+6010-554 9916 emaszaman@gmail.com
PG Gold Museum

PG Gold Museum

PG Gold Museum adalah platform shopping pelbagai jenis koleksi produk emas dan perak. Ianya terdiri dari produk-produk jongkong emas dan dinar koleksi-koleksi klasik, koleksi terhad (limited), perayaan, hadiah dan sebagainya.

Terdapat juga syiling-syiling emas dan perak yang popular seperti China Gold/Silver Panda Coin dan syiling perak Perth Mint Australian Lunar dijual di store PG Gold Museum dengan kuantiti terhad kerana produk-produk ini agak ‘rare’.

Berikut merupakan antara produk yang terdapat di PG Gold Museum. Klik Gambar untuk penerangan terperinci setiap produk dan klik butang ‘Lihat Lagi’ untuk melihat produk-produk lain di PG Gold Museum.

Public Gold LBMA Bullion Bar PG 1g (Au 999.9) 24K – Malaysia’s 8th Prime Minister

Public Gold Bullion Bar PG 1G (Au 999.9) – Raya 2021

Public Gold LBMA Bullion Bar PG 1g (Au 999.9) 24K – Tun M & PM8

China Gold Panda Coin 2018 8g

Public Gold Bullion Bar 1g (Au 999.9) – Masjidil Haram-Mekah

China Silver Panda Coin 2020 – 30g

Public Gold LBMA Bullion Bar PG 0.5g (Au 999.9) 24K – KLCC

Perth Mint Australian Lunar Series II 2018 Year Of The Dog 1oz Silver Proof Coins

Pelanggan PG Gold Museum juga akan menikmati penghantaran yang berinsuran bagi semua jenis barang yang dibeli, terus ke alamat pelanggan.

Untuk membuat pembelian di PG Gold Museum, anda perlu menjadi ‘Shopper’ berdaftar di PG Mall terlebih dahulu. Daftar PERCUMA sebagai Shopper dengan menekan butang pendaftaran di bawah.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila tinggalkan mesej di ruangan komen di bawah atau hubungi saya di talian emas +010-554 9916. Boleh juga klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing

PG Jewel

PG Jewel

Tekan gambar untuk melihat penerangan terperinci.

PG Jewel adalah platform beli-belah barang kemas online yang menyediakan jualan pelbagai jenis barang kemas berketulenan 916 (22 karat) keluaran Public Gold.

Sasaran utama PG Jewel adalah menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada para pelanggan untuk membeli barang perhiasan emas berketulenan tinggi dengan harga kilang tanpa harga tersembunyi.

Pelanggan PG Jewel akan menikmati penghantaran emas yang berinsuran bagi semua jenis barang kemas yang dibeli, terus ke alamat pelanggan.

PG Jewel adalah ‘Kedai Rasmi’ (official store) di PG Mall bagi penjualan barang kemas keluaran Public Gold. Anda boleh melayari Kedai PG Jewel dan melihat barang-barang kemas dengan rekabentuk terkini dan moden dengan menekan butang di bawah.

Untuk membuat pembelian di PG Jewel, anda perlu menjadi ‘Shopper’ berdaftar di PG Mall terlebih dahulu. Daftar PERCUMA sebagai Shopper dengan menekan butang pendaftaran di bawah.

Nak Beli Secara Bayaran Penuh?

Nak Beli Secara Ansuran?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila tinggalkan mesej di ruangan komen di bawah atau hubungi saya di talian emas +010-554 9916. Boleh juga klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing

Syiling & Emas

Syiling & Emas

Pengenalan

Artikel kali ini ringkas sahaja di mana saya nak kongsikan satu pendapat dan idea bagaimana untuk memiliki emas dengan cara yang agak perlahan tanpa mengusik duit gaji atau simpanan anda secara langsung. Caranya adalah dengan mengambil berat akan kuasa duit syiling. Bagaimana tu?

Bahasa mudah adalah jangan abaikan duit syiling walau nilainya kecil. Jumpa atas lantai di rumah. bawah sofa ketika menyapu, tepi-tepi longkang rumah atau sebagainya, jangan dibiarkan. Ambil dan simpan dalam satu bekas khas. Anda tidak akan sedar bila syiling itu sudah penuh di dalam sesuatu bekas simpanan.

Mungkin juga kebanyakan atau segelintir dari kita hari ini rasa buang masa saja mengumpul syiling ni. Kalau zaman kanak-kanak dahulu, pantang jumpa duit syiling, seronoknya bukan kepalang walau hanya jumpa syiling 10 sen. Hari ini? Jumpa 50 sen pun tak berapa nak pandang? Kenapa? Jelas menggambarkan betapa nilai duit semakin susut!.

Pupuk Semangat Menabung

 

Bila anda pupuk sikap mengambil berat terhadap syiling, inshaAllah, hasil yang anda bakal dapat, walaupun tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya ada. Anda cuba dulu simpan duit-duit syiling yang anda jumpa di mana-mana tempat di rumah anda. Ada lebihan baki dari belian mana-mana, simpan juga syiling tu. Pastikan simpan di dalam satu tempat khas. Tidak kira tempat berupa apa, contohnya tabung, bekas, kotak kecil atau sebagainya. Lama kelamaan, percayalah, sikap ini akan menjadi suatu yang akan dilakukan secara rutin.

Lama tidak lah lama sangat, anda akan nampak syiling-syiling anda semakin banyak. Bila syudah makin banyak, katakan apabila dikira-kira nilainya sudah RM20.30. Anda cari ‘plastik aiskrim malaysia’, masukkan syiling-syiling tadi RM10 setiap satu plastik aiskrim. Bermakna anda akan ada 2 plastik aiskrim berisi syiling bernilai RM10 setiap satu dan baki 30 sen terus simpan lagi di dalam tabung syiling anda.

Teruskan aktiviti menabung dari apa jua sumber milik anda. Jangan pula jumpa syiling di luar yang bukan milik anda pun anda simpan, ini tidak berapa baik. Elok dimasukkan ke tabung-tabung masjid/surau jika tidak tahu siapa pemiliknya.

Teruskan Mengumpul

Kembali kita kepada aktiviti kumpul syiling. Katakan suatu hari nanti, bila dah dikira-kira syiling anda, jumlah yang ada adalah RM80.90. Wow!… ulangi langkah masukkan ke dalam plastik aiskrim tadi RM10 setiap satu. Anda sudah ada 10 paket (tambah 2 paket yang awal-awal tadi) yang bernilai RM10 setiap satu, bermakna jumlah keseluruhan syiling anda dah jadi RM100?.

Nak buat apa RM100 ni? – RM100 ni anda boleh guna untuk apa sahaja yang anda inginkan. Namun, memandangkan ianya adalah hasil tabungan syiling yang anda usahakan sekian lama, dan bukannya diambil secara langsung dari gaji anda, apa kata anda ubah syiling-syiling anda tu kepada sesuatu yang sangat bernilai… Apa tu? Ya, guna RM100 tu untuk beli emas berketulen 999.9 – 24 karat!

Beli Emas Dari Hasil Simpanan Syiling

Boleh ke beli emas dengan nilai RM100? Sudah Tentu Boleh!…. Sejak adanya Akaun Simpan Emas GAP Public Gold, anda dah boleh mula simpan emas sedikit demi sedikit dengan modal permulaan hanya RM100. Nak tahu bagaimana nak mula menabung emas? Sila klik dan baca DI SINI.

Nah, sekarang nampak tak? Jika anda terapkan sedikit sahaja sikap ‘rajin’ dan menghargai, anda akan dapat hasil yang sangat bermanfaat. Bila dah mula menabung emas, inshaAllah satu perasaan lain dari ‘aura’ emas tadi akan meresap ke dalam sanubari anda.

Teruskan kumpul syiling dan ulangi proses membeli emas dengan nilai RM100 hingga bila-bila. InshaAllah, bermula dari syiling 10 sen, anda akan dapat simpan hingga RM100. Bermula dari RM100 nilai emas, anda akan ada banyak emas suatu hari nanti. Baca juga Idea Memanfaatkan Simpanan Emas untuk mengetahui apa gunanya emas simpanan tu nanti.

Nota Tambahan: Penulisan ini hanyalah cadangan dan idea untuk memupuk semangat menabung dan cintakan emas demi kesenangan di masa hadapan. InshaAllah. Apa jua bentuk simpanan yang bermanfaat adalah sesuatu yang baik. Simpan ikut kemampuan dan kreativiti anda dan beli emas gunakan duit simpanan, jangan guna duit untuk dipakai, atau sanggup buat pinjaman semata-mata nak miliki emas tanpa tahu ILMU EMAS. – Emas Zaman

Jika perlukan maklumat lanjut, sila tinggalkan mesej di ruangan komen di bawah atau hubungi saya di talian emas +010-554 9916. Boleh juga klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing