+6010-554 9916 emaszaman@gmail.com
Manfaat & Kelebihan Sebagai Dealer Public Gold

Manfaat & Kelebihan Sebagai Dealer Public Gold

Assalamualaikum w.r.t & Salam Sejahtera

Menjadi Dealer PG bermaksud anda telah melangkah maju setapak daripada menjadi seorang Penyimpan Emas kepada Penyimpan & Peniaga Emas dan berpeluang menjana pendapatan sampingan atau mungkin pendapatan tetap. Di dalam dunia perniagaan emas PG, Seorang Dealer juga dikenali sebagai Public Gold Business Owner (PGBO).

Sebenarnya, dengan menjadi seorang Dealer PG, secara teknikalnya anda tidak perlu pun ‘menjual emas’, tetapi anda hanya perlu mengajar orang ramai tentang ILMU EMAS dan menyebarkan maklumat-maklumat yang betul tentang cara membeli emas.

Apabila masyarakat sudah pandai dan sedar mengenai emas serta berminat membeli emas, anda ajar pula mereka cara membeli emas dengan betul dengan PG. Di sini PG yang jual emas, bukan anda.

Walau bagaimanapun, atas usaha anda sebagai Dealer PG dalam menyebarkan ILMU EMAS kepada masyarakat dan menggalakkan mereka membeli emas PG, anda akan diberikan pelbagai ganjaran yang menarik oleh PG.

Sebagai pelanggan PG, mereka akan mendapat manfaat dari segi kelebihan emas PG itu sendiri. Contohnya, harga yang kompetitif, jaminan ketulenan oleh assayer bebas, susut nilai rendah, kualiti tinggi, jaminan belian balik (walau bengkok/calar/kemek) asal berat tidak kurang, urusniaga online 24 jam, cawangan yang banyak di seluruh Malaysia dan sebagainya.

Manakala bagi seorang Dealer PG, selain mendapat kelebihan sebagai pelanggan, Dealer PG juga akan mendapat ganjaran berbentuk Insentif tunai yang diberikan oleh PG.

Antara kelebihan/manfaat menjadi seorang Dealer PG adalah anda akan mendapat:

1. Insentif Belian Peribadi

Setiap kali seorang Dealer membeli emas atau perak dari PG untuk diri sendiri, dia akan mendapat Insentif sebanyak 1% (Normal Dealer-ND) atau 1.5% (Priority Dealer-PD) dari jumlah belian bermula dari belian kedua dan seterusnya (belian pertama sebelum ini dalam jumlah tertentu adalah untuk melayakkan seseorang menjadi Dealer dan tidak menerima apa-apa Insentif). Jika seseorang dealer membuat belian emas/perak PG pada bulan ini dengan nilai tertentu, Insentif (1%-1.5%) akan dikreditkan oleh PG ke dalam akaun bank dealer pada 20hb bulan berikutnya.

2. Insentif Belian Oleh Pelanggan

Apabila bergelar seorang Dealer PG, anda boleh pilih sama ada untuk menjadi Dealer Pasif atau Dealer Aktif.

Dealer Pasif adalah seseorang yang membeli emas/perak PG dengan jumlah yang melayakkan dia menjadi Dealer, tetapi tidak berminat untuk berniaga emas. Dia hanya menerima insentif dari belian peribadi sahaja seperti di no. 1 di atas.

Dealer Aktif pula, selain mendapat kelebihan insentif dari pembelian sendiri, dia akan mendapat insentif dari setiap belian pelanggan baharu yang diperkenalkan kepada PG. Insentif ini akan berterusan selamanya selagi mana pelanggan tersebut membeli emas dari PG.

3. Insentif dari Belian Dealer di dalam rangkaian

Sebagai seorang Dealer PG, anda berpeluang membina empayar perniagaan sendiri dengan kelayakan anda untuk melantik dealer-dealer baharu bernaung di dalam empayar anda. Anda akan mendapat insentif penuh (1%-1.5% ikut pangkat dealer anda) dari pembelian pertama oleh seseorang yang diperkenalkan oleh anda untuk mendapatkan status dealer. Kemudian, pembelian kedua oleh dealer anda, anda masih lagi mendapat insentif berdasarkan pengiraan tertentu, manakala dealer anda dapat insentif penuh mengikut pangkat dealernya. Dan ianya juga berterusan selama-lamanya selagi dealer anda masih aktif.

4. Insentif Jualan Balik Peribadi

Sebagai Dealer PG yang memiliki emas, sudah pasti akan ada masanya di suatu hari di masa hadapan, anda ingin menjual balik emas yang dimiliki setelah disimpan lama dan harga terkini telah mendatangkan untung. Tujuan jualan mungkin untuk tujuan-tujuan yang bermanfaat ada saya huraikan di dalam artikel mengenai Idea Memanfaatkan Simpanan Emas.

Dealer PG akan mendapat insentif sebanyak 0.3% dari nilai jualan emas (ikut harga PG Buy semasa) kepada pihak PG dan akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda.

5. Insentif Jualan Balik oleh Pelanggan

Sama juga kisahnya sekiranya pelanggan anda membuat jualan balik emas-emas milik mereka kepada pihak PG, anda akan menerima insentif sebanyak 0.3% dari nilai jualan emas pelanggan anda kepada pihak PG dan akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda.

6. Jadi Tokey Emas Tanpa Jual Emas

Untuk jadi Dealer PG, anda perlu membuat belian tertentu dan akan mendapat emas/perak di tangan anda. Sekiranya anda berjaya jual semua emas tersebut kepada sesiapa sahaja hingga tiada langsung emas di tangan anda, status Dealer anda masih kekal.

Apabila ada pelanggan baharu minat nak tahu ILMU EMAS, anda ajar sahaja dengan tenang. Apabila prospek minat nak beli emas, anda ajar cara beli emas dengan PG. Apabila prospek dah jadi pelanggan PG dan beli emas dari PG, anda akan dapat insentif. Di sini anda adalah ‘Introducer’ kepada pelanggan tersebut. Pelanggan tersebut adalah ‘hak’ anda selamanya.

Inilah maksud jadi Tokey emas tanpa jual emas. Anda hanya ajar ilmu emas kepada pelanggan. Yang miliki emas di sini adalah PG. Yang jual emas pun adalah PG. Anda hanya ‘lead’ pelanggan beli emas dengan PG.

7. Berniaga Emas tanpa Ada Kedai Emas

Dealer PG hanya keluarkan modal untuk jadi dealer emas sahaja. Tidak perlu fikir nak cari modal untuk sewa premis atau kedai untuk jalankan perniagaan emas. Anda adalah Dealer PG yang bertugas sebagai penyebar maklumat mengenai pelaburan emas dan pembelian emas dengan cara yang terbaik dan betul. Tugas nak sediakan kedai, sediakan pejabat, sediakan cawangan, sediakan stok emas, sediakan alatan promosi, sediakan sistem dan sebagainya adalah tanggungjawab muktamad pihak PG.

8. Perniagaan 24 Jam

Dalam arus pemodenan dan kemajuan industri komputer dan internet, PG tidak ketinggalan dalam memastikan perniagaan emasnya bergerak selari dengan kehendak pasaran. Sebahagian besar urusniaga PG dijalankan secara atas talian (online). Pelanggan boleh beli emas, jual emas, pajak emas, simpan emas melalui online dengan PG. Dan ianya telah disahkan Patuh Shariah kerana ianya disandarkan 100% oleh emas fizikal. Apabila kita sebut perniagaan online, sudah tentu ianya boleh dikatakan hampir bergerak tanpa henti.

Urusniaga jual beli emas dengan PG boleh dilakukan di mana sahaja setiap masa dengan syarat ada sambungan internet. Hari cuti pun boleh beli emas dengan PG. Tidak pernah tutup kedai online walau pejabat PG beroperasi hanya pada waktu pejabat.

Anda di Timur tanah air, tiada masalah bagi seorang pelanggan untuk membeli emas PG melalui anda walau meraka berada di Barat, Utara, Selatan atau di mana-mana jua mereka berada. Anda cuma perlu ajar pelanggan guna sistem online PG untuk berurusniaga.

9. Ilmu Emas Percuma

Anda akan diberikan orientasi percuma, seminar emas percuma, info-info percuma mengenai emas oleh PG. Kebiasaannya, program-program ini dianjurkan di pejabat-pejabat cawangan PG seluruh Malaysia dengan menampilkan mentor-mentor emas yang berpengalaman sebagai penceramah. Dengan maklumat yang diperoleh dari program-program tersebut, anda dengan bebas boleh mengolah segalanya mengikut kreativiti dan kebijaksanaan anda dan sampaikan kepada masyarakat.

Anda juga digalakkan bekerjasama dan mengenali dealer-dealer PG lain walaupun mereka di dalam rangkaian yang berbeza. Apabila sesuatu perkara dibuat secara ramai-ramai, sudah tentu percambahan idea dan strategi memajukan perniagaan juga akan datang dari pemikiran yang pelbagai.

Selain itu, anda boleh sertai group-group khas media sosial untuk mendapatkan ilmu emas dari mentor-mentor emas PG secara percuma. Contohnya FB Page yang dibuat khas untuk penyertaan dealer-dealer PG sahaja. Di situ anda akan mendapat banyak ilmu mengenai selok-belok, teknik-teknik penyelesaian masalah, teknik close pelanggan, kemaskini maklumat terbaharu, peluang menambahbaik sistem sedia ada, webinar emas dan sebagainya. Paling penting, ianya adalah percuma!.

10. Perniagaan Emas PG Boleh Diwarisi

Sebagai Dealer PG, anda boleh menamakan seseorang (nominee) sebagai orang untuk diamanahkan bagi mewarisi empayar perniagaan anda sekiranya anda tiada kelak (Allah Maha Mengetahui). InshaAllah, hasil usaha anda tidak akan sia-sia dan tidak akan jatuh ke tangan orang lain. Ianya akan diwarisi oleh keluarga terdekat atau orang yang anda percayai.

11. Akses Jana Pendapatan di PG Mall

PG Mall adalah sebuah platform beli-belah online milik Public Gold yang menjual barangan keperluan harian seperti makanan & minuman, pakaian, alat solek, ubat-ubatan, barangan penjagaan bayi, fashion & aksesori, barangan automotif, barang kemas & perhiasan dan sebagainya.

Sebagai seorang Dealer PG, anda secara automatik akan mendapat akses ke PG Mall dan semua pelanggan dan dealer lain dalam rangkaian anda akan menjadi rakan empayar perniagaan anda di dalam pusat perniagaan (business center) di PG Mall.

Di PG Mall, anda juga berpeluang menjana pendapatan pasif dengan hanya mempromosikan PG Mall dan mengajak orang ramai untuk membeli-belah di PG Mall. Untuk maklumat lanjut, baca juga Mengenai PG Mall dan Peluang Jana Pendapatan Pasif Tanpa Modal di PG Mall.

Selepas anda baca artikel ini, anda boleh baca artikel saya mengenai Cara Mudah Menjadi Seorang Dealer PG dan Insentif-Insentif Sebagai Dealer PG.

Nota Tambahan: Terdapat satu lagi pangkat Dealer di dalam PG iaitu Master Dealer (MD) yang tidak saya ulas dalam penulisan ini. PG tidak menawarkan apa-apa pakej belian emas dalam jumlah tertentu untuk melayakkan seseorang terus menjadi MD. Untuk mendapat pangkat MD, seseorang itu wajib menjadi ND atau PD terlebih dahulu. Perlu belajar dahulu, cari pengalaman, buat jualan dalam jumlah tertentu dan perkenalkan pelanggan baharu dalam jumlah tertentu, baru layak dipertimbangkan untuk menjadi seorang MD. Saya beranggapan bahawa MD adalah seseorang yang sudah berpengalaman dalam perniagaan PG dan sudah tahu mengenai kelebihan-kelebihan menjadi dealer, selok belok perniagaan, penggunaan sistem, dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan PG. Oleh itu, saya kongsikan artikel ini khas untuk masyarakat di luar sana tahu mengenai kelebihan-kelebihan dan peluang jana pendapatan tambahan dengan menjadi seorang Dealer PG … Wallahua’lam.Emas Zaman

Jika perlukan maklumat lanjut, sila tinggalkan mesej di ruangan komen di bawah atau hubungi saya di talian emas +010-554 9916. Boleh juga klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing