+6010-554 9916 emaszaman@gmail.com

Berikut Merupakan Cara Pembelian Emas Public Gold Secara Bayaran Ansuran.

Cara pembelian EPP adalah lebih kurang sama dengan Cara Pembelian Penuh.

Di sini saya akan terangkan balik cara ini dengan sedikit perubahan di bahagian pilihan bayaran (perlu pilih untuk beli secara EPP).

Perlu diingat bahawa pembelian EPP hanya boleh dilakukan bagi pembelian produk yang berharga RM500 dan ke atas sahaja. Oleh itu, anda perlu pastikan produk yang akan dibeli berharga RM500 ke atas.

Saya ambil contoh, produk 1/2 Dinar Public Gold, berbentuk bulat, berketulenan Au999.9 (24 karat) dan berat 2.125 gram adalah produk paling kecil yang boleh dibeli menggunakan EPP buat masa ini. Jadi pada kali ini saya akan menunjukkan cara belian 1/2 Dinar dengan kaedah EPP. Rujuk di bawah:

Setiap pembelian Emas Public Gold, terdapat satu caj yang dinamakan Gold Premium. Ianya adalah Caj untuk membawa produk tersebut dari Ibu Pejabat Public Gold di Pulau Pinang ke cawangan-cawangannya di seluruh negara. Caj yang dikenakan adalah berbeza mengikut saiz dan berat produk. Rujuk gambar berikut:

Sebelum membuat pembelian, anda perlu berdaftar sebagai pelanggan Public Gold terlebih dahulu. Cara pendaftaran mudah sahaja, anda cuma perlu buat pendaftaran secara online DI SINI

Setelah berjaya membuat pendaftaran, sila ikuti langkah mudah untuk mula membuat pembelian Emas Public Gold seperti berikut:

Langkah 1: Layari laman web Public Gold: www.publicgold.com.my

Langkah 2: Klik butang ‘Login’ seperti di dalam gambar berikut:

Langkah 3: Pada ruangan ‘Username’, masukkan PG Code anda (PG00XXXXXX) dan ‘Password’, dan tekan butang ‘Login’ yang berwarna merah. Rujuk gambar berikut:

Nota: Semasa membuat pendaftaran, sistem telah menetapkan password anda dengan nombor kad pengenalan anda. Kecuali, anda memasukkan kata laluan lain mengikut pilihan anda semasa pendaftaran.

Langkah 4: Setelah berjaya login, tekan butang ‘PRODUCT’.

Langkah 5: Anda akan dibawa ke paparan berikut. Di sini anda boleh melihat produk-produk Public Gold termasuk produk silver, barang kemas dan lain-lain. Baiklah, saya andaikan anda ingin membeli Emas. Sila tekan pada gambar ‘Gold’ seperti di bawah:

Langkah 6: Katakan anda ingin membeli 1 unit Emas berketulenan Au999.9, 24 karat, seberat 1 gram, sila klik pada gambar seperti berikut:

Langkah 7: Kemudian, klik ‘Add to Cart’.

Langkah 8: Pada paparan berikut, sekali lagi klik ‘Add to Cart’:

Langkah 9: Perhatikan icon ‘cart’ anda pada penjuru atas sebelah kanan, terdapat angka ‘1’ di dalam kurungan menandakan anda telah tambah 1 produk untuk dibeli. Sila klik pada icon ini:

Langkah 10: Kemudian, klik ‘Proceed to Next Page’.

Langkah 11: Pilih Public Gold di bahagian ‘select outlet’ seperti berikut:

Langkah 12: Pilih branch (cawangan Public Gold) mana yang berdekatan kawasan anda untuk tujuan mengambil Emas anda nanti. Atau boleh minta Public Gold hantar Emas ke alamat anda melalui GIT.

Langkah 13: Pada ruangan ‘Payment Option’, pilih Shariah Easy Payment Purchase.

Langkah 14: Kemudian, pilih 4 months untuk tempoh bayaran EPP selama 4 bulan. (EPP 10 bulan hanya untuk produk berharga RM1600 ke atas).

Sistem akan mengemaskini harga 1/2 Dinar termasuk RM5 Caj Premium menjadikan harga keseluruhan sebanyak RM730 (RM725 harga 1/2 dinar + RM5 harga premium). Rujuk gambar berikut:

*Premium Emas mungkin berbeza dari jadual di atas bergantung kepada Public Gold mengikut kesesuaian semasa.

Langkah 15: Pada gambar berikut, pastikan anda ‘tick’ pada ‘Myself’ pada ruangan ‘Purchase Order for’, biarkan kosong pada ruangan ‘Remark’, tick’ pada ‘I Agree and Understand of the Terms and Condition (required)’ dan Perhatikan jadual pembayaran di sudut kanan gambar (Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas). 

Ini adalah jadual pembayaran emas anda selama 4 bulan. Jika diperhatikan, harga bayaran pada bulan pertama adalah lebih besar berbanding 3 bulan berikutnya kerana RM730 di bahagi kepada 4 = RM181.25. Digenapkan menjadi RM181 selama 3 bulan = RM543. Bagi RM187 termasuk harga Emas dan Caj Premium RM5. Perlu Matematik sikit kat sini 🙂

Langkah 16: kemudian klik pada butang ‘Confirm and Proceed to Payment’ untuk membuat pembayaran.

Selepas itu anda akan di bawa kepada paparan untuk membuat pembayaran PERTAMA. Anda boleh memilih untuk membayar menggunakan FPX online banking atau secara Bank in (perlu simpan resit). Saya syorkan pilih FPX kerana proses pengesahan oleh Public Gold adalah lebih cepat.

Setelah selesai dan berjaya membuat pembayaran, Public Gold akan menghantar ‘Sales Order’ kepada email anda yang berdaftar. Di situ akan terdapat jumlah bayaran bulanan yang perlu anda jelaskan selama 3 bulan berikutnya.

Pastikan anda membuat bayaran tepat pada masanya atau tidak lebih dari 7 hari dari tarikh bayaran bulanan. Sekiranya anda ada rezeki lebih pada bulan2 berikutnya, boleh saja jika nak selesaikan pembayaran lebih awal dan mengambil emas di cawangan PG dengan lebih cepat.

Sila hubungi Cawangan Public Gold berhampiran anda untuk membuat temujanji mengambil emas anda.

 

SELESAI.

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman:

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing