+6010-554 9916 emaszaman@gmail.com

Pengenalan

 

Selain menjalankan perniagaan emas/perak fizikal dan akaun simpanan emas/perak yang patuh shariah, Public Gold (PG) juga membuka peluang kepada anda semua untuk jana pendapatan tambahan dengan menjadi Pengedar (Dealer) Emas Public Gold.

Dealer PG juga dikenali sebagai Public Gold Business Owner (PGBO) yang mana bermaksud, sebagai Dealer PG, anda adalah rakan niaga kepada PG yang turut sama berusaha memajukan perniagaan emas, memupuk semangat cintakan emas di kalangan masyarakat, menyebarkan ilmu-ilmu mengenai pelaburan emas yang betul dan peluang menambah pendapatan sampingan (atau mungkin tetap) bersama-sama.

Sebagai seorang Dealer PG, anda layak untuk merekrut Dealer dan Pelanggan baharu di dalam rangkaian anda. Anda akan mendapat insentif dari setiap pembelian peribadi, pembelian dari pelanggan anda dan overriding dari dealer anda di dalam rangkaian anda.

Sebagai ganjaran dan penghargaan kepada dealer-dealernya, PG akan memberi insentif bulanan berdasarkan hasil jualan seorang dealer, bonus menarik dari semasa ke semasa dan peluang melancong ke luar Negara setiap tahun yang dikenali sebagai Sales Incentive Program (SIP) & Seminar Leadership.

Pangkat Dealer PG

 

Dealer PG terbahagi kepada 3 pangkat, iaitu:

i) Normal Dealer (ND): Insentif 1.0%
ii) Priority Dealer (PD): Insentif 1.5%
iii) Master Dealer (MD): Insentif 2.0%

Baca DI SINI untuk mengetahui Cara Mudah Menjadi Seorang Dealer PG.

Jenis-jenis Insentif

Insentif adalah ganjaran kewangan dan reward yang diberikan oleh PG kepada dealer-dealernya berdasarkan belian peribadi dealer atau pelanggan di dalam rangkaian dealer tersebut. Di dalam sistem insentif PGBO, ianya dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut:

1. Referral Incentive

‘Referral Incentive’ adalah insentif yang diperoleh oleh Dealer PG mengikut peratusan daripada jumlah belian produk PG setiap bulan oleh diri sendiri dan oleh pelanggan di dalam rangkaian seseorang dealer.

Contoh: Encik Abu adalah Normal Dealer PG. Pada bulan April 2021, beliau membeli emas PG bernilai RM10,000 – Encik Abu akan dapat insentif sebanyak 1% dari jumlah beliannya tadi. 1% daripada RM10,000 = RM100 : Insentif Encik Abu untuk bulan April.

Pada bulan yang sama juga, Encik Abu berjaya rekrut 3 orang pelanggan baharu iaitu Encik Habib, Encik Amran dan Puan Ainun. Kemudian, Encik Ali telah buat belian emas PG sejumlah RM5,000, Encik Habib beli RM1,000 dan Puan Ainun beli RM3,000. Jumlah terkumpul pembelian dari ketiga-tiga pelanggan Encik Abu adalah RM5,000 + RM1,000 + RM3,000 = RM9,000.

Di sini, Encik Abu adalah ‘Introducer’ atau referrer (perujuk) kepada Encik Ali, Encik Amran dan Puan Ainun. Maka, Encik Abu akan dapat insentif 1% dari RM9,000 belian pelanggan-pelanggannya itu. 1% dari RM9000 = RM90

Jadi, jumlah insentif Encik Abu untuk bulan April 2021 adalah RM100 (1% dari RM10,000 belian sendiri) + RM90 (1% dari RM9,000 belian pelanggan) = RM190

 

2. Overriding Incentive

Insentif ini diberi kepada Dealer PG berdasarkan jualan dari dealerdealer lain di dalam rangkaiannya. Insentif bermula dari 0.5% hingga 1%. Syarat untuk mendapat overriding incentive adalah dealer-dealer lain di dalam rangkaian seseorang Dealer PG itu berpangkat lebih rendah.

Contoh: Encik Rosdi adalah seorang Master Dealer PG manakala Encik Rashid adalah Priority Dealer PG dan Encik Rushdan adalah Normal Dealer PG dalam rangkaian Encik Rosdi. Pada bulan April 2021, Encik Rashid beli emas bernilai RM1,000 dan Encik Rushdan beli emas bernilai RM3,000.

Sebagai Master Dealer, Encik Rosdi akan dapat Overriding Incentive sebanyak 0.5% dari pembelian Encik Rashid (PD) dan Encik Rashid dapat 1.5%.

Encik Rosdi juga dapat 1% dari pembelian Encik Rushdan (ND) dan Encik Rushdan dapat 1%. Jumlah insentif Encik Rosdi adalah 0.5% dari RM1,000 (belian Encik Rashid) + 1% dari RM3,000 (belian Encik Rushdan).

(0.5% x RM1,000) + (1% x RM3000) = RM5 + RM30 = RM35

3. Supervisory Incentive

Insentif ini akan diperolehi oleh Dealer PG berdasarkan pembelian oleh dealerdealer lain yang sama pangkat di dalam rangkaiannya. Jumlah supervisory incentive adalah 0.15%.

Contoh: Puan Hamidah adalah seorang Priority Dealer. Manakala Encik Shamsul juga Priority Dealer dalam rangkaian Puan Hamidah. Pada bulan April 2021, Encik Shamsul buat belian emas PG sebanyak RM5,000. Sebagai PD, Encik Shamsul akan dapat insentif sebanyak 1.5%. Oleh kerana Puan Hamidah juga adalah PD, beliau akan dapat 0.15% dari jumlah belian Encik Shamsul.

Jadi, Encik Shamsul dapat Referral Incentive 1.5% dari RM5,000 = RM75

Manakala Puan Hamidah akan dapat Supervisory Incentive dari belian Encik Shamsul sebanyak 0.15% dari RM5,000 = RM7.50

4. Buyback Incentive

Insentif ini bermaksud apabila seorang Dealer PG atau pelanggan-pelanggan di dalam rangkaiannya membuat jualan balik emas-emas PG kepada PG. Jumlah Buyback Incentive adalah 0.3% dari setiap nilai jualan balik emas kepada PG mengikut harga PG BUY.

Contoh:

Cik Aisyah adalah pelanggan dalam rangkaian Encik Abdullah. Pada bulan April 2021, Cik Aisyah jual emasnya kepada PG bernilai RM1,500.

Encik Abdullah sendiri juga ada buat jualan balik kepada PG bernilai RM5,000.

Jumlah jualan balik kepada PG oleh Cik Aisyah dan Encik Abdullah adalah RM6,500. Oleh itu, Encik Abdullah layak menerima Buyback Incentive sebanyak 0.3% dari RM6,500 = RM19.50

5. Top Producer Award

Insentif ini terbuka kepada semua Dealer PG tanpa mengira pangkat. Ianya diberi berdasarkan hasil belian mencapai target tertentu selama 3 bulan berturut-turut (1 suku tahun: Quarter: Q) dan akan dikreditkan ke dalam C-Wallet di PG Mall. Baca juga mengenai PG Mall DI SINI.

Tahun kewangan PG bermula pada bulan April setiap tahun dan berakhir pada bulan Mac tahun berikutnya. Pembahagian Suku Tahun PG adalah seperti berikut:

Q1: April hingga Jun
Q2: Julai hingga September
Q3: Oktober hingga Disember
Q4: Januari hingga Mac

 

Syaratsyarat dan pembahagian insentif adalah:

i) Bronze
Jualan: RM25,000 – RM49,999
Insentif: RM50 sebulan
Jumlah: RM150 untuk 3 bulan (1 suku tahunan)

ii) Silver
Jualan: RM50,000 – RM74,999
Insentif: RM100 sebulan
Jumlah: RM300 untuk 3 bulan (1 suku tahunan)

iii) Gold
Jualan: RM75,000 – RM99,999
Insentif: RM150 sebulan
Jumlah: RM450 untuk 3 bulan (1 suku tahunan)

iv) Platinum
Jualan: RM100,000 atau lebih
Insentif: RM200 sebulan
Jumlah: RM600 untuk 3 bulan (1 suku tahunan)

 

Contoh:

Encik Fadhil buat jualan RM25,000 setiap bulan selama 3 bulan berturut-turut dari April hingga Jun. Encik Fadhil akan terima insentif sebanyak RM50 x 3 = RM150 dan dikreditkan ke dalam C-wallet di PG Mall.

Puan Shamsiah buat jualan RM25,000 pada bulan Julai, RM50,000 pada bulan Ogos dan RM100,000 pada bulan September. Insentif akan dikira berdasarkan pencapaian terendah selama 3 bulan tersebut iaitu pada bulan Julai dengan jualan RM25,000. Jadi, Puan Shamsiah layak terima anugerah Bronze dan akan dapat insentif RM50 x 3 = RM150 dan dikreditkan ke dalam c-wallet di PG Mall.

6. Group Sales Incentive

Insentif ini diterima oleh Master Dealer PG berdasarkan setiap belian emas PG oleh semua pelanggan dan dealer (kecuali Master Dealer) yang ada di dalam rangkaiannya.

Syarat untuk mendapat insentif ini seseorang dealer itu perlu berpangkat Master Dealer. Insentif ini diperolehi dari semua hasil belian oleh pelanggan dan dealer di dalam rangkaian kita dan tidak termasuk hasil belian dari kumpulan Master Dealer di dalam rangkaian kita.

Insentif ini diberi tanpa perlu membuat apa-apa belian. Ianya adalah dari belian dari ahli-ahli rangkaian kita.

Jumlah Group Sales Insentive adalah 0.1% dari belian ahli-ahli kumpulan di dalam rangkaian kita (kecuali kumpulan Master Dealer).

Contoh:

Encik Zakaria adalah Master Dealer dan mempunyai sebuah rangkaian. Di dalam rangkaiannya, terdapat Encik Bakhtiar (MD), Encik Taufik (PD) dan Puan Melissa (ND).

Encik Zakaria akan dapat 0.1% Group Sales Incentives dari keseluruhan belian yang dibuat oleh kumpulan Encik Taufik dan Puan Melissa.

Tetapi, Encik Zakaria tidak dapat apa-apa dari keseluruhan belian kumpulan Encik Bakhtiar kerana beliau juga berpangkat MD.

 

 7. Million Dollar Leg Incentives

Insentif ini khas untuk Master Dealer sahaja. Ianya adalah berdasarkan hasil belian dari sekurang-kurangnya dua (2) kumpulan yang dibimbing oleh Master Dealer lain di dalam rangkaian anda dan anda sendiri perlu berpangkat Master Dealer. Jualan minima dari dua (2) kumpulan MD ini adalah sekurang-kurangnya RM1 juta sebulan. Sebagai Introducer dan pembimbing kepada Master-master dealer ini, anda layak terima insentif sebanyak RM1,000 dari jualan kumpulan-kumpulan tersebut.

 

Syarat:

i) Anda sendiri adalah Master Dealer
ii) Anda membimbing sekurang-kurangnya 2 Master Dealer lain dalam rangkaian anda
iii) Dua (2) kumpulan Master Dealer di dalam rangkaian anda itu buat belian RM1 Juta dalam tempoh sebulan.

Contoh:

Encik Hassan adalah seorang MD. Di dalam rangkaiannya, terdapat 2 orang MD lain iaitu Puan Raisa dan Encik Imran. Kumpulan MD Puan Raisa dan Encik Imran berjaya buat belian RM1 juta dalam 1 bulan. Maka, Encik Hassan selaku introducer layak terima insentif Million Dollar Leg sebanyak RM1,000.

Kemudian, Encik Hassan berjaya bimbing seorang lagi MD baharu iaitu Encik Roslan dan Encik Roslan juga berjaya buat belian kumpulan sebanyak RM1 juta.

Sekarang, Encik Hassan sudah ada 3 kumpulan yang dibimbing oleh 3 MD di dalam rangkaiannya. Insentif Encik Hassan akan meningkat dari RM1,000 ke RM2,000.

Insentif ini akan diperolehi dengan minima 2 kumpulan yang diketuai oleh 2 MD di dalam rangkaian anda, dan akan meningkat bergantung kepada seberapa ramai MD yang mempunyai jualan RM1 juta ke atas di dalam rangkaian anda.

 

8. Qualifying Bonus (Q-Bonus)

Q-Bonus adalah insentif yang diberikan kepada semua Dealer PG berdasarkan pencapaian target belian peribadi berjumlah RM250,000 dalam tempoh minima 6 bulan sama ada secara berturut-turut ataupun tidak.

Belian peribadi termasuk belian sendiri dan pelanggan (tidak termasuk pelanggan di bawah dealer anda) di dalam rangkaian anda.

Syarat:

Belian: RM250,000 sebulan dalam tempoh 6 bulan (berturut-turut atau tidak)

6 Q-Bonus = Insentif RM3,000
9 Q-Bonus = Insentif RM3,000
12 Q-Bonus = Insentif RM6,000

Jumlah sekiranya berjaya capai semua adalah RM12,000

6Q 9Q 12Q
Insentif RM3,000 RM3,000 + RM3,000 6Q + 9Q + RM6,000
RM3,000 RM6,000 RM12,000

Contoh: Encik Rahmat capai target belian peribadi RM250,000 sebanyak 6 bulan iaitu bulan April, Jun, Ogos, September, November dan Disember (tidak berturut-turut). Encik Rahmat dapat insentif sebanyak RM3,000.

Puan Latifah dapat buat belian peribadi minima RM250,000 sebulan setiap bulan selama 12 bulan berturut-turut. Insentif Puan Latifah adalah RM3,000 untuk 6Q, RM3,000 untuk 9Q dan RM6,000 untuk 12Q. Jumlah insentif Puan Latifah adalah RM12,000.

9. Sales Incentive Program (SIP) & Leadership Seminar

Setiap kitaran tahun kewangan PG iaitu dari April hingga Mac setiap tahun, mana-mana Dealer PG yang mencapai target jualan tertentu akan diberi ganjaran tajaan penuh pelancongan ke luar negara. Ianya dikenali sebagai Sales Incentive Program (SIP) & PG Leadership Seminar. Pergi melancong sambil belajar melalui seminar yang akan dianjurkan sempena lawatan tersebut dan ditaja oleh PG.

 

Ada 2 jenis SIP iaitu SIP (Pelancongan di luar Asia Tenggara) dan Mini SIP (Pelancongan di dalam Negara Asia Tenggara).

Bagi tahun kewangan 2020/21 yang berakhir Mac 2021, PG menawarkan pelancongan ke Russia kepada Dealer PG yang berjaya.

Bagi tahun kewangan terkini iaitu 2021/2022, PG merancang untuk memberikan ganjaran pelancongan percuma ke Itali kepada Dealer PG yang berjaya.

Syarat Layak Sertai SIP:

Syarat Kelayakan Mini SIP:
1. Jualan peribadi mencapai RM600,000 dalam tempoh setahun kewangan PG
2. 100 pelanggan baharu dalam tempoh setahun kewangan PG
3. Menghadiri New Dealer Orientation (NDO), Public Gold Golden Tour (PGGT) di Pulau Pinang dan Jutawan Emas Leadership Training (JLT) – (Dimansuhkan sementara berikutan Covid19)
4. Layak 3 kali seumur hidup
5. Tidak layak bagi Dealer PG yang berjaya ke SIP

 

10. Key Opinion Leader (KOL) Incentive

Insentif yang diberi oleh PG kepada Dealer PG yang berjaya jual barangan PG di media sosial. Jumlah insentif adalah dari 1% hingga 5% bergantung kepada jenis produk. Jika berminat, perlu hubungi ‘Person-In-Charge’ PG dengan whatsapp kepada 011-10827916. Pihak PG akan sediakan Page Facebook dan bantu mempromosi secara percuma.

Syarat Layak:

  • Minima 10 ribu followers di media sosial peribadi
  • Pakar ‘streaming’ secara LIVE
  • Aktif upload content di dalam media sosial
  • Mahir menulis konten
  • Mahir dalam pengucapan awam.

11. Insentif dari PG Mall

Sebagai seorang Dealer PG, anda juga akan berstatus ‘Shopper’ di PG Mall. Pangkat shopper adalah Shopper, Super Shopper, Premium Shopper dan Elite Shopper bergantung pada status anda sama ada pelanggan atau pangkat Dealer PG. Terdapat insentif cashback bermula dari 0.5% hingga 3.5% dari jumlah belian shopper di dalam rangkaian anda. Untuk maklumat lanjut mengenai insentif dan pendapatan pasif dari PG Mall, sila KLIK SINI.

Menarik bukan?

Baca juga Cara Mudah Untuk Menjadi Dealer PG DI SINI 

Penafian:

1. Segala perubahan dalam kadar insentif adalah tertakluk kepada budi bicara Pihak PG

2. Sumber penulisan adalah berdasarkan pengalaman Emas Zaman sendiri sebagai Dealer Public Gold sejak tahun 2010 serta penulisan-penulisan Dealer-Dealer PG lain yang aktif.

3. Anda dinasihatkan untuk menghubungi mana-mana cawangan PG yang berdekatan untuk kesahihan dan kepastian.

 

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing