+6010-554 9916 emaszaman@gmail.com

Umum mengetahui bahawa Emas merupakan logam yang bernilai tinggi dan diminati oleh segenap lapisan masyarakat sejak zaman berzaman. Selain dari warna kuning berkilauan yang indah dan popular sebagai alat perhiasan wanita, Emas juga dijadikan sebagai salah satu instrumen pelaburan. Namun, adakah kita sedar bahawa terdapat kelebihan-kelebihan lain yang sebenarnya ‘tersembunyi’?. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang manfaat dan kelebihan yang ada pada Emas.

1. EMAS ADALAH KEKAYAAN SEBENAR

Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat beribu tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang.

Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya:  Kilauan emas adalah secara semulajadinya asli berwarna kekuningan dan berkilau. Sekiranya dijadikan barang kemas, ianya mungkin akan luntur kerana terdedah dengan cuaca dan debu-debu di udara. Tetapi, jika dibersihkan, warna dan kilauan asalnya akan kembali bersinar.

Emas tidak boleh dicipta atau dibinasakan: Sehingga ke hari ini, dengan kecanggihan dan kemajuan teknologi dan peradaban manusia serta kebijaksanaan saintis di seluruh dunia, Emas masih belum boleh dicipta ataupun dimusnahkan. Emas hanya boleh diubah bentuk dan rupa sesuai dengan kehendak manusia. Kita ambil contoh kayu. Kayu boleh dicipta untuk manusia kerana telah banyak teknologi yang berupaya menggabungkan habuk-habuk kayu, dimampatkan, dilekatkan untuk menjadikan papan buatan manusia dalam industry perabot DIY. Namun, belum pernah ada emas ciptaan manusia.

Tahan lasak: Ya. Walau apa jua keadaan yang berlaku, banjir, kebakaran dan sebagainya, emas tidak akan hancur. Jika dibakar, ia akan menjadi cair. Jika dikisar, ia akan menjadu debu/habuk emas. Namun, nilainya tetap ada walau dalam bentuk cairan atau debuan. Dengan kata lain, emas tidak dapat dirosakkan atau dimusnahkan – tahan lasak.

Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya: Katakan anda ada emas 10 gram bernilai RM2,500 dibahagikan sama rata kepada 4 bahagian (potong). Maka nilainya adalah RM2,500/4 = RM625 setiap bahagian. Jika wang kertas RM50 dipotong 2 bahagian sama besar, adakah nilainya RM25 setiap 1 bahagian?.

Ia sukar diperoleh: pernah saya diceritakan seorang kenalan yang memaklumkan beliau pernah melawat sebuat tapak melombong emas dengan cara memecahkan batu dan tanah di timur tanah air. Untuk mendapatkan 3 gram serbuk emas, pelombong perlu memecahkan batu/tanah seberat lebih kurang 1,000 kg/1 tan). Cuba bayangkan berapa banyak usaha/tenaga/masa yang digunakan untuk menghasilkan 1000 gram emas?.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan.

Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

 

Wang Kertas Bukan Penyimpan Kekayaan Yang Baik!

Wang kertas boleh dibinasakan dengan mudah. Cuba anda perhatikan wang kertas RM50 yang koyak seperti ini. Ianya sudah tiada nilai dan tidak boleh diurusniaga (melainkan rujuk kepada bank untuk mendapatkan gantian).

Ia hanyalah sekeping kertas yang dicetak nilainya RM50. Sesiapa yang memiliki wang kertas ini adalah orang yang memiliki kekayaan sebanyak RM50.

Soalan: “Boleh tak anda ‘musnahkan’ kekayaan RM50 itu menjadi RM 0?”

Jawapan: Sudah Tentu Boleh!

Kekayaan di dalam bentuk wang kertas boleh dimusnahkan dengan cara koyak sampai lumat, gunting, kisar, bakar dan sebagainya.

Cuba anda rujuk kisah di bawah:

Daripada kisah di atas, kita dapati kekayaan dalam bentuk wang kertas sangat mudah dibinasakan. Lain pula ceritanya dengan emas. Nilainya tidak boleh dibinasakan. Ia tidak akan terbakar, tidak reput dan tidak akan pudar warnanya.

Dari segi fizikal emas memang boleh dirosakkan (dicalarkan, diguris, bengkok dan kemek) namun nilai emas tidak boleh dibinasakan. Oleh sebab itulah emas dipanggil penyimpan kekayaan yang terunggul.

Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan. Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai.

2. NILAI EMAS MENINGKAT (NILAI WANG KERTAS JATUH) DALAM TEMPOH JANGKAMASA PANJANG

Selain daripada mudah dibinasakan, wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Kita akan dapati kuasa beli wang kertas akan berkurangan (Inflasi).

Gambar di atas adalah carta harga emas dari tahun 2000 hingga tahun 2020 berdasarkan sejarah carta emas Kitco. Kita boleh lihat dari tahun 2000, harga emas dunia berharga +/- USD300 per ounce manakala pada tahun 2020 ia meningkat kepad +/- USD1700 per ounce. Kenaikan sebanyak 467% dalam tempoh 20 tahun!.

Nota: Ounce untuk emas dikenali sebagai Troy Ounce. 1 troy ounce bersamaan 31.1 gram. Troy ounce diguna untuk menyukat berat Logam bernilai. Manakala ounce pula diguna untuk menyukat berat makanan. 1 ounce bersamaan 28.25 gram. Rujuk perbezaan antara Troy Ounce dan Ounce untuk maklumat lanjut.

Pada tahun 1990an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 50 sen hingga RM1.50 sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum.

Bagaimana dengan sekarang – tahun 2021? Kebanyakan ibu-bapa memberikan wang poket RM4 – RM5 untuk membeli makanan dan minuman. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar lebih kurang 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama.

Kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang (INFLASI). Dengan kata lain. EMAS KALIS INFLASI!.

3. EMAS ADALAH ASET TERUNGGUL

Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas (senang dicairkan). Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam. Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka terpaksa meninggalkan seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka.

Harta yang mereka bawa semasa melarikan diri ialah emas bukannya mata wang Vietnam. Ini kerana mereka sedar bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di mana sahaja. Ia boleh ditukarkan kepada wang kertas di negara persinggahan mereka.

Gambar menunjukkan Emas Kim-Thanh yang dibawa bersama oleh pelarian Vietnam.

 

Dengan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baharu mereka dengan mudah di negara persinggahan mereka. Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku? Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak akan diterima di negara lain. Oleh sebab itu anda perlu menyimpan emas.

4. EMAS TIDAK BOLEH DIMANIPULASI

Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah. Ini  menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang mendadak akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi.

Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia. Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:

1. Kerajaan Perancis –tahun 1715

2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923

3. Hungary 1945-1946

4. Chile 1971-1981

5. Peru 1988-1991

6. Angola 1991 – 1999

7. Yugoslavia 1992-1995

8. Belarus 1994-2002

9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994

10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001

11. Zimbabwe 2000-2009

Cuba lihat gambar-gambar yang menunjukkan betapa nilai wang kertas telah jatuh dengan teruk di negara Zimbabwe. Sehinggakan nak beli telur pon berharga berbillion ringgit.

Anda boleh membaca kisah kegagalan yang kertas di sini: History of Failed Currencies

Sesiapa yang menyimpan wang kertas (di negara-negera tersebut) akan mendapati kekayaan mereka ‘lesap’ begitu sahaja. Ini kerana wang kertas yang disimpan menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas.

Namun tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai wang malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka. Ini kerana emas dan perak diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini..

 

Rumusan: 

Saya harap topik kelebihan emas ini dapat membuka minda anda semua tentang kepentingan menyimpan emas untuk kegunaan masa depan anda. Ya, tidak dinafikan kita masih belum menggunakan emas untuk urusan jual beli dan transaksi harian. Kita tidak nafikan kegunaan wang kertas amat diperlukan pada hari ini. Cuma, untuk masa hadapan, berbanding simpan RM100 sebulan, cuba ubah cara simpan tu kepada RM100 nilai emas. (BACA SINI).

Nota: Idea dan kandungan asal artikel ini diambil dari e-Book bertajuk ‘Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas’ tulisan Mahaguru Emas Malaysia, Tuan Syukor Hashim. Saya telah mengolah dan menambah sedikit sebanyak kandungannya mengikut kesesuaian semasa.

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook saya:

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing