+6010-554 9916 emaszaman@gmail.com
Syiling & Emas

Syiling & Emas

Pengenalan

Artikel kali ini ringkas sahaja di mana saya nak kongsikan satu pendapat dan idea bagaimana untuk memiliki emas dengan cara yang agak perlahan tanpa mengusik duit gaji atau simpanan anda secara langsung. Caranya adalah dengan mengambil berat akan kuasa duit syiling. Bagaimana tu?

Bahasa mudah adalah jangan abaikan duit syiling walau nilainya kecil. Jumpa atas lantai di rumah. bawah sofa ketika menyapu, tepi-tepi longkang rumah atau sebagainya, jangan dibiarkan. Ambil dan simpan dalam satu bekas khas. Anda tidak akan sedar bila syiling itu sudah penuh di dalam sesuatu bekas simpanan.

Mungkin juga kebanyakan atau segelintir dari kita hari ini rasa buang masa saja mengumpul syiling ni. Kalau zaman kanak-kanak dahulu, pantang jumpa duit syiling, seronoknya bukan kepalang walau hanya jumpa syiling 10 sen. Hari ini? Jumpa 50 sen pun tak berapa nak pandang? Kenapa? Jelas menggambarkan betapa nilai duit semakin susut!.

Pupuk Semangat Menabung

 

Bila anda pupuk sikap mengambil berat terhadap syiling, inshaAllah, hasil yang anda bakal dapat, walaupun tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya ada. Anda cuba dulu simpan duit-duit syiling yang anda jumpa di mana-mana tempat di rumah anda. Ada lebihan baki dari belian mana-mana, simpan juga syiling tu. Pastikan simpan di dalam satu tempat khas. Tidak kira tempat berupa apa, contohnya tabung, bekas, kotak kecil atau sebagainya. Lama kelamaan, percayalah, sikap ini akan menjadi suatu yang akan dilakukan secara rutin.

Lama tidak lah lama sangat, anda akan nampak syiling-syiling anda semakin banyak. Bila syudah makin banyak, katakan apabila dikira-kira nilainya sudah RM20.30. Anda cari ‘plastik aiskrim malaysia’, masukkan syiling-syiling tadi RM10 setiap satu plastik aiskrim. Bermakna anda akan ada 2 plastik aiskrim berisi syiling bernilai RM10 setiap satu dan baki 30 sen terus simpan lagi di dalam tabung syiling anda.

Teruskan aktiviti menabung dari apa jua sumber milik anda. Jangan pula jumpa syiling di luar yang bukan milik anda pun anda simpan, ini tidak berapa baik. Elok dimasukkan ke tabung-tabung masjid/surau jika tidak tahu siapa pemiliknya.

Teruskan Mengumpul

Kembali kita kepada aktiviti kumpul syiling. Katakan suatu hari nanti, bila dah dikira-kira syiling anda, jumlah yang ada adalah RM80.90. Wow!… ulangi langkah masukkan ke dalam plastik aiskrim tadi RM10 setiap satu. Anda sudah ada 10 paket (tambah 2 paket yang awal-awal tadi) yang bernilai RM10 setiap satu, bermakna jumlah keseluruhan syiling anda dah jadi RM100?.

Nak buat apa RM100 ni? – RM100 ni anda boleh guna untuk apa sahaja yang anda inginkan. Namun, memandangkan ianya adalah hasil tabungan syiling yang anda usahakan sekian lama, dan bukannya diambil secara langsung dari gaji anda, apa kata anda ubah syiling-syiling anda tu kepada sesuatu yang sangat bernilai… Apa tu? Ya, guna RM100 tu untuk beli emas berketulen 999.9 – 24 karat!

Beli Emas Dari Hasil Simpanan Syiling

Boleh ke beli emas dengan nilai RM100? Sudah Tentu Boleh!…. Sejak adanya Akaun Simpan Emas GAP Public Gold, anda dah boleh mula simpan emas sedikit demi sedikit dengan modal permulaan hanya RM100. Nak tahu bagaimana nak mula menabung emas? Sila klik dan baca DI SINI.

Nah, sekarang nampak tak? Jika anda terapkan sedikit sahaja sikap ‘rajin’ dan menghargai, anda akan dapat hasil yang sangat bermanfaat. Bila dah mula menabung emas, inshaAllah satu perasaan lain dari ‘aura’ emas tadi akan meresap ke dalam sanubari anda.

Teruskan kumpul syiling dan ulangi proses membeli emas dengan nilai RM100 hingga bila-bila. InshaAllah, bermula dari syiling 10 sen, anda akan dapat simpan hingga RM100. Bermula dari RM100 nilai emas, anda akan ada banyak emas suatu hari nanti. Baca juga Idea Memanfaatkan Simpanan Emas untuk mengetahui apa gunanya emas simpanan tu nanti.

Nota Tambahan: Penulisan ini hanyalah cadangan dan idea untuk memupuk semangat menabung dan cintakan emas demi kesenangan di masa hadapan. InshaAllah. Apa jua bentuk simpanan yang bermanfaat adalah sesuatu yang baik. Simpan ikut kemampuan dan kreativiti anda dan beli emas gunakan duit simpanan, jangan guna duit untuk dipakai, atau sanggup buat pinjaman semata-mata nak miliki emas tanpa tahu ILMU EMAS. – Emas Zaman

Jika perlukan maklumat lanjut, sila tinggalkan mesej di ruangan komen di bawah atau hubungi saya di talian emas +010-554 9916. Boleh juga klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing

Idea Memanfaatkan Simpanan Emas

Idea Memanfaatkan Simpanan Emas

Ramai antara kita yang mungkin pernah atau sedang menghadapi perkara – perkara berikut:

(i) Sukar nak kekalkan simpanan – kerja dah lama, tapi simpanan 1 bulan gaji pun tidak ada!

(ii) Tidak ada simpanan untuk kegunaan ketika kecemasan!

(iii) Duit yang disimpan selalu terguna pada perkara-perkara yang tidak penting!

(iv) Duit ada tapi tak tahu macam mana nak simpan atau labur dalam bentuk apa!

(v) Ada hasrat nak simpan emas tapi tak tahu macam mana nak bermula!

Jika anda tergolong dalam salah satu atau semua perkara di atas, ayuh bersama-sama saya untuk kita ubah kebiasaan seperti di atas dengan:

> Mula berbelanja dengan cara yang berhemah

> Mula membina tabung dengan modal yang rendah

> Mula membina dana untuk diguna semasa kecemasan

> Mula mengenalpasti tujuan simpanan

> Mula melihat simpanan/pelaburan membuahkan hasil.

Teruskan membaca…

Bila kita sebut saja emas, akan terbayang dalam fikiran kita akan barang kemas dan perhiasan seperti gelang-gelang emas, rantai-rantai leher, cincin emas dan lain-lain.

Sebahagian dari kita pula mungkin membayangkan jongkong emas yang berketul-ketul macam dalam rompakan filem-filem barat atau mungkin dalam filem-filem berlatar belakangkan purba dan misi mencari harta karun.

Kebanyakan dari kita kebiasaannya tahu bahawa emas ni sesuatu yang berharga.. Ishh harga emas asyik naikkk saja ya… selalu terjadi ketika dan masa di mana harga emas dikatakan ‘murah’, dan pada masa tu, kedai-kedai emas akan penuh dikunjungi oleh peminat-peminat barang kemas untuk beli emas baharu, trade-in emas lama dengan yang baharu, atau ada juga singgah-singgah tengok-tengok harga dahulu cuci-cuci mata.

Walaupun ketika harga emas murah, pernahkah kita cuba bandingkan harga emas ketika murah tu dengan harga emas dengan tahuntahun sebelumnya? Amat jarang sekali kita dapati harga emas di masa tengah murah pada ketika ini adalah lebih murah berbanding harga tahun lepas. Jika ada pun, mungkin murah sedikit dari tahun lepas sahaja, tidak untuk 2 tahun lepas dan sebelumnya.

Ini bermakna, harga emas sentiasa naik untuk jangka panjang. Jika anda teliti graf-graf emas, akan terdapat naik turun harga emas dalam jangka masa singkat. Contohnya dari hari ke hari, minggu ke minggu atau bulan ke bulan.

Ini kerana emas adalah komoditi. Ianya didagangkan/diniagakan. Ada Bekalan (supply) dan ada permintaan (demand). Ia juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti naik turun harga minyak, kadar pengangguran, inflasi terutamanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat.

Ditambah pula dengan keadaan sekarang di mana dunia sedang dilanda pandemic covid19. Permintaan terhadap emas kian meningkat kerana rata-rata tahu sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini contohnya kegawatan ekonomi serius, kejatuhan kerajaan atau sebagainya, emaslah yang akan terus kekal dan boleh menyelamatkan kita menggantikan wang-wang kertas yang tiada nilai lagi ketika itu. Boleh baca di artikel saya mengenai kelebihan memiliki emas di sini.

Cuba anda luangkan masa tengok-tengok graf kenaikan harga emas untuk 10 tahun atau 20 tahun yang lepas. Bandingkan harga hari ini dengan harga 10 ke 20 tahun lepas. Harga emas naik dengan begitu luar biasa. Anda boleh lihat pelbagai graf emas dan logam-logam berharga lain di laman web KITCO.

Baiklah, pada kali ini, saya akan cuba berkongsi pendapat dan idea untuk anda mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kegunaan emas. Ya!, saya yakin dan percaya anda sudah tahu emas adalah logam yang bernilai. Saya hanya cuba untuk rungkaikan, jika ianya bernilai, apa kegunaannya?

Jom kita teruskan membaca. Tahukah anda antara cadangan/idea mengenai tujuan anda simpan emas hari ni adalah bagi perkara-perkara berikut:

Jimatkan Kos Menunaikan Haji / Umrah

Kos haji pada tahun 2021 adalah RM22,900. Bagi Jemaah haji kali pertama, layak mendapat subsidi kerajaan sebanyak RM12,920. Bermakna kos haji untuk Jemaah kali pertama adalah RM9,980. Sumber: Tabung Haji

Ok, Katakan hari ini anda berumur 30 tahun atau 40 tahun. Anda bercita-cita untuk tunaikan haji pada 10 tahun yang akan datang.

Cuba lihat gambar yang menunjukkan kos haji dan subsidi kerajaan dari tahun 2009 hingga 2019 (11 tahun). Didapati kos haji tidak bertambah, iaitu sekitar RM9000++ kerana disokong oleh subsidi kerajaan.

Jadi, kita andaikan di sini kos haji pada 10 tahun akan datang, setelah ditolak subsidi kerajaan adalah sekitar lebih kurang RM10,000. Bagaimana emas dapat membantu anda kurangkan kos RM10,000 tu?

Ok, berdasarkan sejarah kenaikan harga emas, kita andaikan pula harga emas akan naik secara tahunan sekitar 10% ke 20% (atau lebih), jadi, hari ini anda perlu dapatkan emas yang boleh dicairkan dan ditolak spread, dan bernilai lebih kurang RM10,000 pada 10 tahun akan datang.

Jika diambil kenaikan minimum harga emas iaitu 10% setahun. Jika 10 tahun, kenaikannya adalah 10 x 10% = 100%.

Jadi untuk menjadikan nilai emas anda miliki hari ini bernilai RM10,000 pada 10 tahun akan datang setelah ditolak spread, anda perlu memiliki emas bernilai lebih kurang RM5,000 pada hari ini.

Jika di Public Gold, anda boleh memiliki 1 keping jongkong emas 999.9 24 karat dengan harga RM5,121 (harga semasa)

Contoh Pengiraan Ringkas:

RM5,121 x 10% (kenaikan harga setahun) x 10 tahun

= RM512.10 x 10 tahun

= RM5,121

RM5,121 (modal beli emas hari ini) + RM5,121 (Kenaikan harga emas 100%) = RM10,242

Ditolak pula dengan spread emas 20 gram iaitu 9% (spread emas 20 gram Public Gold)

RM10,242 x 9% = RM921.78

RM10,242 – RM921.78 = RM9320.22 ~ RM9,320 (Harga emas anda pada 10 tahun akan datang).

Dalam tempoh 10 tahun itu juga, jika anda hanya simpan 20 gram emas, ianya masih lagi tidak diwajibkan zakat emas kerana nisab zakat emas adalah 85 gram. Baca di sini untuk maklumat mengenai zakat emas.

Jadi, dengan bermodalkan RM5,121 hari ini, 10 tahun kemudian, berdasarkan kenaikan 10% setahun, nilainya akan menjadi RM9,320. – sudah lebih kurang dengan kos haji.

Kalau perlu tambah, mungkin perlu tambah sedikit. Itu kalau harga emas naik 10% setahun. Kalau naik 15%? Kalau 20%? Mungkin disamping dapat bayar kos haji, anda akan ada lebihan wang saku untuk membeli alatan persediaan menunaikan haji.

Kesimpulannya, untuk mendapatkan nilai RM9,000 ke RM10,000 pada 10 tahun akan datang, anda Cuma perlu labur lebih kurang RM5,000 sahaja pada hari ini. Jadi, di sini, anda hanya keluarkan modal RM5,000 hari ini untuk tunaikan haji pada 10 tahun akan datang. Jimat ke Jimat?

Jimatkan Kos Untuk Sambung Belajar Anak

Tidak dinafikan Kerajaan Malaysia sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya termasuk menyediakan kemudahan dan fasiliti pendidikan yang terbaik. Banyak kemudahan dari segi pinjaman dan biasiswa disediakan oleh Kerajaan melalui Kementerian dan Agensi-Agensinya.

Contohnya, kemudahan pinjaman pengajian oleh MARA, Program Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Akaun pendidikan SSPN-i dan bermacam-macam lagi.

Di sini saya cuma ingin kongsikan satu idea, di samping kemudahan yang sedia ada hari ini, pilihan untuk menyimpan emas dan menikmati kenaikan harga emas di masa hadapan inshaAllah akan menjadikan kos sambung belajar akan lebih jimat berbanding dengan menabung di dalam bentuk wang kertas.

Andaikan anak anda sedang belajar di sekolah rendah. Kemudian, akan terus ke sekolah menengah dan sambung di peringkat lebih tinggi di kolej atau IPTA/IPTS. Katakan semua ini berlaku dalam tempoh 10 ke 15 tahun akan datang.

Jika anda dah mula menabung untuk masa depan anak anda hari ini, itu adalah suatu perkara yang sangat bagus. Cuma, jika anda menabung dalam bentuk emas, inshaAllah, anda bakal mendapat penjimatan dan keuntungan untuk menyara kos pengajian anak-anak anda di masa hadapan.

Contohnya anda simpan emas harga RM10,000 pada hari ini, dengan andaian harga emas akan naik 10% setahun, dalam tempoh 15 tahun akan datang, ia akan bernilai RM25,000

Kini menabung dalam bentuk emas lebih mudah sejak adanya Program Tabung Emas Public Gold di mana anda boleh mula menabung emas bermodalkan hanya RM100. Nak tahu lebih lanjut mengenai tabung emas, KLIK SINI.

Modal Kos Kenduri & Maskahwin

Di zaman dahulu, kalau sebut kenduri kahwin ni, kebiasaannya dianjurkan dengan kerjasama dan gotong royong orang-orang kampung dengan menyediakan khemah makan, kerjasama masak memasak, penyediaan pelamin dan sebagainya.

Setelah kita mengharungi arus pemodenan, majlis-majlis kahwin juga berevolusi selari dengan kemajuan. Contohnya, sekarang kebanyakkan majlis kahwin akan melibatkan penyewaan khemah, upah katering, upah mak andam dan pelamin, sewa baju pengantin dan tidak dilupa kos hantaran dan mas kahwin. Ini akan menelan belanja yang besar. Sekurang-kurangnya RM10,000 ke RM20,000.

Jangan terkejut kalau kita terpaksa menerima hakikat hari ini ramai yang kahwin dah lama, tapi hutang majlis kahwin masih belum habis dibayar. Eh kalau saya nk ulas pasal kahwin ni, memang tak habis.

Mungkin golongan remaja atau muda-mudi masih belum terfikir mengenai perkahwinan. Tetapi inshaAllah, jodoh di tangan Allah, semua akan bertemu jodoh apabila tiba masanya kelak. Oleh itu, menabung dari usia muda adalah satu usaha yang baik.

Mula menabung emas hari ini untuk kegunaan Majlis kahwin, Kos Hantaran atau Mas kahwin. Ini paling menarik, cuba cipta sedikit kelainan dengan menggunakan dinar-dinar emas sebagai hantaran atau mas kahwin.

Warna kuning keemasan bukan sahaja menarik hati si pengantin, malah akan menyebabkan tetamu kagum dengan keindahan gubahan hantaran perkahwinan menggunakan emas tulen.

Modal Bayar Muka Beli Rumah

Sama juga dengan perkara-perkara lain, menabung untuk membayar duit muka membeli rumah di masa hadapan boleh juga melalui tabungan emas. Anda perlu setkan target anda.

Berapa harga rumah yang ingin dimiliki di masa hadapan. Jika anggaran pada masa itu rumah idaman anda berharga RM300,000, anda sudah boleh mula buat perkiraan berapa banyak duit yang perlu ada untuk mendapatkan RM30,000 iaitu 10% dari harga rumah.

Simpan sikit-sikit hingga capai target simpanan anda. Ini boleh dijimatkan sekiranya anda memiliki emas kerana pada 10 tahun akan datang, inshaAllah nilainya akan lebih tinggi.

Modal Pusingan Perniagaan

Kisah benar berlaku kepada salah seorang pelanggan Emas Zaman. Kerja sebagai pemandu di sebuah Jabatan Kerajaan. Sebelah malam pula berniaga kuew tiaw kerang dan nasi gorang sambal belacan di Kuala Lumpur. Isteri bekerja sebagai jururawat.

Dengan mengikuti perkembangan emas dan kelebihan emas, Bob (bukan nama sebenar) akhirnya menyatakan hasratnya kepada saya untuk menjadi seorang Dealer Emas Public Gold. Saya telah bantu Bob menjadi Dealer pada masa itu dan memberi beberapa tips bagaimana beliau dapat maksimakan keuntungan dari emasemas yang dia ada.

Bob dapat emas 50 gram, kemudian dia pajakkan emas tersebut dan mendapat wang tunai. Kemudian, dari wang tunai tersebut, bob telah membeli beberapa unit meja dan kerusi tambahan serta menambah kelengkapan perniagaannya demi keselesaan pelanggan.

Setiap bulan, sebahagian dari hasil perniagaan, Bob gunakan untuk bayar pinjaman di pajak gadai. Hingga akhirnya Bob berjaya tebus kembali emas 50 gram tadi. Emas itu kemudiannya diolah oleh Bob menjadi loket dan dihadiahkan kepada isterinya.

Anda nampak tak di sini? Bob ada sedikit modal dari perniagaan > beli emas dan jadi dealer > pajak emas dapat duit tunai > besarkan perniagaan dan dapat hasil > bayar pinjaman emas di pajak gadai > dapat emas balik > perniagaan makin besar : Alhamdulillah.

Emas Dapat dan perniagaan Bob Makin Besar – Cuma perlu diingat, perlu tahap disiplin yang tinggi untuk komited bayar pinjaman hingga berjaya tebus balik emas.

Bob tidak perlu bersusah payah membuat pinjaman tambahan untuk membesarkan perniagaannya. Di sini kita boleh jadikan contoh bagaimana emas dapat membantu kita untuk ‘rolling’ modal perniagaan.

Dana Kecemasan & Kegawatan

Ibarat orang kata ‘malang tidak berbau’, kita perlu sentiasa bersedia untuk hadapi sebarang kesulitan, kecemasan atau keadaan terdesak. Pakar-pakar kewangan selalu berpendapat bahawa kita perlu ada sekurang-kurangnya 3 ke 4 bulan gaji sebagai simpanan untuk menghadapi situasi-situasi di luar jangkaan. Baik dari segi belanja kesihatan, belanja sara hidup atau apa sahaja dalam kategori kecemasan atau terdesak.

Kita tak tahu dan takkan pernah tahu bila kita akan berada di dalam keadaan kecemasan atau terdesak. Jika menabung wang selalu saja ‘bocor’, cuba ubah tabungan kepada bentuk emas. InshaAllah anda akan lebih konsisten menabung dan lebih sayang untuk menggunakan tabungan itu kepada perkara-perkara yang tidak penting.

Pernah seorang rakan Emas Zaman yang ada simpan emas 10 gram, tiba-tiba semasa pertengahan bulan, duit gaji belum masuk, tayar kereta pulak pecah. Nasib baik masa tu dia ada emas 10 gram yang boleh dipajak dan dapatkan tunai untuk tampung beli tayar kereta baru. Kemudian, dapat gaji dia tebus la sikit-sikit emas tu dari pusat pajak gadai.

Kita jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang-orang yang gajinya beribu malah berpuluh ribuan sebulan. Bagi mereka, pecah tayar kereta bukanlah satu kecemasan. Nak tukar tayar baru setiap hari pun boleh. Tapi kecemasan mereka mungkin perkara yang lebih besar. Contoh perlu modal segera untuk buat projek juta-juta.

Siapa tahu kalau mereka pun ada simpanan emas berkilo-kilo, tidak mustahil emas juga akan dijadikan bahan sandaran untuk mereka dapatkan modal kecemasan dalam perniagaan.

Simpanan Hari Tua / Persaraan

Bagi yang kerja makan gaji dan ada status pencen dan ada caruman simpanan hari tua, kerisauan belanja di hari tua mungkin agak rendah, berbanding mereka yang bekerja berniaga sendiri kecil-kecilan dan bergantung harap kepada hasil perniagaan untuk sara hidup.

Hasil perniagaan walaupun sedikit atau banyak, cubalah alihkan sedikit, mungkin 10% untuk tabung hari tua dalam bentuk emas. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, kita boleh mula menabung emas dengan modal hanya RM100 sebulan.

Hasil simpanan ini mungkin berguna di hari-hari tua untuk perkara-perkara seperti dana kesihatan, dana untuk reward diri dengan melancong atau apa jua target anda di hari tua. Mungkin nak beli tanah nak usahakan kebun, mungkin juga nak buka kedai runcitniaga santaisantai. Terpulang pada imaginasi dan kreativiti anda. Yang penting, target perlu ada.

Menyucikan Harta Melalui Zakat Emas (dan Perak)

Secara asasnya, jika cukup haul (tempoh setahun) dan nisab (85 gram), penyimpan emas wajib membayar zakat sebanyak 2.5% dari nilai emas semasa. Anda boleh baca artikel saya mengenai zakat emas DI SINI.

Sebagai umat Islam, jangan takut untuk miliki emas sebab perlu bayar zakat. Malah kita patut bersyukur kerana dengan membayar zakat emas, inshaAllah di samping pahala, ianya sedikit sebanyak membantu dan menjaga kebajikan ekonomi umat Islam.

Lain-Lain Target Atau Cita-Cita Di Masa Hadapan

Dengan menyimpan emas hari ini, anda akan jimatkan kos untuk mencapai target anda di masa hadapan. Letakkan target dan tanamkan azam. Sekarang, nak miliki emas bukan lagi perlu ada duit beribu-ribuan, kerana semua orang dah mampu (inshaAllah) untuk mula simpan emas dengan Program Tabung Emas.

Apa saja yang anda ingin capai di masa hadapan yang ada melibatkan kos kewangan, inshaAllah dengan cara simpan emas pada hari ini, ia akan banyak menjimatkan anda.

Apa kata penyimpan Emas dengan Emas Zaman?

“Nasib baik ada emas 10 gram yang beli dari tuan dulu. Boleh saya pajak kejap sebab nak guna beli tayar kereta pecah hari tu. Dah la tgh sesak ujung2 bulan.  X sia2 simpan emas ni. Klo x susah, xkan nampak benefit dia”

– En.Suhaimi, Terengganu

“Akak xsangka betulah. Awal2 hari tu mula buka akaun gap tu pastu tambah rm100. Pastu rm100 lg. Pastu try 1 gram. Skrg lepas 4 bulan tgk2 dah ada 17 gram dalam gap. Kalau harapkan simpan duit, mmg xpernah lekat la dalam akaun”

– Puan Rogayah, Gombak

“So far alhamdulillah saya takpernah hadapi situasi ‘terdesak’ lg tuan. Cuma bagi saya, simpan emas ni lebih mendisiplinkan saya la. Yela, bila duit guna wat beli emas, automatik sikap boros nak joli2 tu dah takde dah”

Encik Firdaus, Pulau Pinang

“bagi saya la kan, kalau kita target apa kita nak beli dalam 10 tahun lagi, contoh nak gi melancong bila bersara, inshaAllah peningkatan harga emas dari apa yg kita simpan hari ni dapat kurangkan kos kita di masa depan”

– Encik Ikram, Kelantan

 

Potensi Simpanan Emas

Simpanan dalam bentuk emas adalah alternatif kepada simpanan dalam bentuk wang tunai – Sikap boros dapat dikurangkan!

Cuba lihat graf-graf sejarah kenaikan harga emas sejak 20 tahun yang lepas dari laman web KITCO: harga emas telah naik hampir 500%!

 

Emas ada ‘aura’ yang tersendiri – Bila dah mula simpan walau 1 gram, perasaan nak simpan lagi 1 gram, dan 1 gram dan ber gram-gram akan menyerap dalam sanubari penyimpan!

Emas Logam ‘Mulia’ kurniaan Allah kepada hambanya. Nilainya bersifat ‘berkembang’ dari semasa ke semasa – lalu Islam mewajibkan zakat emas ke atas pemiliknya (tertakluk syarat) – Zakat menyucikan harta!

Tahukah anda yang emas hari ini bukan lagi hanya mampu dibeli oleh golongan kaya sahaja! – Tepuk poket tanya kemampuan kita! – Ya! dengan modal serendah RM100 sahaja anda dah boleh mula bina tabung emas sendiri untuk pelbagai target penggunaan di masa hadapan!

Semua orang sudah tahu bahawa ‘Sekarang Semua Orang Boleh Terbang!’ – Dan sekarang semua orang perlu tahu bahawa ‘SEMUA ORANG BOLEH MILIKI EMAS!’

Sekian.

Penafian:

1 – Perkara-perkara di atas hanyalah cadangan atau idea untuk menggambarkan bagaimana emas dapat dimanfaatkan

2. Kenaikkan harga emas di masa hadapan adalah sekadar anggaran berdasarkan sejarah-sejarah kenaikkan harga emas sebelum ini

3. Maklumat dari pautan luar adalah tepat semasa artikel ini ditulis. Sekiranya terdapat perubahan, ianya tertakluk kepada pemilik pautan terbabit dan di luar kawalan Emas Zaman

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing

Cara Jual Emas GAP (PG BuyBack)

Cara Jual Emas GAP (PG BuyBack)

Kali ni saya nak kongsikan cara-cara untuk pemegang Akaun Emas GAP menjual balik (PG BUY BACK) berat emas mereka di dalam akaun kepada pihak Public Gold (PG).

Sebelum saya teruskan, ingin saya ingatkan bahawa setiap urusan jual beli emas, tidak kira emas dari mana, jenis apa, keluaran syarikat mana atau jenama apa sekalipun, ianya akan melibatkan susut nilai, iaitu spread. Untuk maklumat lanjut mengenai spread, KLIK SINI

Saya berpendapat, tidak perlu membuat jualan balik emas sekiranya anda bukan berada di dalam keadaan terdesak ATAU harga emas tengah murah. Jika nak jual juga, pastikan setelah ditolak spread, pulangan yang anda dapat masih menguntungkan. Walau bagaimanapun, segala keputusan adalah di tangan anda. cool

Suka saya ingin maklumkan bahawa spread emas PG adalah antara terendah di Malaysia.

Baik… Bagi pemegang Akaun Emas GAP, cara-cara untuk jual balik berat emas di dalam akaun mereka adalah senang. Berikut merupakan 2 cara mudah:

 

Cara Pertama:

Langkah 1: Layari website PG (http://publicgold.com.my) dan tekan butang ‘LOGIN

Langkah 2: Masukkan ‘Username‘ (PG Code) dan ‘Password‘, kemudian tekan ‘Log in

Langkah 3: Cari dan tekan butang ‘MY GAP

Langkah 4: Tekan ‘Go to new site

Langkah 5: Tekan ‘PG BUYBACK

Langkah 6: Masukkan 1 gram di ruangan ‘Buyback Qty‘. Nilai di dalam ‘Buyback Amount’ akan dikemaskini secara automatik. Kemudian, tekan ‘Place Buyback

ATAU

Boleh juga masukkan nilai RM yang kita mahu di dalam ruangan Buyback Amount. Contoh kita masukkan RM100, jumlah gram di dalam Buyback Qty akan berubah secara automatik kepada 0.4xxx gram (ikut harga semasa). Kemudian, tekan ‘Place Buyback

Selesai. Tunggu duit masuk ke akaun bank anda dalam tempoh 48 jam atau 2 hari bekerja (kemungkinan lebih awal)

 

Cara Kedua:

 

Ikuti Langkah 1 hingga Langkah 3 di atas.

 

Langkah 4: Tekan Click here to go back to Classic Site

Langkah 5: Tekan butang ‘BUY-BACK

Langkah 6: Isikan jumlah gram dalam ruangan Buy-Back-Qty‘. Contoh di sini saya masukkan nilai 1 Gram.

 

Langkah 7: Nilai RM di dalam ruangan ‘Buy-Back Amount’ akan berubah mengikut harga PG BUY semasa. Kemudian, klik butang ‘Request‘.

 

Selesai.

Tunggu duit masuk ke akaun bank anda. Untuk cara ini, proses mungkin sedikit mengambil masa (2 ke 3 hari) kerana ianya akan disemak secara manual. Anda boleh hubungi Cawangan PG terdekat untuk meminta bantuan staff PG mempercepatkan proses Buy Back anda.

 

Mudah kan? wink

Sekian.

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman:

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

 

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing

Cara Pajak Emas GAP (Secara Online)

Cara Pajak Emas GAP (Secara Online)

Assalamualaikum w.r.t & Salam Sejahtera

Tahukah anda bahawa sebagai pemegang Akaun Emas GAP, anda boleh pajak/gadai emas (sekiranya perlu) anda secara online?

 

Tahukah anda bahawa sistem Arrahnu Akaun Emas GAP secara online ini adalah yang pertama di Malaysia?

Ya, kini, pemegang Akaun Emas GAP boleh memajak gadai berat emas milik mereka dengan menggunakan sistem Arrahnu Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Berhad (KDE).

Sebagai makluman, KDE adalah sebuah anak syarikat Public Gold (PG) Group yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bertujuan menjaga kebajikan ekonomi kakitangan, pengedar dan pelanggan PG Group. Untuk maklumat lanjut mengenai KDE, sila KLIK SINI.

Di sini saya akan berkongsi serba ringkas cara-cara pemegang Akaun Emas GAP untuk membuat pajakan/gadaian emas secara online dengan KDE.

Sekiranya anda masih belum memiliki Akaun Emas GAP dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila KLIK SINI

 

Sekiranya anda sudah tahu mengenai Akaun Emas GAP dan nak tahu cara buka Akaun Emas GAP, sila KLIK SINI

Seterusnya, berikut merupakan cara-cara ringkas untuk pemegang Akaun Emas GAP memajak gadai emas menggunakan Arrahnu KDE:

Langkah 1:

Layari laman web PG (https://publicgold.com.my) dan perhatikan harga semasa yang di paparkan untuk 1 gram emas GAP. Dalam contoh ini, harga semasa untuk 1 gram emas GAP adalah RM258.

Langkah 2:

Tekan butang ‘LOGIN’:

 

Langkah 3:

Isikan ‘Username’ (PG Code) dan ‘Password’, kemudian tekan butang ‘Log in

 

Langkah 4:

Setelah berjaya Log in, cari dan tekan butang ‘MY GAP

 

Langkah 5:

Di sini, tekan ‘Go to New Site

 

Langkah 6:

Kemudian, tekan ‘ARRAHNU’

 

Langkah 7:

Masukkan jumlah berat emas yang ingin dipajak gadai di dalam ruangan ‘Transfer Qty’. Dalam contoh ini, saya masukkan emas seberat 1 gram. Kemudian tekan butang ‘Request’

Minima berat emas untuk dipajak gadai melalui Arrahnu KDE adalah 0.5 gram

 

Perlu pastikan baki berat emas di dalam Akaun Emas GAP anda akan tinggal 1 gram setelah membuat gadaian. Contohnya, jika ingin membuat gadaian 1 gram, anda perlu ada 2 gram baki dalam Akaun Emas GAP kerana 1 gram untuk dipajak gadai, dan 1 gram untuk ditinggalkan di dalam Akaun Emas GAP bagi memastikan Akaun anda kekal aktif

Langkah 8:

Pastikan ‘Transfer amount’ adalah betul, dan tekan butang Confirm

Setelah itu, permohonan Arrahnu anda akan diproses oleh PG dan anda hanya perlu menunggu duit dimasukkan ke dalam akaun bank anda yang berdaftar (kebiasaannya mengambil masa selama 48 jam, atau 2 hari bekerja, atau mungkin lebih awal)

 

Jika mempunyai masalah, anda dinasihatkan mendapatkan bantuan dari ‘introducer’ anda atau hubungi mana-mana Cawangan PG berhampiran anda.

Nota Tambahan:

Nilai pinjaman Arrahnu KDE adalah sehingga 70% dari marhun (harga emas GAP) semasa. Contohnya, jika harga semasa 1 gram adalah RM258, maka anda akan dapat 70% dari RM258 = RM180.6

 

Upah Simpan yang dicaj oleh KDE adalah 1% sebulan dari nilai marhun emas (1% dari RM258). Jika bayar lebih awal, katakan sebelum sampai tempoh 1 bulan, upah simpan adalah tetap 1%.

 

Anda boleh memajak gadai emas GAP kepada KDE selama tempoh 6 hingga 8 bulan (6 + 2).

 

Penafian:

1. Tujuan perkongsian ini adalah bagi pembaca mendapatkan gambaran tentang cara-cara untuk memajak gadai emas di dalam GAP (sahaja) dengan Arrahnu KDE secara online

2. Kadar pinjaman dan kadar upah simpan adalah berdasarkan maklumat yang terdapat dari laman web KDE dan sumber ‘posting’ media sosial PG

3. Sila hubungi Cawangan PG berhampiran anda untuk mendapatkan dan mengesahkan kadar pinjaman dan kadar upah simpan terkini

4. Segala perubahan pada kadar pinjaman dan kadar upah simpan selepas ini adalah tertakluk kepada pihak PG dan KDE (tanpa makluman awal)

 

Sekian.

 

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman:

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing

Cara Keluarkan Emas Fizikal dari Akaun Emas GAP

Cara Keluarkan Emas Fizikal dari Akaun Emas GAP

Langkah 1:

Masuk website Public Gold (www.publicgold.com.my), dan tekan butang ‘LOGIN’:

 

Langkah 2:

Isikan ‘Username’ (PG Code) dan ‘Password’, kemudian tekan butang ‘Log in

 

Langkah 3:

Setelah berjaya Log in, cari dan tekan butang ‘MY GAP

 

Langkah 4:

Di sini, tekan ‘Go to New Site

 

Langkah 5:

Kemudian, tekan ‘GIT WITHDRAWAL

 

Langkah 6:

Pilih mana-mana produk emas yang anda suka, dan klik icon troli. Contoh di sini saya ingin pilih emas 1 gram versi ‘Classic Public Gold’.

 

Langkah 7:

Perhatikan caj premium RM10 untuk Semenanjung dan RM15 Sabah & Sarawak bagi urusan keluaran emas yang dipilih. Perhatikan juga kuantiti. Kemudian, tekan ‘Add to cart’

 

Langkah 8:

Perhatikan mesej Item added succesfully di bahagian kiri atas, dan tekan X di bahagian kanan atas untuk tutup paparan ini.

 

Langkah 9:

‘Scroll’ ke atas, lihat bahagian CART, perhatikan terdapat angka 1 di dalam kurungan ( 1 ). Ia menunjukkan 1 item emas yang anda pilih telah masuk ke dalam CART. Kemudian, tekan ‘CART’.

 

Langkah 10:

Pada bahagian ‘Withdraw Checkout’, pastikan alamat anda adalah betul untuk PG hantar emas. Perhatikan juga ‘Withdraw Order Summary’ (Withdraw Qty, Total Gold Premium, Shipping Fee dan Total). Jika semuanya betul, klik butang ‘Proceed’.

 

Langkah 11:

Sekali lagi, semak alamat anda, dan semua maklumat adalah tepat, kemudian tekan butang ‘Send TAC’.

 

Satu SMS dari Public Gold akan sampai ke nombor telefon anda yang mengandungi nombor TAC (Transaction Authorisation Code).

 

Langkah 12:

Isikan nombor TAC, ‘tick’ kotak kecil ‘I Agree and Understand the Terms & Conditions’ dan tekan butang ‘Checkout Order’.

 

Kemudian, teruskan membuat pembayaran melalui Perbankan Online menggunakan sistem FPX.

Sekarang, proses mengeluarkan emas fizikal dari akaun GAP anda telah selesai. Public Gold menganggarkan proses penghantaran akan mengambil masa 7 hari. Anda hanya perlu tunggu dengan tenang.

Anda juga boleh semak sejarah transaksi GIT withdrawal anda dengan tekan ‘ACCOUNT’, dan lihat bahagian ‘Transaction History’.

ATAU, anda boleh lihat sejarah transaksi dengan menekan ‘GIT WITHDRAWAL’ dan klik ‘Withdraw Order History’.

 

Senang kan?

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman:

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Akaun Emas GAP

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Akaun Emas GAP

“Sekarang… Semua Orang Boleh Miliki Emas!” cool

“Mula 1 gram… Lama-lama jadi banyak grammmmm!”  laughing

“Modal RM100 pun dah dapat miliki Emas!” smile

1. Apa GAP tu?

GAP atau GSAP bermaksud ‘GOLD/SILVER ACCUMULATION PROGRAM’ – Sebuah program KUMPUL EMAS 999.9 (24 KARAT) / PERAK 999 ONLINE khas untuk semua rakyat Malaysia – Bahasa mudah: TABUNG EMAS/PERAK ONLINE. Lebih ramai sebut GAP kerana ramai lebih minat emas berbanding perak – Ianya Disahkan Patuh Shariah! KLIK SINI

Konsep GAP ni sama macam Akaun Simpanan Bank. Dari akaun simpanan, anda boleh tengok nilai RM anda dan boleh keluarkan withdraw duit tu dari akaun. GAP pula, anda boleh tengok BERAT EMAS anda dan kalau nak EMAS FIZIKAL, anda boleh juga withdraw emas anda dari akaun GAP. :- Akaun Bank: Nampak Jumlah Duit Simpanan. Akaun GAP: Nampak Berat Emas!

2. Berapa Modal Nak Buka Akaun GAP?

Minima beli emas RM100 ATAU 1 Gram untuk buka akaun GAP. Lain kali nak tambah simpanan emas pun minima RM100. Tiada Had Maksima. Harga semasa boleh tengok di sini: https://www.publicgold.com.my

3. Apa Kelebihan Akaun Emas GAP?

Mampu milik! – Dengan modal RM100 sahaja anda dah mampu untuk miliki emas (0.3xxx – 0.4xxx gram ikut harga semasa)

Tak wajib simpan setiap bulan! – Tiada Komitmen bulanan! – ada duit, rasa nak beli, boleh beli bila-bila masa!

Tak perlu fikir macam mana nak simpan emas! – Public Gold tolong simpankan emas kita secara PERCUMA! – Dijamin selamat – Tak perlu risau hilang emas!.

Kalau rasa nak pegang emas – eh boleh jer keluarkan EMAS FIZIKAL dari GAP anda! – paling kecil ada 1 gram. Selain tu ada 5 gram, 10 gram, 20 gram ATAU ½ Dinar, 1 Dinar, 5 Dinar dll. (Boleh keluarkan di Pejabat PG berdekatan ATAU minta PG pos kepada anda!

4. Siapa Sesuai Buka Akaun GAP?

Mereka yang ada modal/bajet RM100 atau lebih sikit2 tapi nak miliki emas

Mereka yang nak MILIKI emas, tapi TAKNAK PEGANG emas

Mereka yang nak latih diri konsisten menabung!

Mereka yang nak ubah cara simpanan dari WANG KERTAS kepada EMAS!

 

5. Kanak-kanak Boleh Ke Buka Akaun GAP?

BOLEH! Sangat digalakkan dan dialu-alukan!

Bagi yang berumur bawah 18 tahun, boleh buka AKAUN JUNIOR GAP

IBU BAPA atau PENJAGA perlu iringi buka akaun untuk anak-anak – AKAUN BERSAMA!

Bila anak-anak dah capai umur 18 tahun, boleh urus sendiri akaun GAP mereka dengan tukar ke AKAUN DEWASA.

6. Macam mana Public Gold Tentukan Harga Emas GAP?

Ianya ditentukan berdasarkan harga SPOT emas dunia dan dikemaskini setiap hari pada pukul 12 tengah malam. Anda boleh lihat banyak lagi graf prestasi harga emas dunia di laman web KITCO.

7. Bagaimana Cara Nak Keluarkan Emas Fizikal dari Akaun GAP?

Cara Pertama: Hubungi mana-mana Cawangan PG berdekatan anda di seluruh Malaysia, maklumkan ingin keluarkan EMAS dari AKAUN GAP dan maklumkan PG CODE dan set masa temujanji. Bawa IC sekali masa hadir ke pejabat PG. Pilihan masa temujanji untuk hadir ke pejabat PG juga boleh dibuat melalui online. (Untuk Emas besar macam 50gram ke atas disaran guna cara ni).

Cara Kedua: Dengan cara ‘GIT Withdrawal dari Akaun GAP Online. Kalau rumah anda jauh dari pejabat PG, cara ni amat sesuai. GIT adalah ‘Gold in Transit’. Jadi, GIT Withdrawal ni anda guna untuk keluarkan dan minta PG Pos emas anda dengan dilindungi insurans. Caj pos RM10 sahaja 1 bungkusan. Maksima berat emas 1 bungkusan adalah 21.25 gram / 5 dinar. Jika lebih, perlu guna 2 bungkusan ke atas. (disaran guna cara ni untuk emas berat 21.25 gram ke bawah). – JIMAT MASA, JIMAT TENAGA, JIMAT KOS PERJALANAN!

Untuk penerangan mengenai GIT Withdrawal, KLIK SINI

Setiap pengeluaran emas fizikal perlu disertakan bayaran untuk Premium Emas.

8. Apa Maksud Premium Emas?

Ia adalah kos pengangkutan dan insuran untuk bawa emas-emas keluaran PG dari Ibu Pejabat di Pulau Pinang ke cawangan-cawangan di seluruh Malaysia. Ini adalah kebiasaan dalam urus niaga mana-mana emas sekalipun.

Jika anda perhatikan emas-emas yang ada di Malaysia, caj premium emas PG adalah antara yang termurah! Caj premium emas PG bermula dari RM10 hingga RM250 bergantung berat dan jenis emas!

9. Macam Mana Rupa Emas Yang Boleh Dikeluarkan Dari Akaun Emas GAP?

Seperti yang anda sedia maklum, Akaun GAP ni anda simpan/beli GRAM emas. Bukan beli jenis emas berdasarkan design.

Jadi, andai kata dalam akaun GAP anda ada 20 gram berat emas, maka anda boleh pilih sama ada nak keluarkan 1 unit emas 20 gram ATAU 2 unit emas 10 gram.

Di PG, anda boleh keluarkan emas dari sekecil 1 gram hingga sebesar 1 kilogram!

10. Boleh Ke Nak Jual Balik Emas Dalam Akaun GAP? Kalau Boleh, Bagaimana?

Sudah tentu BOLEH! Dan sudah tentu anda ingin jual hanya apabila harga emas naik, dan bila ditolak SPREAD (Susut Nilai), ianya sudah mendatangkan untung.

Oleh sebab emas ni untuk simpanan jangka panjang, jadi jualan dalam waktu singkat adalah tidak digalakkan kerana anda akan rugi.

Cara buat jualan boleh dilakukan melalui PORTAL MY GAP secara online sahaja. Untuk lihat cara jual emas GAP: KLIK SINI

Jika emas fizikal sudah ada di tangan anda, jualan semula boleh dilakukan di mana-mana cawangan pejabat PG seluruh Malaysia. Cuma perlu hadir ke pejabat PG dan buat jualan di kaunter. Staff PG akan membantu anda membuat jualan emas anda.

Bayaran dari jualan emas anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda dalam masa 3 hari bekerja. Jadi, adalah penting untuk anda kemukakan nombor akaun anda semasa berdaftar sebagai pelanggan PG.

11. Perlu Ada Baki Minima Tak Dalam Akaun Emas GAP?

Minima 1 Gram perlu ditinggalkan di dalam akaun GAP bagi mengekalkan keaktifan akaun.

Jika nak keluarkan semua, anda perlu tutup akaun GAP. Tetapi, jika nak aktifkan semula akaun anda, perlu bayar caj pengaktifan RM50.

12. Boleh Pajak Ke Emas GAP?

Emas GAP boleh dipajak. Nak pajak secara fizikal sudah tentu kita biasa dengar. Tetapi, emas dalam akaun GAP anda juga boleh dipajak secara ONLINE! Nak tahu cara pajak GAP? KLIK SINI

13. Ada Yuran Tak?

TIADA yuran dikenakan untuk anda simpan emas GAP di Public Gold. Percuma seumur hidup! – Cuma perlu diingat bahawa perlu ada baki minima 1 gram dalam akaun untuk ia kekal aktif.

14. Ada Tarikh Luput?

TIADA tarikh luput dalam akaun GAP. Selagi anda masih kekalkan baki 1 gram, maka akaun anda kekal aktif sampai bila-bila. Tiada keperluan untuk anda tambah emas setiap bulan atau pada tempoh tertentu.

15. Ada Buku Simpanan Akaun GAP tak?

TIADA buku akaun fizikal dibekalkan kepada pemilik akaun GAP. Anda boleh rujuk semua transaksi, baki akaun melalui PORTAL MY GAP online sahaja.

16. Patuh Shariah?

PG telah ditauliahkan dengan pensijilan patuh shariah oleh Amanie Advisor dalam urusan jual beli emas GAP.

Amanie Advisor juga dilantik menjadi penasihat/panel shariah Public Gold.

18. Akaun GAP Dilindungi Insuran Tak?

Emas GAP disimpan secara ‘berkumpulan’ di peti keselamatan yang diuruskan oleh Public Safe dan sudah tentu ianya dilengkapi dengan sistem sekuriti dan dilindungi insuran.

19. Bagaimana Kita Nak Pastikan Emas GAP tu Wujud?

Anda boleh keluarkan emas fizikal dari akaun GAP pada bila-bila masa di mana-mana pejabat cawangan Public Gold seluruh Malaysia.

Jika kehabisan stok di cawangan, anda perlu tunggu stok baharu yang dibawa dari Ibu Pejabat di Pulau Pinang sampai ke cawangan anda.

Anda juga boleh cuba rujuk ke cawangan lain yang berhampiran sekiranya ada. Contohnya di KL dan Selangor, boleh rujuk cawangan di Ampang atau di Sunway.

Anda juga boleh pilih jenis emas lain berdasarkan berat emas yang anda ada. Contohnya anda ada 5 gram dalam akaun GAP, tapi malangnya pada masa nak keluarkan emas, stok 1 gram 5 keping di cawangan berhampiran anda kehabisan stok, jadi, anda boleh juga keluarkan emas 5 gram 1 keping sebagai pilihan lain.

Atau, anda juga boleh guna khidmat hantar emas Gold In Transit untuk Public Gold hantar emas GAP ke alamat anda, juga dengan dilindungi insuran.

Apa jua pilihan dan keputusan, ianya terletak di tangan anda.

20. Ada Risiko Tak Simpan Emas Secara Online?

Maksud risiko di sini adalah subjektif. Mungkin risiko di sini adalah kehilangan emas? Anda tidak perlu bimbang kerana akaun GAP dilindungi insuran.

Atau mungkin risiko kebarakaran? Pun anda tidak perlu bimbang kerana emas-emas dan pejabat Public Gold juga dilindungi insuran.

Krisis kewangan? Ya, ini kemungkinan berlaku. Tapi ini adalah diluar jangkaan dan kawalan kita mahupun pihak Public Gold, malah diluar kawalan sesebuah Kerajaan.

Jika anda risau emas anda hilang, Public Gold memberikan anda pilihan untuk keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri mengikut kreativiti anda.

Sebaliknya, jika anda risau nak simpan emas sendiri, maka GAP adalah pilihan yang sesuai untuk anda melabur dalam emas.

21. Apa Perlu Dilakukan Sekiranya Pemegang Akaun Emas GAP Meninggal Dunia?

Sekiranya berlaku kematian pemilik akaun GAP, waris boleh menuntut emas si mati di pejabat PG dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

– Sijil Kematian

– Salinan IC si mati

– Sijil Perkahwinan (Suami/Isteri) (jika pewaris adalah pasangan si mati)

– Surat Beranak (jika pewaris adalah anak si mati)

– Surat Kebenaran Mahkamah/Amanah raya bagi kuasa urus tadbir harta si mati oleh pewaris. (mohon di Amanah Raya)

22. Bagaimana Cara Nak Buka Akaun GAP?

Anda perlu jadi pelanggan berdaftar Public Gold untuk membuka akaun GAP.

Ianya boleh dilakukan secara online.

KLIK SINI untuk cara-cara buka akaun GAP. (Setelah berjaya berdaftar sebagai pelanggan, anda diberikan masa selams 24 jam untuk membuat pembelian pertama).

 

Sekian. smile

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman:

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing