+6010-554 9916 emaszaman@gmail.com

Perlu Ke Simpan Emas?

Cerita kali ini saya akan kongsikan tentang keperluan menyimpan emas. Kena fahami betul-betul, tiada keWAJIPan dan tiada PAKSAan untuk simpan emas. Saya Cuma kongsikan beberapa IDEA dan PENDAPAT tentang kePERLUan kita untuk simpan emas.

 

Perlu Modal Besar Untuk Simpan Emas?

Ramai yang anggap emas ni perlukan modal besar untuk dimiliki. Sebenarnya, nak mula simpan emas ni tidak perlukan modal yang besar. Ianya atas kemampuan masing-masing. Sebelum saya teruskan, anda perlu tahu bahawa sekarang ni, dengan Akaun Simpanan Emas GAP, anda ada duit RM100 pun dah boleh mula simpan emas.

 

Emas Untuk Orang Kaya Sahaja?

Saya sama sekali TIDAK BERSETUJU jika dikatakan emas adalah untuk golongan kaya sahaja. Pertamanya, perkataan Kaya itu sendiri berbentuk sangat subjektif. Ada orang yang gajinya berpuluh ribu, tapi masih rasa miskin kerana komitmen yang dimiliki, hutang perniagaan sana sini, dan kehendak yang melebihi keperluan. Jadi, duit banyak pun rasa tidak pernah cukup. Ada pula orang yang gajinya hanya RM500, tapi boleh hidup bahagia dan menjaga keluarga dengan baik, makan sentiasa cukup, pakaian ikut kemampuan.

Kunci utama di sini adalah SYUKUR. Jika kita syukur dan berterima kasih dengan apa yang kita ada, maka kita akan bahagia. Jadi, kalau kita anggap hanya orang kaya yang boleh beli emas, itu adalah TIDAK BETUL sama sekali. Kenapa? – Sebab kekayaan tiada kaitan dengan syarat untuk miliki emas.

Saya teringat kata-kata seorang sahabat mengenai keperluan simpan emas, katanya:

“sebab kita tak kaya lah kita perlu simpan emas… emas tu la yang akan lindungi nilai harta kita… kalau kita simpan emas nilai RM100, emas tu akan lindungi nilai RM100 tu!”

Apa yang anda faham? Bagi saya, maksudnya di sini, jika kita simpan duit RM100 hari ni, yang mana RM100 ni boleh beli 1 bakul keperluan makanan asas. Selepas 5 tahun dari hari ini, RM100 tadi sudah tidak dapat beli perkara yang sama dalam bakul makanan tadi. Itu yang dinamakan INFLASI – Nilai duit semakin rendah/ kuasa membeli semakin rendah. Cuba bayangkan pada tahun lepas anda dah simpan emas yang nilainya RM100 pada masa itu, berapa pula nilainya pada hari ini, iaitu 5 tahun kemudian?.

 

Keperluan Untuk Memiliki Emas

Baik, jika anda telah baca perkara di atas dan faham tentang keperluan atau kewajipan serta kaitan emas dan kekayaan, jom kita baca beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang kenapa saya katakan emas ni perlu, bukannya wajib, di simpan oleh semua orang. Berikut merupakan beberapa perkara yang saya maksudkan:

1. Emas kalis inflasi:

Ini adalah perbandingan ringkas yang mungkin anda pernah dengar dan tahu. Sekitar lebih kurang 10 tahun yang lepas, harga 1 dinar emas lebih kurang RM600. Pada masa itu, RM600 boleh membeli seekor kambing atau biri-biri. Pada hari ini, tahun 2021, 1 dinar emas yang sama bernilai lebih kurang RM1000. Maka, ia masih lagi mampu untuk membeli seekor kambing kerana harga kambing pada hari ini berada di sekitar RM1000.

Di sini cuba anda bayangkan anda simpan duit kertas RM600 yang mampu beli seekor kambing pada 10 tahun lepas, pada hari ini duit tadi masih tetap bernilai RM600, adakah ia masih boleh diguna untuk beli seekor kambing?.

Namun, cuba bayangkan pada 10 tahun lepas dengan RM600 tu dibeli 1 dinar, dan disimpan 1 dinar tersebut hingga hari ini. Nilainya hari ini jadi RM1000. Mampukah 1 dinar tadi digunakan untuk membeli seekor kambing? Ya. Kerana nilainya kekal. 1 dinar = seekor kambing.

2. Emas Elak Kebocoran Wang:

Cuba anda bayangkan anda ada simpanan dalam bank yang ada kemudahan perbankan internet. Cuba pula bayangkan anda anda juga ada sebuah Akaun Simpanan Emas GAP. Ok, pada suatu hari, anda rasa nak beli sesuatu dari platform shopping online. Rasa-rasanya, anda guna perbankan internet ke guna Akaun Simpanan Emas GAP? Sudah tentu guna akaun perbankan internet kerana Akaun Emas tidak boleh diguna untuk bayar pembelian di platform online.

Contoh ke-2, anda ada tabung fizikal simpan duit. Anda juga ada simpan emas 1 dinar dalam peti besi. Pada suatu hari, sebiji tayar kereta anda rosak dan perlu diganti. Rasa-rasa anda, nak guna duit dalam tabung ke nak guna 1 dinar tadi untuk kos ganti tayar baru? Sudah tentu guna duit tabung sebab itu yang paling cepat dan mudah. Jika nak guna 1 dinar tadi tu, anda kena cairkan dahulu untuk dapatkan wang kertas. Nak cairkan tu kena jual atau pajak.

(Contoh-contoh di atas adalah dengan anggapan tiada lagi sumber kewangan lain selain dari tabung duit dan simpanan emas).

Jadi, emas tadi tidak akan diguna untuk kegunaan/keperluan semasa. Ia menunjukkan sikap kita yang secara automatik jadi sayang nak guna emas tu. Kita akan ikhtiar dulu guna cara lain. Melainkan keadaan begitu mendesak untuk kita gunakan emas. Jadi kita boleh simpulkan bahawa Emas Elak Kebocoran Wang.

3. Tanam Sikap Suka Menabung

Percayalah, apabila anda dah mula simpan emas, anda akan rasa keinginan untuk tambah emas tu semakin meningkat hari demi hari. Pantang ada duit saja anda akan rasa nak tambah emas. Inilah keistimewaan emas yang anda perlu tahu. Emas ada ‘aura’nya tersendiri. Perkara ini berlaku kepada saya sendiri dan juga rakan-rakan saya yang dah mula simpan emas. Tiap-tiap bulan dapat gaji je akan tambah emas tu walau RM100 je sebulan. Anda tahu ke sekarang ni nak simpan emas boleh je mula dengan modal RM100 sahaja? Nak tahu? Tekan SINI.

4. Beli Emas Tak Jadikan Anda Miskin

Anda perlu faham, bila anda membeli emas, tidak kira berapa harga dan beratnya, anda sebenarnya dah TUKAR duit kertas anda tadi tu kepada BENTUK EMAS. Ramai yang masih anggap membazir membeli emas. Namun, setelah anda baca artikel ini, anda sudah faham bahawa tiada istilah pembaziran dalam memiliki emas. Ingat ya, beli emas dengan duit kertas bermakna anda TUKAR DUIT KERTAS JADI EMAS. Miskin ke bila beli emas? Tidak sama sekali, malah anda bertambah kaya. Kerana beli hari ini emas harga RM100, 4 ke 5 tahun lagi takkan jadi RM100 dah nilai dia, mungkin dah jadi +/-RM300 nilai emas anda tu.

5. Simpan Emas Elak Kekayaan kita Di’rompak’

Bagaimana tu? Baiklah, maksud saya Kekayaan di sini adalah nilai harta anda. Dirompak pula bukan bermaksud kekayaan anda dirompak atau dicuri. Ianya bermaksud, dalam tidak sedar, NILAI kekayaan anda akan semakin hari semakin ‘kurang’ jika simpan wang kertas. Bukan bermaksud duit anda hilang, tapi NILAI tu yang makin kurang. Berbanding jika anda tukar duit kertas anda jadi emas. Maka, jika ada emas, inshaAllah nilai emas anda akan terus kekal malah menaik kerana ia kalis inflasi dan kekalkan nilai.

6. Emas sebagai Modal Pusingan

Tidak kira anda ni seorang peniaga atau tidak, emas boleh dijadikan modal pusingan perniagaan anda atau untuk kegunaan disaat memerlukan. Sebagai pemilik emas, anda boleh pajakkan emas anda di pusat-pusat gadaian Islam bagi mendapatkan wang segera untuk pusingan modal. Emas itu pula boleh ditebus dengan bayaran bulanan mengikut jadual. Sama juga kegunaan ketika memerlukan, contoh untuk kos rawatan di hospital yang tinggi, kos kenduri kahwin, kos anak sambung belajar dan sebagainya. Ada emas, inshaAllah anda tidak akan berhutang.

7. Emas Tidak Akan Musnah

Tahukah anda dalam kemajuan teknologi dan sains hari ini, tiada seorang saintis atau mana-mana negara kuasa besar yang mampu cipta emas. Emas adalah anugerah Tuhan untuk kita semua. Ia tiada tarikh luput, tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Jika jadi debu sekalipun, debu emas tersebut tetap bernilai. Jika patah, bengkok, calar, ia tetap bernilai. Walau dibakar menjadi cair, ia masih bernilai. Jika dihanyut air banjir, disaluti lumpur, pudar warnanya, digilap dan dicuci akan mengembalikan sinaran emas dan nilainya tetap kekal.

8. Simpanan Emas Untuk Dilupakan

Apa maksudnya tu? Begini, bila anda dah mula simpan emas, anda tidak akan rasa nak guna emas tersebut untuk berbelanja harian lagi. Ianya akan ‘dilupakan’. Cuma anda tahu emas anda makin banyak dengan simpanan yang konsisten dan nilainya makin menaik. Tapi, untuk gunakannya dalam berbelanja, anda akan guna wang kertas yang ada, maka emas anda ‘dilupakan’ dahulu.

9. Emas Adalah Pelaburan (Jangka Panjang)

Terdapat banyak medium pelaburan yang sah di negara kira hari ini. Tidak dinafikan kesemuanya mempunyai manfaat dan kelebihan masing-masing. Cuma jangan pula anda terjerumus dengan skim-skim cepat kaya yang dicipta oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Mudah saja, jika anda rasa sesuatu pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal – maka hati-hati, itu kemungkinan besar adalah skim cepat kaya.

Emas pula sejak sekian lamanya sudah menjadi satu alat perdagangan dan pelaburan. Lihat sahaja di dalam dunia saham, ada juga didagangkan emas kerana potensinya untuk naik begitu besar. Sekarang, dengan pelaburan emas fizikal yang disediakan oleh Public Gold, anda dah boleh mula melabur dalam emas dengan beli emas sekecil 1 gram atau boleh juga beli emas dengan nilai RM100 melalui Akaun Simpanan Emas GAP.

 

10. Emas Cantik dan Menarik

Sudah menjadi lumrah manusia, ingin menjadi kaya, menjadi sihat, menjadi kuat dan ingin memiliki sesuatu yang cantik dan menarik. Tidak kiralah miliki kereta mewah, pakaian yang mahal, rumah yang besar dan sebagainya. Emas pula diminati ramai selain nilainya yang tinggi, warnanya yang kuning keemasan itu lah yang menyebabkan ia menjadi ‘kegilaan’ ramai, terutamanya kaum wanita untuk menjadikan emas sebagai hiasan di badan. Bagi kaum wanita yang minat emas barang kemas, anda boleh juga membeli emas di PG Jewel yang mana anda boleh memilih untuk membayar penuh ataupun ansuran.

 

11. Emas Menyucikan Harta

Selain dari semua kelebihan di atas, dalam Agama Islam, setiap pemilik emas diwajibkan membayar zakat apabila cukup syarat haul dan nisabnya; inilah yang dimaksudkan dengan Emas menyucikan harta anda. Pengiraan zakat emas setiap negeri adalah berbeza, jadi anda perlu merujuk kepada pusat-pusat zakat negeri masing-masing untuk mengetahui jumlah zakat yang perlu dibayar. Secara asasnya haul (tempoh) simpanan emas adalah setahun, dan nisab (berat) nya adalah 85 gram simpanan emas untuk mewajibkan anda membayar zakat sebanyak 2.5% dari nilai semasa jumlah emas anda.

 

Baiklah, anda telah selesai baca tentang keperluan untuk simpan emas. Ianya terpulang juga kepada anda sama ada nak mula simpan emas atau tidak. Jangan sampai sanggup berhutang kerana nak beli emas. Jangan juga sanggup tak beli beras sebab nak beli emas. Beli emas dengan duit untuk simpanan. Maksudnya, duit yang anda nak jadikan simpanan bulanan tu, cuba jadikan ia dalam bentuk emas. Cuba tengok hasilnya nanti. Wallahua’lam.

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing