+6010-554 9916 emaszaman@gmail.com

Assalamualaikum w.r.t dan Salam Sejahtera

Post kali ini ringkas sahaja di mana saya akan menerangkan cara membeli emas Public Gold (PG) secara ‘walk-in’ / datang terus ke mana-mana 17 pejabat-pejabat cawangan PG seluruh Malaysia.

Tidak dinafikan ada terdapat segelintir dari kita yang tidak berminat atau kurang arif dengan cara pembelian secara online. Ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya keinginan melihat dan memegang emas secara ‘live’ atau mungkin juga lebih suka membeli secara bersemuka/face-to-face.

Jadi, anda tidak perlu risau kerana anda boleh berbuat demikian di mana-mana pejabat cawangan Public Gold di seluruh Malaysia, yang mana berdekatan dengan tempat tinggal anda.

UPDATE: Berikutan pandemik COVID19 yang melanda dunia pada ketika ini termasuk Malaysia, PG telah mengambil inisiatif untuk mengurangkan jumlah pelawat ke pejabat-pejabat cawangan di seluruh Malaysia bagi mengurangkan risiko penularan. Oleh yang demikian, sesiapa yang ingin berkunjung ke pejabat PG, perlu membuat temujanji terlebih dahulu untuk mendapatkan slot masa. Buat temujanji online DI SINI. Segala kesulitan adalah sementara dan amatlah dikesali.

Di Pejabat PG, anda boleh melihat mana-mana produk emas yang diminati. Sila rujuk kakitangan PG yang bertugas untuk keterangan lanjut. Antara produk yang ada di pejabat cawangan PG adalah jongkong emas (1 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 250 gram dan 1 kilogram), dinar emas (1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar & 10 dinar), jongkong perak ( serta jongkong silver 250gram, 500 gram, 1 kilogram & 5 kilogram) dan 10 dirham perak serta produk-produk lain yang berkaitan.

Setelah memilih produk (Emas/Silver) yang ingin dibeli, maklumkan kepada kakitangan PG untuk produk yang anda ingini. Anda akan dimaklumkan dengan harga semasa produk tersebut. Harga adalah sama dengan apa yang dipaparkan di laman web PG. Ada caj tambahan minima yang perlu anda bayar untuk membeli setiap produk emas. Ianya adalah kos pengangkutan produk tersebut dari Ibu Pejabat PG di Pulau Pinang ke Pejabat-pejabat Cawangan PG seluruh Malaysia. Berikut merupakan caj premium produk PG:

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Caj premium mungkin berubah tertakluk kepada keadaan semasa).

Seterusnya, kebiasaannya, kakitangan PG akan bertanya, siapa INTRODUCER anda. Sekiranya tidak ditanya, maklumkan kepada kakitangan PG bahawa INTRODUCER anda adalah:

Nama: Zamani Mat Zain, PG Code: PG001897

Penting untuk anda mengenali siapa introducer anda untuk rujukan dan bimbingan berkaitan produk PG dan ilmu-ilmu emas di masa-masa akan datang.

Baiklah, setelah itu, kakitangan PG akan mengeluarkan invoice/sales order dan resit pembelian. Anda hanya membuat pembayaran dan ambil barangan anda.

Ketika memegang emas/silver, anda akan terasa suatu aura yang luar biasa. Ianya adalah suatu perasaan yang ‘hebat’ apabila memegang logam berharga di tangan sendiri.

Anda telah selesai membuat pembelian secara walk-in, pesanan saya, agar sentiasa berhati-hati dalam perjalanan pulang dan simpan emas anda elok-elok di tempat yang bersesuaian.

InsyaAllah, ianya boleh menjadi pemangkin semangat kepada anda untuk terus menambah berat emas di masa-masa akan datang. Anda perlu tahu bahawa anda telah mengambil langkah yang betul dengan melindungi harta anda dengan cara menyimpan emas.

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman.

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing