+6010-554 9916 emaszaman@gmail.com

Emas Public Gold (PG) bukanlah yang termurah di pasaran. Namun, sebagai pembeli yang bijak, kita harus menilai beberapa aspek sebelum memiliki apa jua jenis Emas, bukan sahaja harganya yang murah. Jika ianya adalah untuk pelaburan/simpanan, maka Emas Public Gold boleh dikira sebagai Emas yang paling sesuai.

Untuk kali ini, Emas Zaman akan menerangkan mengenai 10 kelebihan Emas keluaran PG.

 

1. Mampu Milik/Berpatutan

Harga Emas Public Gold dikemaskini setiap 20 minit berdasarkan harga emas dunia yang dipaparkan oleh kitco. Kita boleh nampak pada kemaskini harga semasa, kadang-kadang harga emas PG lebih murah dan kadang-kadang ianya lebih mahal berbanding dengan harga emas lain di Malaysia, ini kerana kekerapan kemaskini secara ‘real-time’ berdasarkan harga emas dunia. Setiap kali graf kitco berubah, turun/naik, harga emas PG juga akan turut berubah. Jika anda seorang yang pakar menganalisis graf harga emas, itu adalah satu bonus kepada anda kerana berkemungkinan anda berpeluang mendapatkan harga emas terbaik dan berupaya untuk mengagak apa harga emas pada masa akan datang berdasarkan analisa.

2. Spread (Susut Nilai Rendah)

Setiap emas tidak kira keluaran syarikat mana, mempunyai SPREAD atau susut nilai. Anda boleh baca DI SINI untuk penerangan mengenai spread. Spread emas PG bermula dari 6% hingga 9% sahaja, bergantung kepada jenis dan saiz emas. Ianya jauh lebih rendah berbanding spread emas lain yang ada di pasaran. Jika tak percaya cuba anda tanya kedai-kedai emas, berapa susut nilai yang mereka tolak dari harga jualan semasa.

Oleh kerana harga emas PG berubah setiap 20 minit, kadang-kadang, ada yang beli emas pada sebelah pagi, kemudian pada sebelah malam, harga emas naik, dikira selepas tolak SPREAD, sudah dapat keuntungan jika dijual berbanding harga dibeli sebelum ini.

 

3. Stok Emas Yang ‘Selalu Ada’

Public Gold mempunyai kilang (minting facility) emas sendiri yang terletak di Pulau Pinang. Jadi, produk emas yang dijual adalah didatangkan terus dari kilang sendiri. Masalah ketiadaan stok emas tidak pernah berlaku walau harga emas naik ataupun turun. Ketika harga rendah, sudah menjadi lumrah orang-orang kita untuk membeli lebih banyak. Di sini saya dapati PG tidak mengalami masalah untuk membekalkan emas kepada para pelanggannya.

4. Sistem Kunci Harga 24 Jam Secara Online

Jika anda berhasrat membeli emas PG, anda boleh ‘lock’ harga semasa yang dipaparkan di laman web PG. Anda boleh beli emas PG setiap masa kerana pembelian secara online dibuka 24 jam setiap hari. Contohnya hari ini harga jual jongkong emas PG 10 gram adalah RM2,476.00, maka anda boleh membuat tempahan (lock) harga tersebut melalui pembelian secara online. Rujuk cara beli emas PG untuk maklumat lanjut.

Setelah ‘lock’, anda boleh membuat pembayaran kepada PG dalam masa maksima 4 hari. Kemudian, emas anda boleh diambil kemudian (bila ada masa) di pejabat-pejabat cawangan PG berdekatan. Anda juga boleh minta PG hantar emas anda melalui pos berinsurans (GIT)). Kalau anda beli melalui akaun simpanan emas GAP, lagi senang kerana anda beli secara online dan boleh tengok berapa jumlah berat emas anda dari akaun sahaja.

 

5. Dijamin akan dibeli balik oleh Public Gold (sekiranya ingin jual balik)

Tidak kira sama ada emas pelanggan telah calar, kemek, atau patah sekalipun, PG telah jamin untuk membeli balik dengan harga beli semasa. Tidak pernah lagi berlaku sepanjang penglibatan saya dalam PG setakat ini, ada pelanggan yang tak dapat jual emasnya balik kepada PG. Kenapa PG beli balik emas terpakai yang dah ‘rosak’?. Kerana emas tetap bernilai walau apa jua keadaannya. Asalkan beratnya tidak kurang dan TULEN. Tiada masalah bagi PG untuk ‘kitar semula’ emas terpakai menjadi emas yang baru kerana ia mempunyai kilang sendiri. Selain itu, dalam keadaan emas yang ingin dijual tanpa disertakan sijil ketulenan asal, PG hanya tolak RM10 dari harga belian semasa.

6. Kemampuan Public Gold membeli balik dalam kuantiti yang banyak

PG adalah sebuah syarikat jualan emas dan perak fizikal yang wujud sejak tahun 2008 dan terus berkembang pesat dengan pelbagai penambahbaikkan dengan sistem yang lebih baik dari semasa ke semasa. PG mempunyai status kewangan yang sangat kukuh dan stabil. PG boleh dikategorikan sebagai sebuah syarikat bernilai jutaan ringgit. Jadi, tiada masalah untuk PG untuk membeli balik produk-produk keluarannya dari pelanggan yang berhasrat untuk menjualnya balik, tidak kira sebanyak mana pun kuantiti emas tersebut. Pernah saya dengar cerita-cerita dari rakan-rakan emas lain bahawa ada kes di mana pelanggan emas (jenama lain) yang gagal menjual emasnya balik kepada penjual kerana penjual sudah ‘tidak wujud’ atau penjual tidak mampu beli balik.

7. Cawangan yang banyak seluruh Malaysia

Terdapat 17 cawangan PG di Malaysia. Anda boleh membuat urusan jual beli emas di mana-mana cawangan yang berdekatan dengan anda, tidak kira di mana anda berada di dalam Malaysia. Ibu Pejabat PG menghantar emas-emas ke semua cawangannya di seluruh Malaysia untuk memudahkan pelanggan-pelanggannya berurusan.

8. Peluang Menjadi Usahawan Emas

PG juga menawarkan peluang kepada anda semua untuk menjadi usahawan emas atau lebih dikenali sebagai Public Gold Business Owner (PGBO). Sekiranya anda sudah menjadi pelanggan PG, anda boleh menjadi peniaga emas PG (Dealer) pada bila-bila masa dengan cara membuat pembelian emas pada jumlah tertentu dan ‘upgrade’ dari status customer kepada dealer. Terdapat insentif menarik yang ditawarkan oleh PG sekiranya anda menjadi dealer. Selain itu, sebagai dealer, anda boleh membeli emas PG dengan harga yang lebih murah dari 1% hingga 2% potongan dari harga jualan melalui insentif sebagai dealer.

9. Pajakan Diterima Secara Meluas

Banyak pusat-pusat pajakan emas Islam yang menerima emas PG untuk dipajak. Ini amat penting dan berguna bagi pemilik emas PG untuk menggunakan arrahnu pada masa-masa ‘terdesak’ atau memerlukan penggunaan wang kertas bagi pelbagai tujuan. Mungkin untuk modal niaga, modal kahwin atau kos sambung belajar anak-anak.

Antara arrahnu yang menerima emas PG adalah Pos Arrahnu, Arrahnu Bank Rakyat. Selain itu, anda tidak perlu buka ‘seal’ emas PG anda untuk uji ketulenan untuk pajak di Pos Arrahnu, Arrahn Permodalan Kelantan Berhad (PKB), Arrahnu Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ) dan Arrahnu Koperasi Dagang Emas.

10. Dianugerahkan Sijil Pematuhan Shariah

Pada tahun 2016, urusniaga emas PG telah dianugerahkan dengan sijil pematuhan shariah oleh Amanie Advisors yang diketuai oleh Dr. Mohd Daud Bakar. Beliau merupakan seorang pakar muamalat terkemuka merangkap Pengerusi Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia. Oleh yang demikian, para pembeli emas PG tidak perlu risau mengenai hukum pembelian emas PG.

 

Baiklah, sekarang anda telah faham mengenai kelebihan-kelebihan emas PG. Sekiranya berminat nak beli emas PG, anda perlu menjadi Pelanggan PG yang berdaftar terlebih dahulu. Klik DISINI untuk mendaftar sebagai pelanggan PG. Pendaftaran adalah PERCUMA.

Sekian.

*Penulisan ini dibuat dengan merujuk kepada beberapa blog pengedar-pengedar emas public gold di seluruh negara. 


Jika perlukan maklumat lanjut, klik butang di bawah untuk
Whatsapp atau
Facebook Emas Zaman:

 

Sekian & Semoga Bermanfaat.

Kongsikan Artikel Ini Kepada Semua… Sharing is Caring! laughing