian adalah PG BUY iaitu harga belian PG daripada pelanggan yang ingin jual balik produk emas atau perak meraka kepada PG. Perhatikan gambar di bawah.

 

Jadual berikut menunjukkan spread emas dan perak keluaran Public Gold:

Berdasarkan jadual di atas, spread emas PG adalah dari 6% hingga 10% manakala bagi perak adalah 12% hingga 35.4%, bergantung kepada bentuk dan saiz produk.

InshaAllah, spread yang ditawarkan oleh Public Gold adalah yang termurah di Malaysia setakat ini. Maknanya, jika anda memilih emas PG untuk pelaburan, tempoh simpanan emas dan masa meraih keuntungan setelah ditolak spread adalah lebih singkat.

Tidak dinafikan semua emas akan naik harga dalam jangka masa panjang. Namun, pengguna yang bijak akan memaksimakan peluang meraih keuntungan dalam simpanan emas.

Ingat ya, lagi rendah spread sesuatu emas itu, lagi cepat keuntungan yang akan dijana dalam tempoh jangkamasa panjang. Mungkin emas PG boleh meraih untung dalam tempoh 3 tahun berbanding emas lain yang mengambil masa 5 tahun. Kenapa mungkin? kerana tiada janji menyatakan berapa emas akan naik setiap tahun. Tapi, berdasarkan kitco, harga emas sentiasa naik dalam tempoh masa yang panjang. Perhatikan graf kitco di bawah untuk harga emas tahun 2000 berbanding tahun 2020.

Untuk jangka pendek, kita boleh nampak harga emas yang turun naik kerana ia bersifat ‘fluctuate’ berikutan ianya didagangkan dan ada proses jual beli di seluruh dunia.

Jangan pula ada sikap beli emas hari ni, bulan depan nak dapat untung. Ingat, emas tidak sesuai untuk meraih untung dalam jangka pendek. Kalau nak untung juga, anda kena jadi peniaga emas.

Jadi, untuk melihat sejarah-sejarah kenaikan harga emas, anda boleh rujuk di laman web KITCO.

Sekian.

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing