+6010-554 9916 emaszaman@gmail.com

Pendaftaran Sebagai Pelanggan

Sebelum anda memulakan pembelian Barang Kemas PG Jewel, anda perlulah menjadi pelanggan berdaftar terlebih dahulu. Terdapat dua (2) cara untuk anda mendaftar sebagai pelanggan:

1. Daftar Sebagai Pelanggan Public Gold – Anda akan diberikan PG Code (PG00XXXXXX) untuk anda gunakan sebagai ‘username’ untuk anda akses sistem pembelian (jongkong emas, dinar, jongkong silver dan dirham). Dengan PG code dan password yang sama juga, anda boleh mengakses dan membuat pembelian di PG MALL. Tekan link ini untuk daftar sebagai pelanggan: DAFTAR SEBAGAI PELANGGAN PUBLIC GOLD.

2. Daftar Sebagai ‘Shopper’ di PG Mall – Dengan menjadi ‘shopper’ berdaftar di PG MALL, anda akan dapat mengakses PGMALL dan membuat pembelian apa sahaja barangan (barangan keperluan harian, Gadjet IT, Barangan Elektrik & Elektronik, Automotif, Pakaian, Makanan dan sebagainya) yang dijual oleh pelbagai ‘seller’ di PG MALL. Tekan link ini untuk daftar sebagai ‘shopper’ PG MALL: DAFTAR SEBAGAI SHOPPER PG MALL.

Saya syorkan anda mendaftar dengan cara pertama, kerana anda akan mendapat PG Code dan membolehkan anda mengakses ruangan pembelian Emas di website Public Gold di kemudian hari. Tetapi, dengan cara 1, anda perlu membuat pembelian pertama dalam masa 24 jam. Oleh itu, sila pastikan anda bersedia untuk membeli sekiranya memilih cara 1.

 

Langkah-langkah Pembelian Secara Bayaran Penuh

Anda perlu ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1:

Setelah berjaya mendaftar, layari PG Mall > https://pgmall.my/home dan klik butang ‘login’ yang terdapat di penjuru kanan bawah seperti gambar berikut:

Langkah 2:

Masukkan username (PG code / email anda) seperti yang anda telah daftarkan sebelum ini.

Langkah 3:

‘Scroll’ page PG Mall dan lihat pada ruangan ‘OFFICIAL STORE’ dan klik store PG Jewel.

Langkah 4:

Di store PG Jewel, tekan ‘All Products’ untuk lihat semua produk yang ada di PG Jewel.

Langkah 5:

Pilih produk yang anda suka, dan klik pada gambar produk.

Langkah 6:

Anda boleh lihat gambar produk dengan lebih jelas. Perhatikan harga yang tertera di mana ianya adalah termasuk ‘workmanship’ (upah). Anda juga boleh pilih spesifikasi yang diinginkan (jika ada) untuk memilih panjang dan berat produk yang ada.

Kemudian, klik ‘add to cart’:

Langkah 7:

Anda akan dapati terdapat barangan yang anda pilih di dalam cart. Jumlah yang perlu dibayar adalah harga produk + workmanship. Kemudian, klik butang ‘Purchase’.

Langkah 8:

Anda akan nampak jumlah yang perlu anda bayar dan pilihan cara pembayaran. Jumlah keseluruhan adalah termasuk ‘shipping fee’ sebanyak RM4. Sekiranya diminta untuk kemaskini alamat, anda perlu berbuat demikian di bahagian atas kiri paparan. Boleh masukkan kupon promosi di ruangan yang disediakan (hubungi saya untuk kupon sekiranya ada).

Di sini anda boleh pilih cara pembayaran sama ada melalui c-wallet (wallet untuk shopper), internet banking, kad kredit dan sebagainya. Kemudian, setelah anda pasti semua maklumat adalah betul, klik butang ‘Confirm Order’ di bahagian bawah kanan paparan.

* Sebagai shopper berdaftar, anda layak mendapat cashback sebanyak 0.5% dari jumlah pembelian. Ianya akan dikreditkan ke dalam c-wallet anda pada 25hb bulan berikutnya.

Langkah 9: 

Setelah anda tekan confirm sebelum ini, anda akan di bawa ke paparan internet banking untuk proses pembayaran. Pastikan semua maklumat adalah tepat. Pilih bank anda dan klik ‘Proceed & Pay’:

Anda hanya perlu selesaikan proses pembayaran. Setelah selesai, order anda akan diproses oleh PG Mall dan akan dihantar kepada anda melalui kurier berinsurans.

Langkah 9:

Untuk tujuan rekod, PG Mall akan menghantar invoice/slip pembelian anda melalui email.

Anda boleh melihat status penghantaran (termasuk nombor ‘tracking’) barangan anda selang beberapa hari selepas pembelian. Anda hanya perlu login ke PG Mall, tengok bahagian My Profile > My Order. Kemudian, klik butang ‘DETAILS’. Contoh seperti di bawah:

Nota: cara yang ditunjukkan di atas adalah dari paparan skrin komputer/laptop. Ianya mungkin berbeza sekiranya anda menggunakan telefon pintar anda.

Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp atau Facebook Emas Zaman


Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing