+6010-554 9916 emaszaman@gmail.com

Untuk makluman, pembelian EMAS EPP ini telah disahkan patuh shariah oleh Amanie Advisors. Cara beli melalui EPP sesuai untuk melatih anda berdisiplin menyimpan EMAS secara bulanan. Salah satu kelebihan EPP adalah, sekiranya harga EMAS tengah murah, anda boleh kunci (lock) dengan membeli ikut harga semasa. Tidak kira harga EMAS yang anda beli tu naik atau tidak pada masa tamat tempoh ansuran, anda tetap dapat EMAS dengan harga yang telah lock tadi.

Syarat EPP:

1. Jumlah minimum pembelian ialah RM500. Jadi, memandangkan terdapat pelbagai bentuk dan saiz EMAS Keluaran PG, adalah elok sekiranya anda memilih pembelian minima EMAS 1 dinar (Berat 4.25 gram, Ketulenan 999.9 – 24 Karat) – Kalau nak beli lebih kecil dari 1 dinar, adalah lebih baik anda membeli dengan cara GAP kerana ianya lebih jimat.

2. Boleh pilih sama ada EPP selama 4 bulan (EPP 4) atau EPP selama 10 bulan (EPP 10).

3. Emas hanya dapat diambil setelah semua bayaran ansuran selesai. Walau bagaimanapun, sekiranya anda berjaya habiskan bayaran lebih awal, maka, anda akan dapat mengambil EMAS anda lebih awal.

4. Terdapat caj tambahan (premium) yang sangat minima bagi setiap pembelian EMAS secara EPP. Rujuk jadual premium seperti di bawah:

Patuh Shariah:

Pembelian EMAS secara EPP ini telah dianugerahkan Sijil Patuh Shariah oleh Amanie Advisors, iaitu syarikat penasihat shariah yang diketuai oleh Datuk Mohd Daud Bakar.

Jadi, sekiranya anda rasa ragu-ragu mengenai perkara ini, anda boleh rujuk terus kepada Amanie Advisors kerana saya bukanlah pakar dalam perkara ini untuk berdebat mengenainya. Berikut merupakan Salinan Sijil Patuh Shariah EPP:

Siapa Elok Guna EPP?

> Yang ada bajet lebih kurang RM200 sebulan untuk simpanan

> Yang nak disiplinkan diri dengan komitmen simpan emas

> Yang nak beli Emas masa harga murah tapi tak cukup bajet (Contoh: Minat Emas harga RM1000, tapi masa harga murah bajet tak cukup, jadi EPP amat membantu).

> Yang minat main kutu Emas.

Baiklah, jika anda sudah faham sedikit sebanyak mengenai EPP, bolehlah baca Cara Beli Emas guna kaedah EPP Cara Beli Emas Guna EPP.

Jika terdapat sebarang persoalan atau kemusykilan, sila hubungi Emas Zaman melalui Whatsapp atau Facebook dengan klik butang-butang di bawah: 

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing