+6010-554 9916 emaszaman@gmail.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca blog Emas Zaman sekalian. Semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat dan berbahagia di samping keluarga.

Artikel ini bertujuan memaklumkan orang ramai tentang kemudahan menabung EMAS melalui program yang dibangunkan oleh Public Gold. Program ini dikenali sebagai ‘Gold Accumulation Program (GAP)’ atau dengan bahasa mudah yang kita fahami, ianya adalah sebuah Tabung Emas secara online. Belian EMAS boleh dibuat bila-bila masa berdasarkan harga EMAS semasa.

Ianya berkonsepkan sama seperti akaun simpanan anda semua di bank-bank yang ada di Malaysia. Cuma, melalui GAP, setiap RM yang anda simpan (beli EMAS) akan ditukarkan kepada berat EMAS mengikut harga semasa. Apa yang menariknya, anda boleh mula menabung EMAS dengan hanya bermodalkan RM100 dan ianya ditukar kepada berat EMAS lebih kurang 0.4XXX gram (mengikut harga semasa). Harga EMAS semasa boleh dilihat di laman web Public Gold. Rujuk gambar untuk melihat contoh harga EMAS semasa GAP Public Gold.

Program ini disokong 100% oleh EMAS fizikal. EMAS yang anda beli akan disimpan oleh Public Gold secara PERCUMA. Apabila cukup jumlah berat minima untuk pengeluaran, pembeli boleh MENGELUARKAN EMAS yang telah telah dikumpulkan di dalam akaun GAP ke dalam bentuk EMAS fizikal di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh negara.

Selain itu, anda juga boleh menjual semula EMAS simpanan anda di dalam akaun GAP kepada Public Gold dengan harga PG BUY semasa. Semua EMAS mempunyai harga WE SELL dan WE BUY. Beza harga WE SELL dan WE BUY dikenali sebagai SPREAD. Rujuk DI SINI untuk memahami dengan lebih lanjut SPREAD EMAS. Dengan bahasa biasa, ianya adalah SUSUT NILAI EMAS.

Harga SELL : Harga jualan EMAS oleh Kedai EMAS

Harga BUY : Harga belian EMAS oleh Kedai EMAS dari sesiapa sahaja yang ingin menjual.

SPREAD : Perbezaan harga WE SELL dan WE BUY.

Antara ciri-ciri & kelebihan GAP ialah:

  • Patuh Shariah: GAP telah dianugerahkan Sijil Patuh Shariah oleh Amanie Advisors. Rujuk DI SINI untuk paparan Sijil Patuh Shariah Public Gold.
  • Pengumpulan EMAS fizikal dengan ketulenan Au999.9 (24 Karat)
  • Pembelian minimum RM100 ATAU pun 1 gram (mengikut harga semasa)
  • Pembelian ini kemudiannya akan ditukarkan kepada berat EMAS sehingga 4 titik perpuluhan (eg. 0.0001 gram).
  • Disokong 100% oleh emas fizikal Au999.9 (EMAS anda di simpan di Pejabat Public Gold secara PERCUMA).
  • Tiada yuran simpanan
  • Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja (Sekiranya anda ingin keluarkan 1 gram EMAS fizikal, perlu ada sekurang-kurangnya 2 gram di dalam akaun GAP kerana baki 1 gram perlu ada di dalam akaun untuk akaun kekal aktif. Walau bagaimanapun, anda boleh keluarkan semua EMAS anda dengan cara menutup akaun GAP. Namun, harus diingat, terdapat caj tambahan sekiranya anda ingin mengaktifkan kembali akaun GAP anda.
  • Pengeluaran sekurang-kurangnya 1 gram EMAS fizikal (EMAS Public Gold yang paling kecil adalah seberat 1 gram. Maka anda tidak boleh keluarkan EMAS seberat kurang dari 1 gram, contohnya, 0.4999 gram).
  • Akaun bersama antara ibu bapa dan anak-anak disediakan (Junior Account)
  • Arahan tetap bulanan disediakan (monthly standing instruction) (Potongan dari akaun bank anda untuk beli EMAS secara bulanan).
  • Diaudit oleh juruaudit bebas
  • Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun

Maklumat Tambahan:

  • Anda boleh simpan sedikit demi sedikit (minima RM100) sehinggalah berat EMAS dalam akaun anda sampai ke tahap yang diinginkan (menabung dalam bentuk EMAS berbading RM)
  • Anda boleh keluarkan EMAS fizikal daripada akaun GAP dan dapat EMAS FIZIKAL dalam tangan anda.
  • Bagi mereka yang bermodal rendah, tetapi ingin memiliki EMAS, akaun GAP sangat membantu.
  • Anda boleh mohon EMAS yang anda keluarkan untuk dihantar ke alamat anda. Public Gold akan kurier EMAS anda dengan dilindungi insurans 100% melalui Khidmat Gold In Transit (Pertama di Malaysia). Anda tidak perlu risau EMAS anda hilang kerana ianya dilindungi oleh insurans.

(Terdapat syarikat yang jual emas, tapi tidak menginsurankan EMAS pelanggan. Jika hilang EMAS ini ketika penghantaran. Risikonya pelanggan tanggung 100%)

  • Anda boleh minta Public Gold untuk hantar jongkong emas serendah 1g, 10gram, 20gram, 1/2 Dinar, 1 Dinar dan 5 Dinar . Rujuk DI SINI untuk senarai produk EMAS Public Gold.

Menarik bukan?.

Sering terdapat persoalan sama ada pemegang akaun perlu ke beli EMAS setiap bulan dengan GAP? Jawapannya adalah TIDAK. Beli EMAS hanya ketika ada kemampuan. Jika masih belum mampu, boleh beli kemudian hari. Ini yang dikatakan TABUNG EMAS.

Simpan EMAS mengikut kemampuan anda. Jika tidak mampu RM100 sebulan, InshaAllah boleh diusahakan untuk simpan RM100 setiap 2 atau 3 bulan. Untuk baca soalan-soalan yang sering ditanya (FAQ) mengenai Tabung Emas GAP, KLIK SINI.

Berminat nak buka akaun GAP? KLIK SINI untuk cara-cara mudah membuka akaun dan membeli EMAS melalui GAP.

Sekiranya masih terdapat persoalan, klik butang-butang di bawah untuk hubungi Emas Zaman melalui whatsapp atau Facebook:

   

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing