+6010-554 9916 emaszaman@gmail.com
Akaun Simpanan Emas Di Malaysia

Akaun Simpanan Emas Di Malaysia

Assalamualaikum w.r.t dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca Blog Emas Zaman yang dikasihi. Masih belum terlambat kiranya untuk saya ucapakan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca yang beragama Islam. Dalam keadaan dunia yang masih lagi ‘berperang’ dengan pandemik covid19, saya harapkan anda semua senantiasa berada di dalam keadaan sihat walaafiat dan dilindungi oleh Allah SWT.

Patuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, inshaAllah, kita akan dapat mengurangkan risiko jangkitan covid19 yang masih lagi berada pada tahap membimbangkan hari ini.

Untuk artikel kali ini, saya ingin mengupas mengenai Akaun Simpanan Emas atau Syarikat/Institusi yang menyediakan khidmat jualan emas atau menawarkan khidmat Akaun Simpanan Emas di Malaysia.

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak program atau skim simpanan emas di Malaysia hari ini, kerana kebanyakkan masyarakat kita telah mula sedar akan kelebihan dan manfaat menyimpan emas. Setiap syarikat/institusi menawarkan ciri-ciri yang istimewa untuk menarik perhatian pelanggan membeli dan menyimpan emas keluaran/milik mereka.

Pada asasnya, emas tetap emas. Yang membezakan nilainya adalah ketulenan emas itu. Jika anda memilih untuk membeli emas fizikal, perlu dipastikan anda dapat emas fizikal dan ianya adalah tulen mengikut spesifikasi yang dijanjikan. Manakala, jika anda membuka Akaun Simpanan Emas, anda perlu tahu bahawa anda telah miliki emas, tetapi, emas itu disimpan di syarikat/institusi yang anda pilih itu – dengan kata lain, anda mewakilkan syarikat/institusi itu untuk menyimpan emas yang anda miliki. Sudah pasti dengan syarat-syarat yang tertentu.

Oleh itu, sebagai pembeli emas yang bijak, anda perlu tahu ciri-ciri keistimewaan atau ‘kelemahan’ sesuatu produk emas yang ada sebelum anda bertindak untuk membeli emas fizikal atau membuka akaun simpanan emas. Bukan hanya menilai pada harga yang termurah sahaja.

Di sini saya tiada niat untuk menyebelahi atau mendedahkan kelemahan mana-mana pengeluar emas di Malaysia. Cuma, saya ingin kongsikan beberapa maklumat yang saya kira perlu anda tahu mengenai jenis-jenis pelaburan emas yang ada di Malaysia.

Saya telah membuat beberapa kajian ringkas melalui rujukan dan bacaan dari laman-laman web dan juga media sosial yang menerangkan mengenai ciri-ciri, syarat-syarat dan maklumat mengenai produk emas yang disediakan oleh syarikat/institusi jualan emas di Malaysia.

Anda boleh rujuk jadual berikut untuk melihat perincian setiap jenis pelaburan emas:

Patuh Shariah Ya
Pengeluar Emas Ya (Emas Jenama Public Gold)
Ketulenan 999.9 (24 karat)
Spread (Susut Nilai) 8.36%
Jenis Emas

Jongkong
(1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 100 gram, 250 gram, 1000 gram)

Dinar
(1/2 Dinar, 1 Dinar, 5 Dinar, 10 Dinar)

Kemaskini Harga Setiap 20 minit
Jenis Akaun

1 – Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
2 – Akaun Junior (Bawah 18 Tahun) – Perlu diiringi Akaun Dewasa (Ibu/Bapa/Penjaga)
3 – Akaun Syarikat

*Tidak Perlu akaun lain kerana semua transaksi dilakukan di sistem GAP online.

Belian Minima Pembelian Pertama: RM100 atau 1 gram emas
Pembelian Kedua dan Seterusnya: RM100 atau 1 gram emas
Jual Beli

1 – Online (GAP) 24 Jam Sehari (Tiada Caj)

2 – Pejabat Public Gold & Cawangan Seluruh Malaysia (Waktu Bekerja – Temujanji) (Tiada Caj)

Yuran Simpanan Tiada (Disimpan di Pejabat Public Gold)
Baki Minima Dalam Akaun 1 gram (Jika ingin tutup akaun boleh keluarkan semua emas, tetapi terdapat caj RM50 jika ingin aktifkan semula akaun GAP)
Pindahan Ya (Ke C-Wallet PG Mall)
Penebusan Emas  Pejabat Public Gold & Cawangan Seluruh Malaysia (Waktu Bekerja – Temujanji)
Premium

Penebusan Online:
RM10 – RM20 (Bergantung jenis dan berat emas) – Maksima 21.25 gram emas

Penebusan di Pejabat PG:
Bergantung Berat Emas – Tiada Had Maksima

Caj Penghantaran Gold In Transit (GIT):
Caj RM10 setiap penghantaran + Premium Emas
(atas dasar keselamatan, maksima berat emas untuk GIT adalah 21.25 gram / 5 dinar)
Maklumat lanjut

Maklumat GAP: Klik Sini

Cara Buka Akaun: Klik Sini

 

 

Patuh Shariah Ya
Pengeluar Emas Tidak (Emas Jenama Pengeluar Lain)
Ketulenan 999.9 (24 Karat)
Spread (Susut Nilai) Bawah 100 gram : 2.5%
100 gram ke atas : 1.5%
Jenis Emas Jongkong
(1gram, 5gram, 10gram, 50gram, 100 gram, 1000 gram)
Kemaskini Harga Setiap Hari
Jenis Akaun

1 – Individu
– 18 tahun ke atas
– Bawah 18 Tahun Perlu diiringi Akaun Dewasa (Ibu/Bapa/Penjaga – Akaun Amanah)
– Akaun Bersama (Maksima 4 orang)

2 – Sole Proprietor (Syarikat)

*Perlu ada akaun simpanan/semasa di bank untuk transaksi berkaitan.

Belian Minima Pembelian Pertama: Individu (RM10), Bukan Individu (RM50)
Pembelian Kedua dan Seterusnya: RM10
Jual Beli

1- Online (Maybank2u) dari 8.30 am – 11.59pm Setiap Hari
(Tiada Caj)

2 – Di Kaunter Maybank/Cawangan pada waktu bekerja (RM5.00 setiap transaksi)

Yuran Simpanan Ada (Lantikan Pihak ke-3 dan ada yuran) – Caj simpanan/yuran ejen sehingga 0.5% setahun dari nilai purata emas simpanan di dalam akaun MIGA-i
Baki Minima Dalam Akaun Tiada (Akaun akan ditutup jika tiada baki emas dalam akaun selama 3 tahun)
Pindahan Ya (Ke Akaun MIGA-i lain)
Penebusan Emas  Di Cawangan Maybank Terpilih/Tertentu
(Waktu Bekerja – Temujanji)
Premium 1 gram : RM25.00
5 gram : RM37.50
10 gram : RM65.00
50 gram : RM250.00
100 gram : RM350.00
1000 gram : RM1,150.00
Caj Penghantaran

Penghantaran Biasa:
RM17.75 (Semenanjung), RM23.75 (Sabah & Sarawak) bagi setiap Penghantaran
Insuran: RM2 setiap gram
Minima: 1 gram
Maksima: 100 gram

Penghantaran Khas:
RM1000.00 (Semenanjung), RM2,200.00 (Sabah & Sarawak) bagi setiap Penghantaran
Semenanjung: Minima: 500 gram , Maksima: 3000 gram Sabah & Sarawak: Minima 1000 gram, Maksima 3000 gram

Maklumat lanjut

Laman Web: Klik Sini

Kadar Harga: Klik Sini

Terma & Syarat: Klik Sini

Patuh Shariah Ya
Pengeluar Emas Tidak (Emas Jenama Pengeluar Lain)
Ketulenan 99.99% (24 Karat)
Spread (Susut Nilai) Fizikal: 10.2%
Akaun Emas: 7%
Jenis Emas

Fizikal: Jongkong 5 gram,10 gram,20 gram,50 gram dan 100 gram

Akaun: RM10 atau 1 gram

Kemaskini Harga Setiap Hari
Jenis Akaun

1 – Individu
Individu 18 tahun ke atas. Bawah 18 Tahun Perlu diiringi Akaun Dewasa (Ibu/Bapa/Penjaga – Akaun Amanah)

2 – Bukan Individu (Syarikat, Persatuan, Kelab dsb.)

*Perlu ada akaun simpanan/semasa di bank untuk transaksi berkaitan.

Belian Minima

Fizikal: Jongkong 5 gram,10 gram,20 gram,50 gram dan 100 gram

Akaun: RM10 atau 1 gram

Jual Beli Emas Fizikal: Belian Dari Bank
Akaun Emas:
Kaunter Bank (hari bekerja)
Online (24 jam)
Yuran Simpanan Akaun Emas: Tiada
Emas Fizikal: RM5 / Transaksi
Baki Minima Dalam Akaun 1 gram
Pindahan Tiada
Penebusan Emas  Emas Fizikal: Di Cawangan Bank Muamalat Terpilih (Pengiraan tertentu)
Premium Tiada Maklumat
Caj Penghantaran Tiada Khidmat Penghantaran
Maklumat lanjut

Harga Emas: Klik Sini

Penerangan: Klik Sini

Brosur: Klik Sini

 

Patuh Shariah Ya
Pengeluar Emas Tidak (Emas Jenama Pengeluar Lain)
Ketulenan 99.99% (24 Karat)
Spread (Susut Nilai) Tiada Maklumat
Jenis Emas Dimaklumkan terdapat emas 5gram, 10 gram, 50 gram)
Kemaskini Harga Setiap Hari
Jenis Akaun

1 – Individu
Individu 18 tahun ke atas. Bawah 18 Tahun Perlu diiringi Akaun Dewasa (Ibu/Bapa/Penjaga – Akaun Amanah)

2 – Bukan Individu (Syarikat, Persatuan, Kelab dsb.)

*Perlu ada akaun simpanan/semasa di bank untuk transaksi berkaitan.

Belian Minima RM10 atau 1 gram
Jual Beli Di kaunter Bank (Waktu Bekerja)
Yuran Simpanan Tiada Yuran Simpanan
Ada caj untuk tebus emas fizikal (harga emas fizikal semasa – harga emas akaun semasa)
– Caj Transaksi RM10
Baki Minima Dalam Akaun 1 gram
Pindahan Tiada
Penebusan Emas  Emas Fizikal: Di Cawangan Affin Bank
– Perlu Maklumkan 5 hari lebih awal
– Pengiraan tertentu
Premium Tiada Maklumat
Caj Penghantaran Tiada Khidmat Penghantaran
Maklumat lanjut

Laman Web: Klik Sini

Terma & Syarat: Klik Sini

Penerangan: Klik Sini

Brosur: Klik Sini

 

Patuh Shariah Ya
Pengeluar Emas Tidak (Emas Jenama Pengeluar Lain)
Ketulenan 99.99%
Spread (Susut Nilai) 8.2% – 11.8%
Jenis Emas Tiada Maklumat
Kemaskini Harga Setiap Hari
Jenis Akaun

1 – Individu
Individu 18 tahun ke atas. Bawah 18 Tahun Perlu diiringi Akaun Dewasa (Ibu/Bapa/Penjaga – Akaun Amanah)

2 – Bukan Individu

Belian Minima 10 gram (gandaan 5 gram untuk belian seterusnya)
Jual Beli Di kaunter Bank (Waktu Bekerja)
Yuran Simpanan

Ada Yuran Simpanan & Takaful

(Pengiraan Tertentu)

Baki Minima Dalam Akaun 10gram
Pindahan Tiada
Penebusan Emas  Di Cawangan Bank Alrajhi (Perlu dimaklumkan 3 hari lebih awal)
Premium Tiada Maklumat
Caj Penghantaran Tiada Khidmat Penghantaran
Maklumat lanjut

Laman Web: Klik Sini

Kadar Harga: Klik Sini

Penerangan: Klik Sini

Terma & Syarat: Klik Sini

 

Patuh Shariah Ya
Pengeluar Emas Ya (Emas Keluaran KFH)
Ketulenan 99.50%
Spread (Susut Nilai) 4.70%
Jenis Emas 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram
Kemaskini Harga Tiada Maklumat
Jenis Akaun

1 – Individu
Individu 18 tahun ke atas. Bawah 18 Tahun Perlu diiringi Akaun Dewasa (Ibu/Bapa/Penjaga – Akaun Amanah)

2 – Bukan Individu (Syarikat, Persatuan, Kelab dsb.)

Belian Minima 10 gram (Individu)
50 gram (bukan individu)
Jual Beli Di Kaunter KFH
Yuran Simpanan Tiada Yuran
Baki Minima Dalam Akaun 2 gram
Pindahan Tiada
Penebusan Emas  Di Kaunter KFH
Premium Tiada Maklumat
Caj Penghantaran Tiada Khidmat Penghantaran
Maklumat lanjut

Laman Web: Klik Sini

Harga Emas: Klik Sini

 

 

Patuh Shariah Ya
Pengeluar Emas Tidak (Emas Jenama Pengeluar Lain)
Ketulenan 99.99%
Spread (Susut Nilai) 6.5%
Jenis Emas Pelbagai Saiz
Kemaskini Harga Setiap Hari
Jenis Akaun Gold Savings Account
Gold Advance
Gold Leverage
Belian Minima RM10
Jual Beli Online
Yuran Simpanan Emas disimpan di BRINKS Singapura (tiada maklumat yuran simpanan)
Baki Minima Dalam Akaun RM10
Pindahan International Worldwide Transfer (Currency)
Penebusan Emas  Di Pejabat Quantum Metal
Premium Tiada Maklumat
Caj Penghantaran Tiada Khidmat Penghantaran
Maklumat lanjut Laman Web: Klik Sini

 

Patuh Shariah Ya
Pengeluar Emas Tidak (Emas Jenama Pengeluar Lain)
Ketulenan 99.99%
Spread (Susut Nilai) Tiada Maklumat
Jenis Emas 1 gram, 5 gram, 50 gram, 100 gram, 1000 gram
Kemaskini Harga Setiap Hari
Jenis Akaun GOLDINA Precious Metal Mobile Store
Belian Minima RM1
Jual Beli Online (Goldina Apps) (Apps Store & Playstore)
Yuran Simpanan Tiada Maklumat
Baki Minima Dalam Akaun RM1
Pindahan Ya (ke akaun Goldina lain)
Penebusan Emas 

Melalui Ejen yang dilantik oleh Goldina

Melalui Penghantaran

Premium Ada (Ditentukan oleh pengeluar Emas)
Caj Penghantaran Ada
Maklumat lanjut

Laman Web: Klik Sini

Terma & Syarat: Klik Sini

 

Patuh Shariah Ya
Pengeluar Emas Tidak (Emas Jenama Pengeluar Lain)
Ketulenan 99.99%
Spread (Susut Nilai) Tiada Maklumat
Jenis Emas 1 gram dan gandaan 1 gram
Kemaskini Harga Setiap 5 Minit
Jenis Akaun HelloGold Basic Account
HelloGold Pro Account
Belian Minima RM1
Jual Beli Online (Hellogold Apps) (Apps Store & Playstore)
Yuran Simpanan 2% setahun (per annum)
Baki Minima Dalam Akaun RM1
Pindahan Ya (Ke akaun HelloGold lain)
Penebusan Emas  Penebusan Secara Online dan akan dihantar oleh HelloGold kepada pemegang akaun
Premium Ada
Caj Penghantaran Ada
Maklumat lanjut

Laman Web: Klik Sini

Penerangan: Klik Sini

Terma & Syarat: Klik Sini

Patuh Shariah Ya
Pengeluar Emas Ya (Emas Jenama KAB Gold)
Ketulenan 999.9 (24 Karat)
Spread (Susut Nilai) 9.3%
Jenis Emas Jongkong & Dinar
Kemaskini Harga Setiap Hari (12 Malam)
Jenis Akaun Uncang Emas
Belian Minima 0.25 gram
Jual Beli Online
Yuran Simpanan Tiada
Baki Minima Dalam Akaun Tiada
Pindahan Tiada Maklumat
Penebusan Emas  Di Pejabat KAB Gold ATAU Secara Penghantaran
Premium RM10 – RM250 (Bergantung pada jenis dan berat emas) : 1 gram – 1000 gram ATAU 1/2 Dinar – 10 Dinar
Caj Penghantaran Ada Khidmat Penghantaran (Caj: Tiada Maklumat)
Maklumat lanjut

Laman Web: Klik Sini

Hubungi: Klik Sini

Baiklah, setelah anda lihat ciri-ciri pelaburan emas pada jadual di atas, saya harapkan anda telah faham atau sekurang-kurangnya dapat menilai sedikit sebanyak mengenai perbezaan dari segi kelebihan atau kekurangan setiap jenis pelaburan emas yang ada di Malaysia.

Sebagai seorang Muslim, yang paling penting adalah sesebuah pelaburan itu wajib Patuh Shariah. Oleh yang demikian, apa yang saya kongsikan di atas adalah dari syarikat/institusi jualan emas di Malaysia yang menawarkan jual beli yang Patuh Shariah.

Ok, setelah anda tahu dan faham, akhirnya keputusan untuk memilih adalah di tangan anda. Perlu dinilai juga tahap kemampuan kita untuk menyimpan/melabur. Seperti yang saya selalu kongsikan, nak beli emas ni bukan wajib, ianya adalah satu pilihan/idea untuk anda ubah cara simpanan dari wang kertas kepada emas. Dan wang yang digunakan untuk beli emas ni perlu dari wang lebihan atau wang untuk disimpan, bukan wang kegunaan harian atau wang yang akan diguna dalam masa terdekat.

“Tepuk Dada, Tanya Selera!”

“Tepuk Poket, Tanya Bajet!”

Selamat Membaca 🙂

 

Penafian:

1 – Segala maklumat yang dikongsikan adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi dari laman web atau media sosial sesebuah syarikat/institusi jualan emas pada ketika artikel ini ditulis (16 April 2021, Jam 7.05pm)

2 – Segala perubahan atau kemaskini oleh syarikat/institusi jualan emas yang terdapat di dalam artikel ini adalah bukan tanggungjawab dan di luar kawalan Emas Zaman.

3 – Setiap ‘link’ laman web yang dikongsikan adalah betul pada masa artikel ini ditulis – Sekiranya berlaku pertukaran pada masa hadapan, ianya juga bukan tanggungjawab atau di luar kawalan Emas Zaman.

4. Sekiranya terdapat kemusykilan dari mana-mana maklumat yang dikongsikan, anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan syarikat/institusi tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas, sahih dan tepat.

5 – Sekiranya ada di antara anda yang mendapati terdapat kesalahan maklumat yang kongsikan, jasa baik anda untuk memaklumkan kepada Emas Zaman amatlah dihargai.

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing

Cara Menabung Emas

Cara Menabung Emas

 

Di sini saya akan menunjukkan cara-cara untuk membuka akaun simpanan Emas Gold Gold Accumulation Program (GAP). Ianya boleh dilakukan dari komputer, telefon pintar atau tablet yang ada akses internet.

 

Langkah 1:

Rujuk harga emas semasa di laman web PUBLIC GOLD dengan klik DI SINI. Terdapat paparan berat emas semasa untuk RM100 dan juga harga semasa untuk emas seberat 1 gram.

 

Harga pada 24 Feb 2021. Jam 11.56PM

Langkah 2: 

 

Tekan DI SINI untuk mendaftar. Anda akan dibawa ke bahagian pendaftaran Public Gold.

 

Langkah 3:

Pada laman borang pendaftaran, sila isi NAMA, NOMBOR IC, EMEL , NOMBOR TELEFON, PREFERRED BRANCH (pilih cawangan yang berdekatan dengan anda agar senang untuk berurusan di kemudian hari) dan PASSWORD. Kemudian tekan butang ‘SUBMIT‘.

Langkah 4:

Setelah selesai proses pendaftaran, sila tunggu beberapa minit, anda akan menerima emel dari Public Gold mengandungi Username dan Password untuk anda gunakan semasa LOGIN ke sistem Public Gold.

*Username anda adalah PG CODE (PG00XXXXXX) manakala Password pada kebiasaannya adalah nombor IC anda ATAU apa-apa sahaja yang telah anda masukkan semasa pendaftaran.

Rujuk gambar di bawah:

 Contoh emel dari Public Gold yang anda akan terima setelah selesai proses pendaftaran

Langkah 5:

Selepas lebih kurang 5 minit, layari www.publicgold.com.my dan tekan butang ‘LOGIN’ pada menu.

Langkah 6:

Masukkan PG Code dan Password anda dan klik ‘LOGIN’

 

Langkah 7:

Di dalam menu, klik ‘MY GAP’. Kemudian, sistem akan membawa anda akan ke laman web GAP.

Langkah 8:

Pada laman web GAP, Klik ‘Go to New Site’. Anda di bawah ke ‘Dashboard’ GAP.

Langkah 9:

Pada dashboard GAP, Klik ‘BUY GAP NOW’ (atau boleh tekan ‘BUY SAP NOW’ jika ingin membeli Silver). Kemudian, anda akan di bawa ke laman untuk memilih cara pembayaran.

 Langkah 10: 

Pada laman untuk membuat pembayaran, anda diberi dua (2) pilihan untuk cara pembayaran, iaitu dengan mengunakan FPX atau secara Bank In (kebiasaannya di mesin ATM). Jika anda memilih FPX, proses pembayarannya adalah seperti biasa anda membuat bayaran semasa bershopping online. Sekiranya anda memilih pembayaran melalui Bank In, anda perlu memuat naik (upload) resit atau bukti pembayaran ke sistem GAP kemudian. Saya sarankan anda gunakan FPX kerana prosesnya lebih cepat dan pengesahan oleh staff Public Gold juga lebih cepat berbanding dengan proses Bank In.

Setelah klik ‘Next‘, anda akan di bawa ke paparan berikut: Di sini anda boleh memilih sama ada ingin membeli GAP sebanyak RM100 (sistem akan tunjuk berat emas semasa dengan nilai RM100) ATAU membeli GAP seberat 1 Gram (masukkan nilai RM semasa).

 

Selepas tekan Place Order, anda akan dibawa ke laman untuk pembayaran. Di sini, anda perlu memilih bank anda, masukkan jumlah pembayaran, dan buat pembayaran. Setelah itu…. SELESAI!….

 

 

 

 

Setelah selesai proses pembelian GAP, Public Gold akan mengambil masa selama maksima 48 jam untuk mengesahkan pembelian tersebut. Setelah itu, anda akan dapat melihat jumlah berat EMAS yang terdapat di dalam akaun anda di dalam akaun GAP. Anda hanya perlu ulangi proses untuk LOGIN dan klik MY GAP seperti langkah-langkah di atas. Anda juga boleh melihat sejarah transaksi anda pada akaun GAP.

Nota tambahan: Terdapat juga akaun simpanan silver (perak) dikenali sebagai Program Akumulasi Silver/Silver Accumulation Program – SAP. Sekiranya anda nak tahu, silver juga besar potensinya untuk menjadi satu ‘alat’ untuk pelaburan. Jika berminat untuk beli Silver, anda hanya perlu gunakan akaun yang sama dan ikuti langkah di atas untuk buat pembelian, cuma, semasa pilihan membeli, pilih bahagian ‘BUY SAP NOW’ dan ikuti langkah yang sama seperti di atas.

SENANG BUKAN 🙂

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman:

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing

Tabung Emas GAP

Tabung Emas GAP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca blog Emas Zaman sekalian. Semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat dan berbahagia di samping keluarga.

Artikel ini bertujuan memaklumkan orang ramai tentang kemudahan menabung EMAS melalui program yang dibangunkan oleh Public Gold. Program ini dikenali sebagai ‘Gold Accumulation Program (GAP)’ atau dengan bahasa mudah yang kita fahami, ianya adalah sebuah Tabung Emas secara online. Belian EMAS boleh dibuat bila-bila masa berdasarkan harga EMAS semasa.

Ianya berkonsepkan sama seperti akaun simpanan anda semua di bank-bank yang ada di Malaysia. Cuma, melalui GAP, setiap RM yang anda simpan (beli EMAS) akan ditukarkan kepada berat EMAS mengikut harga semasa. Apa yang menariknya, anda boleh mula menabung EMAS dengan hanya bermodalkan RM100 dan ianya ditukar kepada berat EMAS lebih kurang 0.4XXX gram (mengikut harga semasa). Harga EMAS semasa boleh dilihat di laman web Public Gold. Rujuk gambar untuk melihat contoh harga EMAS semasa GAP Public Gold.

Program ini disokong 100% oleh EMAS fizikal. EMAS yang anda beli akan disimpan oleh Public Gold secara PERCUMA. Apabila cukup jumlah berat minima untuk pengeluaran, pembeli boleh MENGELUARKAN EMAS yang telah telah dikumpulkan di dalam akaun GAP ke dalam bentuk EMAS fizikal di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh negara.

Selain itu, anda juga boleh menjual semula EMAS simpanan anda di dalam akaun GAP kepada Public Gold dengan harga PG BUY semasa. Semua EMAS mempunyai harga WE SELL dan WE BUY. Beza harga WE SELL dan WE BUY dikenali sebagai SPREAD. Rujuk DI SINI untuk memahami dengan lebih lanjut SPREAD EMAS. Dengan bahasa biasa, ianya adalah SUSUT NILAI EMAS.

Harga WE SELL : Harga jualan EMAS oleh Kedai EMAS

Harga WE BUY : Harga belian EMAS oleh Kedai EMAS dari sesiapa sahaja yang ingin menjual.

SPREAD : Perbezaan harga WE SELL dan WE BUY.

Antara ciri-ciri & kelebihan GAP ialah:

  • Patuh Shariah: GAP telah dianugerahkan Sijil Patuh Shariah oleh Amanie Advisors. Rujuk DI SINI untuk paparan Sijil Patuh Shariah Public Gold.
  • Pengumpulan EMAS fizikal dengan ketulenan Au999.9 (24 Karat)
  • Pembelian minimum RM100 ATAU pun 1 gram (mengikut harga semasa)
  • Pembelian ini kemudiannya akan ditukarkan kepada berat EMAS sehingga 4 titik perpuluhan (eg. 0.0001 gram).
  • Disokong 100% oleh emas fizikal Au999.9 (EMAS anda di simpan di Pejabat Public Gold secara PERCUMA).
  • Tiada yuran simpanan
  • Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja (Sekiranya anda ingin keluarkan 1 gram EMAS fizikal, perlu ada sekurang-kurangnya 2 gram di dalam akaun GAP kerana baki 1 gram perlu ada di dalam akaun untuk akaun kekal aktif. Walau bagaimanapun, anda boleh keluarkan semua EMAS anda dengan cara menutup akaun GAP. Namun, harus diingat, terdapat caj tambahan sekiranya anda ingin mengaktifkan kembali akaun GAP anda.
  • Pengeluaran sekurang-kurangnya 1 gram EMAS fizikal (EMAS Public Gold yang paling kecil adalah seberat 1 gram. Maka anda tidak boleh keluarkan EMAS seberat kurang dari 1 gram, contohnya, 0.4999 gram).
  • Akaun bersama antara ibu bapa dan anak-anak disediakan (Junior Account)
  • Arahan tetap bulanan disediakan (monthly standing instruction) (Potongan dari akaun bank anda untuk beli EMAS secara bulanan).
  • Diaudit oleh juruaudit bebas
  • Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun

Maklumat Tambahan:

  • Anda boleh simpan sedikit demi sedikit (minima RM100) sehinggalah berat EMAS dalam akaun anda sampai ke tahap yang diinginkan (menabung dalam bentuk EMAS berbading RM)
  • Anda boleh keluarkan EMAS fizikal daripada akaun GAP dan dapat EMAS FIZIKAL dalam tangan anda.
  • Bagi mereka yang bermodal rendah, tetapi ingin memiliki EMAS, akaun GAP sangat membantu.
  • Anda boleh mohon EMAS yang anda keluarkan untuk dihantar ke alamat anda. Public Gold akan kurier EMAS anda dengan dilindungi insurans 100% melalui Khidmat Gold In Transit (Pertama di Malaysia). Anda tidak perlu risau EMAS anda hilang kerana ianya dilindungi oleh insurans.

(Terdapat syarikat yang jual emas, tapi tidak menginsurankan EMAS pelanggan. Jika hilang EMAS ini ketika penghantaran. Risikonya pelanggan tanggung 100%)

  • Anda boleh minta Public Gold untuk hantar jongkong emas serendah 1g, 10gram, 20gram, 1/2 Dinar, 1 Dinar dan 5 Dinar . Rujuk DI SINI untuk senarai produk EMAS Public Gold.

Menarik bukan?.

Sering terdapat persoalan sama ada pemegang akaun perlu ke beli EMAS setiap bulan dengan GAP? Jawapannya adalah TIDAK. Beli EMAS hanya ketika ada kemampuan. Jika masih belum mampu, boleh beli kemudian hari. Ini yang dikatakan TABUNG EMAS. Kerana menyimpan EMAS mengikut kemampuan anda semua. Jika tidak mampu RM100 sebulan, InshaAllah boleh diusahakan untuk simpan RM100 setiap 2 atau 3 bulan.

Berminat nak buka akaun GAP? Klik DI SINI untuk cara-cara mudah membuka akaun dan membeli EMAS melalui GAP.

Sekiranya masih terdapat persoalan, klik butang-butang di bawah untuk hubungi Emas Zaman melalui whatsapp atau Facebook:

   

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing