+6010-554 9916 emaszaman@gmail.com

 

Di sini saya akan menunjukkan cara-cara untuk membuka akaun simpanan Emas Gold Gold Accumulation Program (GAP). Ianya boleh dilakukan dari komputer, telefon pintar atau tablet yang ada akses internet.

 

Langkah 1:

Rujuk harga emas semasa di laman web PUBLIC GOLD dengan klik DI SINI. Terdapat paparan berat emas semasa untuk RM100 dan juga harga semasa untuk emas seberat 1 gram.

 

Harga pada 24 Feb 2021. Jam 11.56PM

Langkah 2: 

 

Tekan DI SINI untuk mendaftar. Anda akan dibawa ke bahagian pendaftaran Public Gold.

 

Langkah 3:

Pada laman borang pendaftaran, sila isi NAMA, NOMBOR IC, EMEL , NOMBOR TELEFON, PREFERRED BRANCH (pilih cawangan yang berdekatan dengan anda agar senang untuk berurusan di kemudian hari) dan PASSWORD. Kemudian tekan butang ‘SUBMIT‘.

Langkah 4:

Setelah selesai proses pendaftaran, sila tunggu beberapa minit, anda akan menerima emel dari Public Gold mengandungi Username dan Password untuk anda gunakan semasa LOGIN ke sistem Public Gold.

*Username anda adalah PG CODE (PG00XXXXXX) manakala Password pada kebiasaannya adalah nombor IC anda ATAU apa-apa sahaja yang telah anda masukkan semasa pendaftaran.

Rujuk gambar di bawah:

 Contoh emel dari Public Gold yang anda akan terima setelah selesai proses pendaftaran

Langkah 5:

Selepas lebih kurang 5 minit, layari www.publicgold.com.my dan tekan butang ‘LOGIN’ pada menu.

Langkah 6:

Masukkan PG Code dan Password anda dan klik ‘LOGIN’

 

Langkah 7:

Di dalam menu, klik ‘MY GAP’. Kemudian, sistem akan membawa anda akan ke laman web GAP.

Langkah 8:

Pada laman web GAP, Klik ‘Go to New Site’. Anda di bawah ke ‘Dashboard’ GAP.

Langkah 9:

Pada dashboard GAP, Klik ‘BUY GAP NOW’ (atau boleh tekan ‘BUY SAP NOW’ jika ingin membeli Silver). Kemudian, anda akan di bawa ke laman untuk memilih cara pembayaran.

 Langkah 10: 

Pada laman untuk membuat pembayaran, anda diberi dua (2) pilihan untuk cara pembayaran, iaitu dengan mengunakan FPX atau secara Bank In (kebiasaannya di mesin ATM). Jika anda memilih FPX, proses pembayarannya adalah seperti biasa anda membuat bayaran semasa bershopping online. Sekiranya anda memilih pembayaran melalui Bank In, anda perlu memuat naik (upload) resit atau bukti pembayaran ke sistem GAP kemudian. Saya sarankan anda gunakan FPX kerana prosesnya lebih cepat dan pengesahan oleh staff Public Gold juga lebih cepat berbanding dengan proses Bank In.

Setelah klik ‘Next‘, anda akan di bawa ke paparan berikut: Di sini anda boleh memilih sama ada ingin membeli GAP sebanyak RM100 (sistem akan tunjuk berat emas semasa dengan nilai RM100) ATAU membeli GAP seberat 1 Gram (masukkan nilai RM semasa).

 

Selepas tekan Place Order, anda akan dibawa ke laman untuk pembayaran. Di sini, anda perlu memilih bank anda, masukkan jumlah pembayaran, dan buat pembayaran. Setelah itu…. SELESAI!….

 

 

 

 

Setelah selesai proses pembelian GAP, Public Gold akan mengambil masa selama maksima 48 jam untuk mengesahkan pembelian tersebut. Setelah itu, anda akan dapat melihat jumlah berat EMAS yang terdapat di dalam akaun anda di dalam akaun GAP. Anda hanya perlu ulangi proses untuk LOGIN dan klik MY GAP seperti langkah-langkah di atas. Anda juga boleh melihat sejarah transaksi anda pada akaun GAP.

Nota tambahan: Terdapat juga akaun simpanan silver (perak) dikenali sebagai Program Akumulasi Silver/Silver Accumulation Program – SAP. Sekiranya anda nak tahu, silver juga besar potensinya untuk menjadi satu ‘alat’ untuk pelaburan. Jika berminat untuk beli Silver, anda hanya perlu gunakan akaun yang sama dan ikuti langkah di atas untuk buat pembelian, cuma, semasa pilihan membeli, pilih bahagian ‘BUY SAP NOW’ dan ikuti langkah yang sama seperti di atas.

SENANG BUKAN 🙂

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman:

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing